Selasa, Oktober 28, 2008

Deepavali di KL

Pesta cahaya itu, menghampakan aku dengan filem Max Payne yang tak seperti yang aku jangkakan.

Dengan sedikit kecewa dan penat, aku berjalan.

Menyusuri jalan Bukit Bintang. Sesak.

Budak-budak timbang bola. Pelancong-pelancong asing. Asap-asap tembakau wangi.

Kalau anda biasa melalui jalan Bukit Bintang, anda akan ditegur amoi-amoi.

“Massage!”, Amoi.

“Tak pa tak pa” aku.

“Boss, massage boss!” Amoi lain.

“Aaa.. sibuk,” aku.

Aku tau, di sebalik rumah urut untuk kaki tu, anda boleh urat ‘otot-otot’ lain yang sama.

Tiba-tiba terdengar suara jantan. Cina.

“ Bang, nak amoi bang?”

Sudah. Tadi amoi tanya nak massage ke tak. Sekarang jantan tanya aku nak amoi pula.

“Tak da duit laa” aku. Meneruskan perjalanan.

Masih tidak mengendahkan beberapa amoi lain yang memujuk-memujuk.

“Abang, massage ada. Perempuan pun ada,” minah Indon.

“Brader, perempuan mauu??” Lelaki Melayu.

Hooiii.. Sudah arr…

Aku tetap berjalan. Menuju ke perhentian bas utama negara sebenarnya. Jalan yang aku gunakan tu jalan yang biasa aku berjalan menggunakan kaki kedua belah ni. Dari perhentian bas utama negara ke Bukit Bintang.

Hati tenang bila dapat melepasi pujukan-pujukan durjana tadi.

Berhampiran Jalan Alor, seorang pemuda sedang berurusan dengan pemujuk-pemujuk tadi. Dilehernya tergantung kamera DSLR. Mungkin dia nak tangkap gambar amoi-amoi yang lelaki pemujuk tu tawarkan kut. Aku, masih bersangka baik.

Aku tetap berjalan. Menuju ke perhentian bas utama negara. Kelihatan seorang wanita lingkungan 30-an. Duduk di atas palang besi di parkir Jalan Alor.

Berpakaian serba hitam. Kemeja dan skirt pendek.

Aku pandang dia. Dia pandang aku.

Aku senyum kononnya berbudi bahasa. Dia senyum balik.

Dia pun bersuara.

“ Boss, mau servis?? Jom!!!” sambil mengangkat kening.

Berderau darah aku. Setan!!!!

Selasa, Oktober 21, 2008

Plaza Rakyat



Hujan yang separa lebat buat warga kota yang tersekat di perhentian bas utama Malaysia itu hanya duduk di tangga.

Ada yang menunggu seseorang datang menjemput.

Ada yang berlari-lari anak masuk ke dalam bangunan untuk berlindung.

Ada yang sedang menyedut dan menghembus asap pahit punca kanser paru-paru.

Ada yang menunggu pelanggan untuk masuk ke dalam kereta merah putih mereka.

Seorang. Dua orang. Tiga orang. Empat orang. Jumlah mereka yang memandu kereta merah putih.

Ada Melayu. Ada bukan Melayu. Dan, yang semestinya mencari-cari pelanggan semestinya bukan Melayu.

Seorang dari mereka. Yang bukan Melayu. Begitu asyik mencari penumpang. Semua orang yang lalu lalang, semua ditanyanya.

Dari jauh, kelihatan seorang bukan Melayu. Berpayung. Dan, bukan Melayu itu berbangsa lain dari pemandu kereta merah putih yang sibuk cari penumpang.

Pemuda berpayung tadi berjalan dengan pantas. Menyelinap di celah-celah manusia yang berlindung dari hujan.

Tiba-tiba.

Zaaaazzzzzzz…

Bucu-bucu payung yang tajam itu terseret di kepala pemandu kereta merah putih yang sibuk mencari penumpang. Kepalanya tak berambut.

“Aduh!”

Pemandu itu menarik-narik payung pemuda tadi. Disekehnya kepala pemuda bukan Melayu itu tetapi bukan sebangsanya.

Pemuda berpayung hanya menahan kesakitan. Dan tergesa-gesa pergi. Sibuk agaknya.

Pemandu botak bukan Melayu tetapi tidak sebangsa dengan pemuda berpayung menggosok-gosok kepala tidak berambutnya.

“Bodoh punya Melayu!! Tak reti hormat orang!”

Ehh….

Melayu pula kena marah?

Orang Melayu disekeliling, hanya perhati. Buat tak tahu.

Malaysia, rakyatnya berbilang kaum. Dan, aku tidak racist dan entri ini bukan untuk mewujudkan atmosfera racist. Yang wujudkan atmosfera racist itu, pemandu botak itu. Bukan aku!

Ahad, Oktober 19, 2008

Nantilah Aku Update

Sabarlah. Aku update nanti. Jangan risau.

Dialog sebelum aku aku tutur kata-kata dia atas.

Makhluk : Weeh, ada blog. Tapi tak nak link kan aku.

Aku : Aku update la nanti.. la ni busy la. Hang pun busy jugak kan. Hang tu, blog pun tak update. Nak kalut suruh aku link kan blog hang.

Ya. Sabarlah! Aku update nanti. Jangan risau.

Kawan-kawan Syed Putra, Kawan-kawan UiTM dan kenalan fakulti dan kolej, jangan risau. Aku link kan blog anda.

