Jumaat, Januari 30, 2009

Lakon Layar

Di sekitar Pudu, lebih kurang seminggu lepas, Cak tiba-tiba telefon aku. Katanya, mak cik yang kami tawarkan untuk berlakon dalam short film menolak lamaran.


Gugup katanya. Tapi, aku masih berharap yang mak cik tu akan terima. Watak tu, kalau nak bagi dekat orang lain, aku rasa sesuai untuk Fauziah Nawi. Tak pun Maimon Mutalib. Ha Ha. Nak pakai dua orang ni, memang kering duit PT semua orang.

Langkawi di kala cuti memang membuahkan ilham buat aku. Mestilah. Di pantai petang-petang ramai amoi-amoi putih gebu berbikini. Tak kurang perempuan-perempuan Melayu. Tapi, amoi tetap terbaik di kala musim cuti Chinese New Year. Tapi, pokok pangkal pun, haram tak dak kaitan pun amoi-amoi gebu tu dengan jalan cerita filem kami ni.


Sepanjang minggu, aku membaca skrip Kami sambil meneliti setiap plot dalam DVD. Dah berapa kali dah aku selak buku tu. Tapi, skrip aku masih tak bertaip. Baru nak taip, ada ja mesej ajak makan sate la. Makan nasi tomato la. Lepas tu, baru ja nak taip teringat tentang proposal Comm Reseach. Aduh. Journal aku tak jumpa-jumpa lagi walaupun Puan Raihan cakap journal yang berkaitan topik aku berlambak-lambak.


Draf skrip yang ditulis tangan oleh Cak masih terlipat. Setia terselit di celah-celah diari percuma yang aku dapat. Dan, sekarang aku perlu padu untuk mengarang!

Rabu, Januari 28, 2009

Kreatif


Nak beli, kenalah tunggu pintunya dibuka dulu ya. Ha Ha Ha


Uih, tak perlu simpan dalam peti ais dah. Ha Ha Ha



Kaki porn mesti suka produk ni. Ha Ha Ha


Sanggup pakaikan pada anak anda?

Ahad, Januari 25, 2009

Barrack Husein Obama

Baca sejarah dia memang lah teruja. Kalau ada rajin membaca buku-buku perihal mamat ni, memang ada menyokong dia menjadi presiden negara tu.

Tapi, orang ni kah yang boleh diharap untuk membantu Palestin?



Gambar diceduk dari web Yahudi.

Rabu, Januari 14, 2009

Gua Minum Arak

Bukit Bintang. Hujung minggu, memang sendat, padat dan ketat.

Budak-budak sekolah, remaja Indie, pelancong-pelancong, pakcik silverman kerdil, amoi-amoi pelacur.

Aku dan Mak Jan duduk makan di kedai kek yang merahsiakan resipi. Sebentar lagi kami akan ke Ampang untuk pulang ke Melaka dengan John Lewis.

Di atas meja, kek coklat. Sebotol air minuman kaca, berwarna hijau.

Macam botol air setan. Dari jauh.

Kemudian, Mak Jan pergi membayar harga makanan. Aku mencapai botol minuman hijau.

Teguk. Teguk. Teguk. Epal.

Satu keluarga, melintasi kedai kek itu. Si bapa memandang aku. Mengeleng-geleng kepala. Memberitahu anak-anaknya.

“Tengok arr, budak-budak Melayu sekarang dah tak malu minum arak depan orang ramai”

Cis! Pak cik, tu bukan arak.

Tu sparkling lah! Ha Ha.

Jumaat, Januari 09, 2009

Palestin, Kami Di Belakang Mu



Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053

Selasa, Januari 06, 2009

Flea Market

Flea market, selain di lorong di Petaling Street, ada juga di Amcorp Mall. Sudah lama wujud, tapi baru sampai ke pengetahuan aku hujung tahun lepas.

Flea market ialah pasar yang menjual barangan antik atau barang-barang lama atau yang pelik-pelik dan rare. Kalau anda penggemar kepada senarai barangan tersebut, mestilah ke flea market hala tuju anda.

