Isnin, Disember 15, 2008

Siri Mari Bertutur Loghat Utara


Mungkin anda seorang ahli korporat yang harta berjuta-juta, mungkin juga anda seorang doktor yang menyelamatkan nyawa ramai pesakit. Dan. Anda lahir, membesar dan kenal erti hidup di daerah-daerah utara Semenanjung Malaysia. Pasti anda bertutur dalam loghat utara.

Namun, apa gunanya tiba-tiba anda berasa janggal untuk bertutur dalam loghat ini tatkala tubuh anda berada di wilayah dan geografi yang lain. Kenapa perlu memberi alasan-alasan seperti warga lain tidak memahami istilah-istilah loghat kita. Alasan, boleh dicipta. Bertuturlah dalam nada, nahu dan bunyi loghat kita tetapi janganlah gunakan jargon yang wilayah lain tidak memahaminya.


Berbanggalah dengan loghat kita kerana hanya orng yang berasal dari daerah utara yang boleh bertutur dengan betul loghat ini. Nahunya, diksinya, susunan ayatnya, lidah orang utara yang boleh keluarkan tatabunyi yang asli. Kita masih bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi di bawah subdialek yang berlainan. Namun, masih lagi difahami bukan?

Ok, aku dengan bangganya nak mengajar anda bagi yang kurang tahu, atau nak mengingatkan anda yang mungkin terlupa dengan sesetengah dialek utara. Ha Ha. Aku pun ada yang tak pernah dengar. Senamkan lindah anda agar dapat menyebutnya dengan betooii..

Pelajaran untuk entri ini, beberapa kata ganda yang selalu digunakan oleh pengtutur loghat utara.

TawaQ hebiaQ (Penekanan pada huruf Q)
Terlalu tawar ( selalu nya makanan atau minuman)
Contoh ayat : Awatla ayaq kopi mak hang buat ni tawaq hebiaq, tak buh gula ka?

Keraih kedekiang
Terlalu Keras ( apa-apa saja)
Contoh ayat : Cat tu jadi keraih kedekiang sebab hang biaq lama-lama sangat.

Panaih lit-lit
Panas sangat (selalu nya memaksudkan tengahari rembang)
Contoh ayat : Uihh.. tengah-tengah hari yang panaih lit-lit ni hang ajak aku main bola?

Sejuk gedi
Sejuk sangat ( selalu nya untuk makanan dll)
Contoh ayat : Lauk dah sejuk gedidah, orang ajak makan tadi tak mau.

Manih melecaih
Manis sangat ( selalunya untuk makanan dll)
Contoh ayat : Buah epal yang Farhan beli tu manis melecaih aiihh.. lekat kat celah rengkong.

Deghaih megheyupp
Laju sangat (pecutan kereta, larian dll)
Contoh ayat : AKu tengok Lewis Hamilton bawak reta, deghaih mengheyupp ehh. Orang lain tak bulih potong.

Phait bedengung
Pahit sangat ( makanan, minuman dll)
Contoh ayat : Ubat akaq kayu abah tu phait bedegung.

Bodo piang
Bodoh sangat (manusia atau haiwan)
Contoh ayat : Bodo piang betoi pengadil ni!

Hitam belegam
Terlalu hitam ( selalu nya untuk manusia, haiwan, benda)
Contoh ayat : Kulit hang dah la hitam belegam, macam kaler toyu (kicap).

Kelam gelemat
Gelap gulita (keadaan tiada cahaya seperti malam, gua dll)
Contoh ayat : Hang nak pi rumah dia lagu mana kalau tak bawak toselik (torch light), kelam gelemat.

Kuruih kedekiang
Terlalu kurus(untuk manusia dan haiwan)
Contoh ayat : Sya, hang pi makan banyak-banyak, kuruih kedekiang aku tengok hang.

Gemuk gedempoi
Topui, gedempol, gemuk sangat (untuk manusia dan haiwan)
Contoh ayat : Hangpa jangan duk makan banyak sangat, satgi gemuk gedempoi macam mat pik.

Heghot petot
Terlalu banyak bengkang bengkok nya ( untuk jalan, garisan, lukisan dll)
Contoh ayat : Orang suruh lukis garisan yang luruih, bukan heghot petot macam ni.

Besaq nala
Besar sangat
Contoh ayat : Banglo pak dia besaq nala.

Kecik tet
Terlalu kecil
Contoh ayat : Tulih la besaq-besaq sikit, baru bulih aku baca. Ni kecit tet.

Baloq liat
Terlalu malas ( manusia atau haiwan yang malas)
Contoh ayat : Baloq liat betoi la Fitri ni, aku suruh p angkat kain pon malaih.

Nota kaki: Selepas diselak-selak, agak banyak perkataan-perkataan dalam dialek utara yang agak jarang aku pakai. Ha ha ha. Kalau disenaraikan, memang tebal kamus dah. Ok, nanti aku senaraikan lagi istilah-istilah, jargon-jargon atau perkataan-perkataan yang rare.

8 ulasan:

Aliya Azmi berkata...

hitam belegam ni dr utara?

patot la masa aku skola rendah orang tanya aku "hitam legam ke hitam belegam?"

asybedazzle berkata...

menarik.

irma-ain ibrahim berkata...

tawar belemba : sgt twr.

kerah kejung : sgt keras.

this is cool. im always failed klu nk tiru loghat lain.

do u understand well if im speak in kelantenese slanga?

Jazli Safwan berkata...

aliya,
yap

asybedazzle,
belom kluaq belah2 naka lagi tu, haha

Irma,
paham kut.

The Pen's Owner berkata...

mule2 ku dgr org utara sebut aku ni penyegan..swear aku x caye..siap gelak2 lg..hehe..rupenye bru taw penyegan tu mksdnye pemalas...haha..pelik2..

Jazli Safwan berkata...

x pelik nya..
haha..
memang betoi pon penyegan tuh pemalaih aka baloq liat..

Charymien berkata...

menarik..
byk gak ayat yg i tk pnah dengaq wlpun pnah duk alor star..
mmg ade org gna ek ayat ni suma--> degaih mengheyupp, besaq nala, kecik tet
serious tk pnah dengaq.. haha


*tmpang cmmnt yer :) hehe

Jazli Safwan berkata...

kalau kat a.star, cari la otai-otai..
baru dapat dengar org cakap camtu.