Khamis, Disember 31, 2009

2009 & 2010

Sudah  masuk satu dekad kita di dalam zaman millenium. Dulu-dulu, di TV2, ada dokumentari tajuknya Beyond 2000. Kalau tak salah aku.

Hah! Masa tu, dalam benak semua orang, tahun 2010 kereta dah terapung-apung. Manusia-manusia pakai baju warna perak. Senjata laser-laser. Ada gajet canggih. Yang lagi canggih, makan hanya telan pil.

Kalau nak sembang perihal 2009, ada cahaya dan kegelapannya dalam hidup aku. Ada pengalaman baru yang mendewasakan. Ada lemak-lemak baru yang semakin membiak dalam badan. Ada rasa baru yang mula wujud di minda dan pemikiran.

Semoga 2010 memberi sesuatu yang lebih segar.





























Selasa, Disember 29, 2009

...Dan Aman itu Milik Semua

Ploop Ploop Ploop

Ezul. Liza. Sya. Tanya. Sudah ke belum?

Pukul 7. Aku tengok. Belum.

Masa berlalu. Ploop Ploop Ploop.

Aku pandang langit. Aku nampak cahaya.

*Ploop*

Pukul 8.

Mulut terkumat kamit. Bismillah.

Aku tersenyum. Dan. Horikita yang berada di sana. Aku telefon dia. Kami sama-sama tersenyum.

Alhamdulillah.

Kontang

Bila otak dah kontang. Kusam segalanya.

Nak cerita perihal 2009? Nak cerita perihal Degree? Nak cerita perihal politik? Nak cerita perihal filem? Nak cerita perihal fotografi?

Entah.

Masih menunggu dan berharap magis itu datang. Dan otak aku kembali normal.


Ahad, Disember 20, 2009

Reviu Filem : Avatar



Ini sememangnya filem pop corn. Aku tak nak sembang banyak.

Ramai yang melangit puji filem ini. Sampai buat aku syak ini filem terlebih pujian macam 2012.

Tapi. Aku salah.

Filem pop corn Hollywood paling menghiburkan aku untuk tahun 2009 ini. Perasaan yang sudah lama aku tak rasa.

Perasaan ini semacam aku menonton siri-siri Star Wars dan Lord of The Ring. Walaupun badan aku sakit-sakit sewaktu dalam panggung sebab seat aku dan kawan-kawan aku di bahagian wing. Sebenarnya semua 7 orang. Tapi aku dapat kerusi wing kanan. Habis sakit urat saraf aku.

Walaupun ada beberapa benda yang aku macam nak komplen dan kutuk, tapi aku tetap suka filem ini. Entah, aku rasa sangat suka. Ha Ha Ha..

Tapi antara benda yang paling aku tak puas hati ialah, tak mungkin saintis dapat mencipta sesuatu itu sempurna sebegitu. Dan, lagi satu yang memang dipersoalkan aku sejak keluar dari panggung, masuk dalam kereta, sampai ke Facebook ialaha kenapa Roctu Acto tu ada seekor sahaja. Kalau nak cakap itu binatang lagenda, yang lagenda tu dah tinggal tulang saja.

Tapi, semua itu dimaafkan sebab cerita ini bermain di alam fantasi sahaja. Sumpah aku suka warna-warna surreal dalam filem ini.

Reviu dari Encik Huzaifah AB Rahman.

Sabtu, Disember 19, 2009

Mimpi



Hari itu. Aku mimpi. Ramai orang-orang yang aku kenal. Bergerak ke beramai-ramai.

Di kanan laut. Di sebelah kiri semacam bangunan.

Dari jauh seperti nampak sebuah meriam. Dan, masa tu lah aku nampak dia menembak.

Kebbooom!

Perlahan-lahan keluar torpedo. Sebesar roket yang Syeikh Muzaphar naik ke kayangan dan makan rendang di sana.

Torpedo itu naik perlahan-lahan.

Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang.

Torpedo itu berpatah balik ke bumi. Dan menuju ke arah aku, dan yang lain-lain.

Torpedo itu jatuh ke laut berhampiran kami.

Dan meletup.

Keadaan semacam scene filem 2012 yang hampas tu.

Kelam kabut. Chaotic. Hectic.

Masing-masing cuba menyelamat diri. Bala apa ini??

Dan, masa tu lah aku terbangun.

Dan, hari tu, sememangnya menimbulkan kelam kabut. Chaotic. Hectic.

Mereka dan aku, tidak mendapat tawaran ke fakulti Komunikasi dan Pengajian Media setelah 3 tahun bertungkus lumus.

Khamis, Disember 17, 2009

Rabu, Disember 16, 2009

Reviu My Spy : Masih Rasa Afdlin Di Situ

Afdlin awal-awal lagi sudah beri peringatan yang filem My Spy ialah filem yang lain dari karya-karya sebelum. Memang! Filem ini filem tiga penjuru. Terpecah tiga. Diterbitkan oleh KRU. Ditulis oleh Amir Hafizi dan arahan Afdlin sendiri.

