Isnin, Mac 29, 2010

Harapan

INT / RUANG RUMAH / SIANG

Seorang lelaki sedang duduk bersila. Di sebelah kirinya terdapat sebuah tabloid yang terlipat dua. Di hadapannya sebuah meja rendah. Dia menghadap meja tersebut. Terdapat sebuah buku bertajuk ‘STABIL-Puisi dan Catatan Fared Ayam’. Lelaki itu bermonolog.



LELAKI

Panas. Sangat panas.



Sayup-sayup kedengaran guruh berdetum di luar.



LELAKI

Malas. Sangat Malas. Hujan. Cepat lah kau terjun. Terjun ke bumi. Lantas, aku akan gembira. Kerana kau hujan, sebenarnya penuh seni. Kau abstrak. Segala rintik kau buat aku tersenyum.



Lelaki itu memandang ke kiri dan berwaja sungul.

Ahad, Mac 21, 2010

Depan

Dia. Dan Horikita. Memandu di bulatan yang besar. Bulatan miliki lampu isyarat. Dari jauh, kelihatan tersergam indah.

Berdiri gah ia. Berkubah biru.

Dia," Awak nampak tak?"

Horikita, hairan.

"Hadapan tu masjid. Dan, itu mungkin masa depan kita"

Romantis. Oh.

Ahad, Mac 14, 2010

Alice In Wonderland : Sesuatu dari Tim Burton yang Paling Tak Pelik


Ramai yang mengeluh dengan 'kebiasaan' filem ini. Termasuk aku.

Cerita yang mendatar. Kelakar yang tak menjadi. Dan skrol yang meramalkan apa akan terjadi tu jadikan filem ini anti-klimaks.

Watak-watak ciptaan Tim Burton tidak luar biasa seperti selalu. Aku syak, Disney tak bagi Burton buat pelik-pelik.

Humpty Dumpty yang dikembarkan tu kadang-kadang agak annoying. Watak dua budak gemuk itu ibarat Jabba The Hutt dalam Star Wars yang kadang-kadang agak menjengkelkan, atau pun Mudflap & Skids dalam transformers yang banyak cakap.


Bukan lah filem Tim Burton yang aku suka. Durasi pendek tapi jalan cerita yang kurang injeksi buat kita rasa bosan.

Isnin, Mac 08, 2010

Seni-Seni Visual Hari-Hari Lepas

Bulan Mac merupakan bulan yang padat. Berikut merupakan cebisan-cebisan seni visual yang sempat aku cerna.

My Name Is Khan (2010)




Merupakan satu counter attack kepada Islamophobia. Tulang belakang filem ini ialah sifat baik dan sifat buruk manusia, dan roh untuk filem ini sebenarnya pluralisme. Babak Ridzwan melukis orang lidi ketika pergaduhan Muslim-Hindu di India, dan ibunya memberitahu bahawa dalam dunia ini hanya terdapat manusia yang baik dan jahat sahaja telah memberi petunjuk dan hala tuju filem akan bergerak. 

Produk kacukan Hollywood dan Bollywood dengan suntikan emosi-emosi bikin jiwa tak kental merembeskan air mata, formula biasa filem Bollywood. Watak Ridzwan, disucikan dengan penyakit lurus bendul dan kecacatan bukan fizikalnya itu merupakan satu taktikal yang bijak agar khalayak yang anti-Islam dapat menerima watak ini yang super genius-tabah-penyayang-sempurna.

Masih satu filem yang baik buat aku dan tiga kali doa dari hati aku ketika dalam panggung agar khalayak yang menonton My Name Is Khan menerima sesuatu dari Tuhan.

Niyang Rapik (2010)


Kitar semula formula filem seram tipikal Ahmad Idham. Namun, dia bijak menghiburkan audiens dengan dominasi watak bawaan Sam yang bersahaja dengan humornya. Namun, dominasi ini sedikit menenggelamkan watak Awal dan Zed Zaidi.

Prop filem Niyak Rapik cukup menyedihkan. Prop-prop kelihatan begitu sempurna dan amatlah baru. Jalan cerita pula mudah dijangkakan dan buat peminat filem seram, ia kadang-kadang memenatkan kerana jangkaan-jangkaan yang tepat itu. Aku cukup bosan dengan muzik latar dan kesan bunyi yang diguna pakai dan diambil dari filem-filem seram Ahmad Idham yang terdahulu.

Paling mengecewakan ialah pengakhiran yang cukup lemah. Sumpah! Penutup filem ini buat memotong mood aku.

Teater TANDA


Hasil seni yang dicerca oleh ibu sendiri. Ya, pementasan teater eksperimental TANDA ini telah dihalau dari dipentaskan di ASWARA, walhal ia karya daripada produk institute itu sendiri. Teater eksperimental ini memukau pandangan, mencabar pemikiran dan merobek pendengaran aku selama 90 minit masa pementasan.

Hampir setiap saat dan detik, tiada lohong kosong yang terbiar. Padat dengan pergerakan badan, monolog dan dialog yang abstrak dan  padu, dan bunyi muzik yang memenuhi ruang atmosfera. Ini teater yang kurang komersialnya, tapi isinya cukup menjangkau pemikiran penonton.

Aku amat menyukai konsep pentas berbentuk empat segi teater ini dengan penonton berada di sekeliling pentas. Paling menggembirakan aku, aku berada di barisan hadapan dan pada satu babak, Dira Abu Zahar betul-betul berada di hadapan aku, hanya jauh beberapa sentimeter. Ha Ha Ha