Ahad, Februari 28, 2010

Kebebasan Mutlak Pada Media Baru Berbahaya Kepada Keharmonian Sosial

Demokrasi di Malaysia mula wujud semenjak peninggalan British dari Tanah Melayu. Tanggal 31 Ogos 1957, dengan bergemanya laungan kemerdekaan, maka demokrasi itu mula wujud dan menapak di Tanah Melayu. Kebebasan dalam bersuara merupakan perkara asas dalam demokrasi konvensional. Namun, menurut Dr Rahmat Ghazali, dalam bukunya ‘Online Journalism on Malaysian Socio-Political Landscape’, pengamalan demokrasi di Malaysia unik dan berbeza dari amalan demokrasi barat, di mana demokrasi di Malaysia lebih mementingkan kesatupaduan dan keharmonian sosial dalam masyrakat berbilang kaum. Keharmonian sosial ini terjaga dengan rapi sejak berlakunya perbalahan kaum yang terburuk di negara ini pada 16 Mei 1969.


Dalam amalan media arus perdana tanah air, hal-hal yang menyentuh akan isu sensitif antara kaum tidak akan disiar dan ditapis. Setiap berita yang akan disiarkan di akhbar haruslah melalui editor dan proses ‘gatekeeping’ akan berlaku. “Gatekeeper” berfungsi sebagai penapis kepada setiap berita yang bakal disiarkan memandangkan setiap berita itu mempunyai kesannya sendiri terhadap pembaca. “Gatekeeper” ini berfungsi secara menyeluruh dalam sesuatu syarikat akhbar itu sendiri. Apabila sesuatu berita itu tidak ditapis terlebih dahulu, maka dapat dilihat berita yang disiarkan itu akan mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa dan nahu serta struktur ayat. Juga sekiranya berita itu menyentuh sensitiviti masyarakat, kekecohan akan timbul dan seterusnya akan meruntuhkan institusi masyarakat.

Namun begitu, kemunculan media baru atau lebih dikenali lagi sebagai kewartanan dalam talian telah merubah corak menyampaian sesuatu maklumat. Sarjana seperti Millison, Allen, Hall, Wolk, Deuze dan Gunter mendefinisikan kewartawanan dalam talian bukan hanya meliputi berita tetapi merangkumi perlbagai area seperti akhbar dalam talian, laman web informasi, laman-laman blog, papan bulletin, dan ruang sembang, di mana pengguna terlibat dalam pembincangan, perkongsian dan pendebatan idea, pendapat dan pemikiran yang berkaitan masyarakat. Namun, kemunculan media baru ini dalam senyapnya membawa satu barah yang boleh merebak dan membawa bencana kepada keharmonian sosial dalam negara.

Seperti yang saya sebutkan pada perenggan-perenggan awal, demokrasi di Malaysia mementingkan keharmonian antara kaum dan media arus perdana berusaha untuk memaparkan berita dan maklumat yang tidak menyentuh hal-hal perkauman. Namun, pengamal media baru dan kewartawanan dalam talian pada hari ini cukup berani dalam menyiarkan isu-isu sensitif yang mencabar keharmonian sosial dalam negara kita. Tiada sekatan dalam penggunaan internet bukan bermakna pengguna internet itu bebas sebebasnya untuk menyebarkan perkara palsu, auta dan fitnah.


Baru-baru ini, seorang pelajar ASWARA ditahan atas tuduhan menghasut masyarakat di laman sosial Facebok agar merosakan dan membakar gereja. Kemudian, selepas kemangkatan baginda Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Sultan Almarhum Sultan Ismail, kita digemparkan dengan penangkapan Aduka Taruna yang menulis kata-kata biadap terhadap almarhum Sultan Iskandar. Penahanan Aduka Taruna bukanlah yang pertama kerana Jeff Ooi, Ahiruddin Atan, Raja Petra Kamaruddin dan Syed Azidi antara yang pernah mendepani tindakan undang-undang berhubung isi kandungan dalam blog masing-masing. Hal ini jelas menunjukan bahawa internet menjadi wadah bebas dalam menyebarkan segala wacana kepada khalayak. Namun, dalam kebebasannya masih lagi terdapat tembok halangan jika kebebasan itu digunakan untuk menyebarkan segala perkara yang dianggap fitnah oleh segelintir.



