Sabtu, Ogos 26, 2006

Keliru???


Saya keliru malaysia sebagai Negara Islam - Karpal


KUALA LUMPUR, 13 Julai : Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Karpal Singh hari ini mempertikai status negara yang dikatakan negara Islam sedangkan pemerintahnya tidak menggunakan undang-undang Islam iaitu hudud dan qisas. Beliau berkata demikian semasa diberi peluang sebagai pembahas pertama oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Dr Yusuf Yaakob bagi membahas Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (pindaan) 2004 dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004 oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad di Parlimen. Kata Karpal, apa yang perlu dipertimbangkan adakah negara ini menguatkuasa undang-undang Inggeris ekoran pihak atasan negara mengatakan Malaysia adalah negara Islam.

"Kelmarin apabila saya membangkitkan isu ini, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri menyatakan Malaysia adalah negara Islam. Ini mengelirukan saya dan rakan-rakan di dalam dewan ini," katanya. Beliau merujuk kepada kes Mohamad Amin Razali yang dijatuhi hukuman mati kerana terlibat dalam kes Al-Maunnah beberapa tahun bagi mendapat jawapan tepat adakah negara ini negara Islam. "Jika negara ini negara Islam bermakna undang-undang Islam terpakai tetapi ketika itu dia dihukum mengikut undang-undang Inggeris. Dan ini juga bermakna perintah yang dijatuhkan ke atasnya iaitu hukuman gantung sampai mati tidak sah," katanya.

Katanya, ini disebabkan di negara Islam perbincangan harus diadakan bahawa undang-undang hudud atau qisas di mana hukuman mati boleh dijatuhkan ke atas orang yang didapati bersalah selepas perbicaraan dalam hudud selesai. Malah, katanya dalam negara Islam seperti Arab Saudi, Iran, dan sebagainya, jika seorang bukan Islam pergi ke negara agar ini dan melakukan dituduh melakukan kesalahan, perbicaraannya adalah di bawah undang-undang Islam. Sementara itu, Dato' Mohd Radzi mengambil masa hampir satu jam setengah bagi membentang rang undang tersebut. Antara yang dibentangkan adalah 155 cadangan mengenai Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia