Sabtu, Disember 13, 2008

Los Dan Faun - Jangan Sampai Lost Menontonnya



Inilah kali kedua aku menonton filem Afdlin dengan kadar penonton yang buat aku rasa macam panggung tu aku yang sewa khas. Masa aku tonton Sumo-Lah, hanya aku dan kerusi-kerusi kosong. Kah Kah Kah. Kali ni, aku dan seorang brother.

Mungkin kalau nak menonton dengan kapasiti yang ramai di Langkawi Cineplex kena datang untuk show malam. Sebab setiap kali aku lepak panggung waktu malam, mesti hampir full house. Kalau nak ramai orang waktu siang, filem blockbuster Hollywood mungkin ramai. Tapi, yang aku pasti, dewan sebelah yang sedang angat dengan filem Cicakman 2, mungkin separuh penuh penonton pada petang tu.

Ok. Aku akan beri satu pengharapan yang tinggi untuk filem-filem Chief of Kodok, Encik Afdlin Shauki ni. Dan, opening kredit Los dan Faun buat aku tersenyum keseorangan. Kalau tak silap akulah, LDF dibikin selepas Chief Kodok pulang dari lawatannya ke Hollywood. Opening kredit memang dah Hollywood.

Humor dalam Los dan Faun bercampur atau mungkin crossover antara splastik dengan bersahaja cara Afdlin. Buat aku rasa sedikit pelik. Sebab mungkin percampuran antara dua unsur tersebut. Ha Ha. Ada kalanya humor-humornya melangkaui batas penerimaan orang-orang yang gemarkan lawak-lawak bangang filem Melayu. Maksud aku, humor dalam LDF lebih berjiwa splastik Hollywood ala-ala Ben Stiller atau mungkin Jack Black dengan sedikit rasa humor British. Jadi, itulah kelainan yang dapat aku rasa. Orang lain tak tahulah, Lain padang, lain belalangnya.

Aku cukup teruja dengan prop-prop yang Adflin guna. Sebelum ini, prop dalam Sumo-Lah dah buat aku terpegun, LDF juga buat aku terkebil-kebil. Scene dalam tangki air tu memang nampak betul-betul tangki air, sedangkan bukan berlakon dalam tangki air pun.

Dari segi perwatakan, yang ni memang aku tabik dengan Adflin. Setiap karektor memang jelas perwatakan dan ada kekuatan masing-masing. Paling aku suka, watak Tuan Sofaruddin Al-Sogood lah yang aku rasa Adflin menginspirasi watak Sadiq Segaraga dalam Tiga Abdul, masterpiece P.Ramlee. Kenapa? Tengok dan kaji sendiri. Ha Ha.

Apa yang pasti, Los dan Faun memerlukan penghayatan yang teliti sebab filem ni memang suka twist tak tentu hala. Aku dah rasa macam tengok M. Night Shyamalan punya filem tapi versi aksi humor pula. Tapi yang pasti, scene yang melekat dalam otak aku ialah scene Los bergayut pada helikopter dengan lawak gay Faun dengan bapa dia. Lawak Brokeback Mountain tu buat gua tergelak tanpa paksa ah..

Masih sesuatu yang berbaloi untuk ditonton sebab ini ialah filem Adflin Shauki dan humor serta lawak dia bukanlah lawak dalam filem profesor tu. Sasara seterusnya, Cicakman dan Histeria.

7 ulasan:

John Micheal Takie Lewis berkata...

brapa bintang ang bg?

e-zul Iswhat berkata...

yes, karakter diorg kuat. and aku paling suka plakon yg ckp mcm ahli politik.

siapa nama dia? ha ini aku tak tau.

hehe, histeria arahan james lee(yeke? aku x sure). aritu tgk the making of.. and ini kali pertama aku tgk film antoo mlayu yg btul2 ketengahkan kehebatan makeup artist diorg.

Jazli Safwan berkata...

takie,
aku dapat bagi 3 ja sebab aku lagi suka Buli, baik punya cilok dengan Sumo. Yang ni macam ada satu yang aku rasa tak kena. kena tgk lagi kut. haha

Saneem,
A'a, James Lee yang buat the beatiful washing machine.Histeria aku rasa kurang entiti antu tu. aku duk tgk the making n trailer rasa macam crita thriller siam yang spirit of the coin, thn 99 xsilap aku crita tu, tlupa plak tajuk dia.

Jazli Safwan berkata...

pelakon tu nama dia khir rahman. Anak a.rahman Hassan yang orkes nirwana tu..

lakonan dia memang superb sebab dia ni orang teater. macam ida nerina gak. ada basic lakonan yang kuat.

Aku suka Khir dalam filem Rock..

hans berkata...

histeria tu aku tgok make up dia waktu pompuan mana mati dalam tandas macam agak gempak la...
cicak man ang dah tgok?

irma-ain ibrahim berkata...

hehehehe. nk tgk tp xsuka wyg. cmna eyh?
jejak pggung pun xpenah.

but as i knw,filem afdlin dia terbalik ngan filem p ramlee. if p ramlee always mng in the end,afdlin plk sll kalah.

benarkah begitu?

Jazli Safwan berkata...

hans,
kalau aku dah tgk, aku dah tulis kat sini. haha

Irma,
tunggu masu astro nnti. haha.