Hujung minggu di tahun baru masihi, selepas hati kecewa dengan kekalahan Sumbangsih, aku pagi-pagi lagi sampai di Stesen Lrt Taman Jaya.


Front page Iron Maiden - A Real Live One. Album live ini merupakan official release dari Iron Maiden yang direkod ketika Tour Iron Maiden untuk promosi Fear Of The Dark sekitar tahun 1992-1993.

Rupanya, aku tiba agak awal. Hanya 2-3 gerai di dalam Mall yang sedang dibuka. Perut tiba-tiba mendendangkan lagu dan irama. Belum bersarapan.

Roti bakar dan teh tarik. Gerai-gerai mula dibuka. Ini adalah pertama kali aku ke Flea Market di Amcorp Mall ni.

Aku berhenti di booth seorang Singh. Bila mata aku terpandang susunan buku-buku lama di atas meja. Aku belek-belek. Wow! Ada novel Shahnon Ahmad, S. Othman Kelantan, puisi-puisi Uthman Awang, kitab-kitab bahasa keluaran DBP, karya sastera Indonesia dan paling mengujakan aku, buku Hikayat Hang Tuah terbitan 1952 dan bertulis jawi.

Hampir 10 minit juga aku tercegat di hadapan gerai Uncle Singh tu. Sambil membelek-belek buku-buku lama tersebut. Uncle tu juga ada jual barang-barang antik. Tapi, buku-buku klasik tu tetap jadi tumpuan aku.

Tanpa membeli apa-apa, aku bergerak ke gerai-gerai lain. Kebanyakan gerai menjual vinyl atau rekod piring-piring hitam dan alatan audio. Aku sebenarnya cukup berminta dengan vinyl-vinyl ni. Sebab rare dan aku suka kualiti bunyinya. Kalau lah berduit, memang aku dan borong dah vinyl-vinyl ni.



Harga piring hitam bagi artis-artis yang kurang ternama agak murah. Sampaikan boleh dapat 3 keping vinyl dengan harga RM 10. Tapi, vinyl yang rare memang mahal. Antara yang buat aku teruja ialah vinyl Black Sabbath dan Megadeth. Meleleh air liur aku tengok. Lepas tu, koleksi The Beatles dan Sudirman. Ishh, hati aku memang memberonta menyuruh aku membeli.

Di satu gerai vinyl, seorang apek tiba-tiba mengambil vinyl Black Sabbath – Paranoid. Diletaknya pada turntable. Dan, vinyl itu diputar. Telinga aku terus menangkap lag yang diputar.

“*&^%$%^^!, sedap gila sound!!!” aku mencarut di dalam hati. Memang, banyak sungguh piring hitam yang menangkap kalbu aku. Tapi, kalau aku beli, aku nak pasang kat mana pula?? Turntable pun tak ada.

Sambil tu, aku juga berfikir, kalau aku beli, lepas tu jual di e-bay, untung juga. He he. Mungkin, suatu hari nanti hajat tu tercapai.

Selepas hampir 2 jam aku berpusing dalam mall tu, aku turun balik ke tingkat bawah dan kembali ke gerai Uncle Singh tadi. Bertanya harga buku-buku klasiknya.

Dengan kewangan yang terhad, aku hanya membeli novel Perdana – Shahnon Ahmad, keluaran 1976. Tapi, hati aku memang nak Hikayat Hang Tuah versi Jawi tu, tapi harga yang diletakkan oleh Uncle tu tak mencukupi duit dalam dompet walaupun aku rasa harga tu dah berpatutan.

Novel Shahnon Ahmad yang kuat tema Nasionalisme.


Duit aku jadi tak cukup sebab sebelum itu aku sudah membelis Cd Iron Maiden. Memandangkan tak mampu nak beli vinyl, kalau beli pun jadi perhiasan ja, baik aku beli CD. CD yang dibeli aku ialah Iron Maiden- A Real Live One. Yang ni pun agak rare. Cd keluaran 1993.

Nanti, aku nak bawak duit lebih sikit, lepas tu aku angkat arrr vinyl dan beberapa CD rare yang aku harap orang lain tak membelinya.