Ia satu karya yang mempunyai ramuan dan rempah ratus yang berbeza. Campuran-campuran inilah cuba dikisar oleh otak genius Afdlin.

Walaubagaimanapun, masih wujud rasa dan perisa Afdlin Shauki tapi bukanlah 100%. Seperti kata Afdlin, My Spy memang berbeza kalau dibandingkan dengan Papadom.



Bagi aku, Papadom ialah parodi filem-filem komersial tempatan mengikut tatabahasa dan nahu Afdlin. Tetapi, My Spy ialah filem yang mengambil formula Prof A. Razak iaitu hiburan semata-mata, tetapi mengandungi nilai genius Afdlin. Apa yang aku maksudkan dengan nilai genius Afdli ialah lawak bersahaja bercampur splastik beradunkan seksual dan disampaikan dengan cukup kejap dan padu.

Humor yang berlegar dalam atmosfera My Spy sedikit similar dengan humor seksual American Pie tetapi versi yang sopan dan berlapik. Apa yang aku puji ialah keberanian Afdlin dalam membawa humor homoseksual dan seks dengan cukup terbuka. Kalau sebelum ini, keberanian seperti ini dapat dikesan dalam filem-filem Arwah Yasmin Ahmad.

Apa yang aku nampak, permasalahan homoseksual bukanlah kali pertama dijadikan bahan lawak oleh Afdlin. Los n Faun dan Papadom juga masih terselit usnur-unsur homoseksual yang dijadikan modal untuk berjenaka. Lawak homoseksual yang masih terkawal ni kadang-kadang menjengkelkan aku sebab terlalu kerap diselitkan dalam fielm ini.

Dari segi olahan skrip, sederhana sahaja. Jalan cerita sedikit kemas berbanding Papadom sebab pada hemat aku Papadom agak terkejar-kejar dan mungkin disengajakan. Bagi filem My Spy, jangan terlalu mengharap kegilaan afdlin mengatur plot seperti karya-karyanya yang dahulu kerana skrip kali ini bukanlah ditulis oleh beliau. Jadi, plot tidaklah terbelit-belit dan penutup filem hanya biasa-biasa sahaja.

Dari aspek lakonan, tak perlu disangkal kebolehan AC Mizal dan Harun Salim Bachik. Wujud kimia di situ dan lakonan berkesan. Aku masih gemarkan AC Mizal dalam filem-filem Afdlin tapi kadang-kadang Over Acting dari beliau buat aku meluat. Tapi, dalam My Spy, masih di zon yang terkawal.

Sememangnya Afdlin menggunakan formula filem komersil secukupnya dengan penggunaan amoi-amoi cun sebagai watak wanita seksi. Sebelum ini, susah nak ada heroin ramai-ramai dalam filem Afdlin. Ha Ha. Carmen Soo, Hannah Tan dan Daphne Iking mesti buat Ujay tak berkelip mata sebab aku rasa amoi-amoi dalam filem ni memang taste beliau. Ha Ha.

Aku amat menyukai gaya Ridzuan Hashim yang menjadi Antagonis. Datuk O yang berwatakan mafia yang macho dan seksi. Cameo dari Mamat Khalid, Que dan Aziz M. Osman adalah Ajinomoto dalam filem ini. Sumpah aku akan ketawa bila Mamat Khalid berdialek Peraknya.

Sinematografi, tiada masalah buat aku. Sederhana dan berwatakkan Afdlin. Kesan khas dan CGI pula biasa-biasa sahaja. Ciptaan untuk gadget-gadget dalam filem ini cukup mengujakan. Realistik dan logik.

Penutupnya, bukanlah sebuah karya Afdlin yang terbaik. Itu diakui Afdlin sendiri. Aku masih terkesan dengan karya-karya lama beliau seperti Buli, Buli Balik dan Sumo-lah yang bagi aku itulah kegeniusan Afdlin.

Selasa, Disember 15, 2009

Sembang Bola : Terima Kasih Johnson

Liverpool Vs Arsenal (1-2)

Terima kasih Glen Johnson.

Masa untuk mengejar selepas dua pasukan atas mencicirkan mata.

Separuh masa pertama ialah Liverpool. Wenger naik angin. Wenger menjerit dalam bilik persalinan.

"Lu orang main macam haram! Kalau lu orang main macam ni, lu orang tak layak pakai jersi Arsenal!"

Separuh masa kedua, ialah Arsenal. Glen bagi hadiah sebiji. Raja Anfield, Shava si pendek tembak sekali lagi di sana!



Gambar dari : http://www.guardian.co.uk

Liverpool penuh dengan lakonan dan taktikal yang serupa saja oleh Rafa. Carragher mesti menyesal tak kawal Shava kaw-kaw macam separuh masa pertama.

Ac Milan vs. Palermo (0-2)




Lemau! Semua dah pancit!

Separuh masa pertama menarik. Separuh masa kedua lemau macam biskut masuk angin.

Borriello lembab macam siput. Favalli dah tiba masanya jadi penjual burger tepi jalan.