Selasa, Oktober 14, 2008

Gunung Berapi Itu

Terasa seperti larva ingin meletus. Sudah empat penggal, saban penggal bila tiba saat pengakhiran, sebelum waktu untuk letusan ujian besar, terasa ledakan-ledakan larva yang cukup kuat.

Namun, itu cerita tiga penggal lepas. Penggal ini, larva aku mula meleleh. Bahang memang cukup terasa.

Dengan segala tugasan umpama dipikul sepasang bahu. Atau pun hanya beberapa bahu, sedangkan bahu-bahu yang lain hanya memikul sesuatu yang tidak mendatangkan bebanan. Mudah kata, bebanan itu tak seberapa.

Celaka. Dajal. Lahanat.

Berbakul makian. Tatkala hati digeletek iblis yang laknat.

Namun. Jiwa yang meronta perlukan belaian kelembutan. Mujur ada bidadari peneman. Namun, sang bidadari juga jiwanya bergelora. Juga larvanya ingin meletus. Dan. Aku yang perlu sejukkan kembali dengan mencari ketulan iceberg dan berharap larva sang bidadari sejuk. Walaupun sudah meletus gunung berapi itu sekali.

Sedang sang Iblis berbisik, jiwa aku berlawanan untuk menutup pintu agar bisikan itu tidak mencari ruang untuk menyelinap. Sememangnya tiada kuasa untuk berlawan dengan Yang Maha. Dan naluri manusia biasa, aku sentiasa memohon pertolongan dari DIA. Hanya DIA yang tahu. Rasa ini. Kekalutan ini.

Sungguh, jiwa kotor aku masih lagi ada ruang suci. Masih waras untuk mencari jalan keluar. Dan. Aku yakin, penyatuan sejak beberapa penggal yang lalu semakin hilang taring. Dek kerana mereka yang tidak mengerti maksud perubahan, anjakan, revolusi.

Sungguh, rasa kimia itu semakin menyimpang. Buat aku jadi melayang dan khayal dek pujukan kemalasan. Sehingga memberi ruang untuk kemalasan membina tamadunnya dalam jiwa kotor aku.

Semakin kotor. Semakin hari. Semakin semak.

Kata putus, aku ingin nafas baru penggal depan. Aku ingin dimensi baru. Aku ingin ruang baru untuk diterokai. Kerana, penggal yang bakal tiba perlukan kreativiti dan usaha yang lebih. Aku tak ingin lagi terperangkap dalam kekalutan lama yang dicipta kami sendiri. Aku ingin wajah baru. Itu saja.





Sabtu, Oktober 11, 2008

Aku Mengaku Aku Malas

Sungguh.

Assigment tertangguh-tagguh. Minggu depan semua nak dihantar.

Aku nak menaip pun dah tak semangat. Aduh.

Jadi aku hanya upload gambar. 2 Keping saja. Sebab. MALAS!

http://jazlisafwan.fotopages.com

Sabtu, Oktober 04, 2008

Kena Tag

Sebab kena tag oleh seorang cikgu (baca bakal cikgu), aku pun menyahutlah cabaran cikgu.

*I challenge you to make your own list. The only catch? You can’t include a single person you know on your list. No “I love the way my husband laughs” or “I love hearing my little girl call for me.” It’ll be tough, I know. (Think about it, I couldn’t include MOLLY on my list.) But this particular little exercise is about stripping away everyone who defines you and figuring out what you (not his partner; not their mother/daughter/sister/friend) love.

Cabaran dalam bahasa Inggeris. Tapi, dalam blog suci aku, aku tetap berdegil nak menulis dalam bahasa Melayu.

Saya suka (I love) :

Filem. Tengok filem. Pergi panggung. Download secara haram. Ambil dari kawan-kawan. Sambil tonton otak berputar, mata meliar memerhati apa yang orang sebelah kita kalau dalam panggung tu tak sedar. Maksudnya, aku tengok filem sambi berfikirlah. haha. Muzik dan selektif untuk mendengar. Keutamaan kepada muzik berat dan bergeografikan bawah tanah yang sering disalahertikan. Tapi masih rasional mendengar runut dan bunyian yang indah, mendayu, spiritual, lokal, eksperimental dan lain-lain. Oh ya, CD - original untuk lokal. Mp3, untuk luar negara. Kumpulan Dewa 19. Namun menolak muzik tanah seberang yang lain. Pasukan bola sepak Arsenal. Pasukan bola sepak Kedah. Pasukan bola sepak AC Milan. Pasukan bola sepak Brazil. Pasukan bola sepak Sepanyol. Makan. Mengutamakan masakan tempatan, namun tetap menyukai barat dan gemarkan shushi. Kucing. Membaca dan juga masih selektif. Buku yang dibaca mestilah karya yang bagus, sastera, fiksyen, eksperimental. Lepak di mapley. Berjalan-jalan dan bercuti-cuti dengan Bundle Gens. Cokelat Cadbury Pepermint. Jeans. T-shirt. Kadang-kadang suka bersendirian. Langkawi's Old boys dan Bundle Gens tetap tersemat. Kafein ialah minuman wajib. Meberi pujian kepada hasil seni orang tapi akan mengutuk diri sendiri kerana malas untuk menghasilkan karya sendiri.

Tugasan ini kalau nak diselesaikan takut jadi macam tesis pula. haha. Ini sajalah.