Jumaat, Mac 09, 2007

Rintihan Perindu



Awangan rindu terapung-apung,
Melayang-layang membuai fikiran,
Pedih,
Sakit,
Ngilu,
Kurasa seperti jauh kedudukan kita,
Engkau berubah?
Atau;
Aku yang merubahnya?
Sibuk bersiap hadapi ujian,
Kupatuh alasan itu,
Tapi,
Kutak bisa menahan,
Sepi sungguh perindu ini,
Tiada deringan nada,
Tiada getararan menggoncang,
Tiada tarian jejari,
Maaf,
Kuhanya mengejar kebahagiaan,
Kuingin miliki cintamu.

Metal To Metals 2 Reviu




Menggegarkan gegendang telinga. Itu yang boleh dideskripsikan pada album muzikal berat ini. Metal To Metals II merupakan album kompilasi kedua yang diusahasamakan oleh ahl-ahli forum Metal Terus. Tujuan utama penghasilan album ini ialah memberi peluang kepada bakat-bakat baru serta band-band yang berbakat untuk mengekspos bakat mereka. Di kala suasana Metal tempatan berada di kemurungan yang agak membelenggu, album ini berjaya dilahirkan. Dari segi kualiti, amat membanggakan bagi sebuah rilisan indipenden. Mungkin saya tidak berpeluang mendengar album kompilasi pertama album ini, namun dari beberapa respon ahli forum, kualiti bunyi amatlah ketara peningkatannya berbanding rilisan terdahulu. Jika cd ini dipasang pada pemain cd biasa mungkin tiada keitimewaannya. Tetapi, jika dipasang pada computer atau pc, menu interaktif yang menarik akan terpapar pada skrin. Ia memuatkan biografi band dan wallpaper rasmi bagi album ini. Dari Black Metal yang ‘raw’ bunyiannya ke laguan bising Grindcore; sehingga ke kesyahduan Gothic Metal dan kelajuan irama Thrash anda bakal dihidangkan di dalam album ini. Band yang menjadi pilihan saya ialah Morrgorm (gitaris band ini merupakan bekas pelajar sekolahku yang tercinta, SMSTSP), DCA, Pyro, Ephemeral, Eekarus dan Silence Enshroud. Band lain yang tak kurang hebatnya ialah Dislocated Cerebrum, Dark Regime, Neftaraka, Nazzaq, Psyrosix dan penampilan istimewa Modar.
Untuk lagi berita mengenai dunia Metal tempatan layari :
http://www.metalterus.com.my/
http://www.ekstrim.info/

Malam Bising Limau Merah


Usia malam kian remaja
Gemersik habis ia letup
Malam ini malam raya
Malam raya buat mereka
Sepet mata
Kuning kulitnya
Lari habis hantu jembalang
Dengar lagu bising letup
Badan jerit letih
Hati bisik tidur
Tapi
Mata masih tersenyum
Setia menghadap skrin reriba
Esok mereka berpesta
selamat tahun baru buat mereka..