Nak harapkan hantu gigi Ronnie saja, buat apa. Penat dia buat hantaran, tapi tiada orang.

Hoi perdana menteri Itali,  Silvio Berlusconi. Lu tak nampak ke pasukan ni tak ada belia remaja?


Laos Vs Malaysia (1-3)

Dapat juga tengok secara langsung. Sebelum ni, sangkut-sangkut tengok secara streaming.

Dari perlawanan pertama sukan Sea, serangan Malaysia cukup berkesan melalui sayap. Dari kawasan midfield, selalu hancur.

Midfield selalu ke dalam.

Tahniah kepada Bad, walaupun jarang dapat bola. Tapi dapat skor gol yang cantik.

Nanti jersi Kedah memang aku letak nombor hang la Bad. Ha Ha Ha. 


Kalau Malaysia dapat emas, ucapan tahniah aku hanya untuk pasukan sahaja, untuk FAM, go to hell!

Khamis, Disember 10, 2009

Aku Nak Cerita Pasal Result



Aku memang target keputusan peperiksaan terakhir aku nombor jersi Francesc Fabregas.

Tapi, hampas!


Isnin, Disember 07, 2009

Sembang Bola

Aku nak edit gambar-gambar. Yang cukup banyak. Dan. Belum disentuh.

Tapi, jentera aku buat hal. Aku nak formta laptop ni. Asyik buat hal saja. Dan. Nak Install Windows 7 yang aku dah cuba dan rasa lagi bagus dari Windows Vista. Oh ya! Aku pengguna XP sejak beberapa tahun yang lalu.

Berbalik kepada tajuk asal, dua pasukan pilihan aku telah menang dengan bergayanya di liga masing-masing.

Arsenal Vs Stoke City (2-0)


Tiada siarang langsung di AS-TEROK. Bengang aku. Perlukah game Liverpool ditayangkan? Sejak dari dulu lagi, kalau ada game pasukan empat besar (big four) BPL, kalau bertembung jadualnya, Arsenal akan diketepikan. Damn!

Berbalik kepada ulasan perlawanan yang aku sempat tengok. Perlawanan ni perlu menang untuk pasukan. Sebab, tiga kekalahan berturut dengan tanpa satu jaringan pun sejak Robin cedera.

Tempo keseluruhan perlawanan agak perlahan. Walaupun ada gerakan-gerakan pantas seperti biasa. Peluang banyak disias-siakan. Kapitan kita, encik Cesc sia-siakan dua peluang keemasan. Aduh. Tak kan moral down lagi?



Arshavin dah semacam dapat sentuhan dia balik. Semoga berkekalan. Dan, diharapkan teruskan rentak sementara menunggu pak cik muka macam Mr Bean, Mr Prof Wenger beli seorang striker januari ini.


AC Milan Vs. Sampdoria (3-0)

Aku mulanya ingat AS-Teruk tak nak tayangkan perlawanan ni. Sebab, banyak highlight pada perlawanan Juve-Inter. Tapi, bila aku tengok pada info, fuh! Ada live!



Aku agak gusar bila tengok Pazzini dah tak pakai topeng Robin macam minggu lepas. Antara striker Itali yang aku suka. Tapi aku senyum bila barisan pertahanan masih lagi diterajui Nesta-Silva sebab aku terbaca yang Silva cedera.

Tak sempat nak duduk, Ronaldinho membuat hantaran cantik dan disambut dengan tandungan dari Boriello.
Dan. Perlawanan cukup rancak. Dengan gerakan-gerakan dari pemain berjersi 80 itu.

Tapi, sempat main 30 minit. Dikeluarkan. Sebab ada minor injured. Dan. Bermula perlawanan yang sedikit hambar selepas itu. Bila Abate masuk jadi wing kanan, Zambrota pula macam tiada arah nak menyerang.

Perlawanan mula jadi bosan dan aku masuk tidur! Ha Ha Ha.

Yang penting, kemenangan! Dan yang semakin merisaukan aku, kalaulah tiada Ronaldinho, bagaimanakah corak permainan Milan? Seedorf? Serang bagus, kreatif, tapi cuai dan leka dan berat punggung!

Sabtu, Disember 05, 2009

Entah, Bila Aku Dengar Lagu ni, Aku nak Menangis

Horikita, awek Jepun yang aku mengorat setiap hari, sejak tiga tahun lepas, buat aku sayu. Bila aku dengar lagu ni.

Tadi, aku ke battle of the band LIMA 09. Ada band Malaysia main lagu ni. Tapi lagi tinggi vokalis dia tarik. Dan, aku macam nak nangis bila aku pejam mata dan hayati lirik dia. Tapi, band Amerika tu buat aku menyirap. Sebab cakap main Metal tapi haram tak bunyi metal langsung. Setakat vokal growl tapi muzik tak menendang buat apa.

Oh. Karat. Sebab aku memang nak menangis bila dengar lagu ni.

Oh, Horikita. Ini luahan aku.



Come back into my arms.
I'm so alone,
I'm begging you,
I'm down on my knees.
Forgive me, girl.


Syahdu betul bila kat verse ni.