Dengan kewujudan media baru, khalayak dituntut menggunakan kewarasan  dan kebijakan akal untuk memanfaatkan kecanggihan teknologi komunikasi yang ditawarkan menerusi dunia siber. Tetapi disebabkan oleh sesiapa saja boleh memberi pandangan dan menyiarkan segalanya untuk tatapan umum, maka wujudlah salah tafsir mengenai suatu yang dikelaskan sebagai fitnah, ugutan dan sebagainya. Oleh itu, pihak yang berkuasa telah melaksanakan peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Rahsia Rasmi (OSA). Dengan melaksanakan undang-undang yang diperuntukan, maka akan timbul rasa takut dalam diri khalayak pengamal media baru dalam penyebaran maklumat yang kurang tepat.

Peruntukkan undang-undang berkaitan dunia siber adalah untuk menyekat segelintir pengguna yang tidak beretika atau sengaja mengambil peluang dan ruang untuk mencetuskan keadaan kucar-kacir dalam masyarakat. Perlaksanaan undang-undang tersebut sebenarnya member manfaat kepada majoriti. Sekiranya kerajaan berfikiran sempit dan jumud dengan tidak memberi kebebasan, sudah tentu internet diharamkan secara terus. Oleh hal yang demikian, untuk menikmati kebebasan yang lebih bermakna kita perlulah mengorbankan kebebasan mutlak yang membawa banyak kerosakan dari keharmonian.

Sabtu, Februari 20, 2010

Mes parents stupides

Bu. Kau tau tak? Aku sayang kau.

Pa. Kau tau tak? Aku juga sayang kau.

Bu. Aku tau. Kau penat mengandungkan aku.

Pa. Aku tau. Kau mesti resah fikirkan aku yang berada dalam kandungan bu.

Bu. Pa.

Dulu aku sayang akan kamu berdua.

Bu. Pa.

Sekarang, aku rasa kau berdua macam palat.

Bu. Kau babi.

Pa. Kau anjing.

Berdosakah aku? Malim Kundang? Tanggang?

Pa. Kau tahu lepaskan apa yang kau nak. Dan. Kau kemudian jadi dayus bila aku terbentuk dalam rahim bu.

Bu. Kau dah penat kandungkan aku. Heret sana sini. Tapi. Kau meroyan.

Bu. Pa.

Aku sakit. Aku sakit kena bakar. Aku sakit. Badan aku putus dua. Aku sakit, apabila kau berdua buang aku macam kambing panggang busuk dalam tong sampah.

Lahanat! Aku benci!

KUALA KRAI: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru lahir bukan saja dibuang ke dalam tong sampah, malah mayatnya dibakar sehingga melecur seluruh tubuh. H.Metro

http://www.hmetro.com.my/articles/Bakarbayidalamtongsampah/Article/

Selasa, Februari 16, 2010

A Mighty Heart (2007) : Kejahilan Ekstremis Islam dari Pandangan Hollywood


Filem arahan Winterbottom ini menceritakan akan kejahilan dan kebodohan ekstremis Islam. Yang mempunyai pandangan sempit mengenai Amerika (orang Yahudi terutamanya). Dalam masa yang sama, filem ini juga mencabar kefahaman orang putih tentang ektremis-ekstremis Muslim.

Pandangan pertama aku sebelum menonton filem ini agak stereotaip dan menganggap ini ialah filem Hollywood tipikal yang menggambarkan Muslim itu ekstrim.Namun, filem ini sebenarnya sesuatu yang agak genius pada hemat aku. 

Dengan gaya penulisan skrip yang agak berat, filem ini bakal menjadi hasil yang membosankan. Namun, Winterbottom berjaya membuatkan skrip yang berat itu menjadi sebuah doku-drama yang saspen dan penuh dengan atmosfera emosi yang cukup tinggi frekuensi dan darjahnya.

Jalan cerita berdasarkan kronologi penculikan Daniel Pearls (Dan Futterman) dan nyawa bagi filem ini ialah Angelina Jolie sebagai Mariane Pearl yang membawa emosi keseluruh ruang filem ini. Gaya sinematik yang cukup bijak dan campuran emosi dan perasaan dari Angelina memberikan X-faktor yang begitu mencengkam. 



Angelina buat aku cukup terpikat dengan dia. Dalam filem Changelling, dia membawa emosi dengan cukup baik dan berkesan. Dan filem ini dilakonkannya sebelum Changelling dan Angelina sememangnya pelakon yang tahu bagaimana mahu memberi roh kepada sesebuah filem. Aspek ini lah yang kurang dalam penerbitan filem di negara kita. Filem ini tidak perlukan muzik latar yang terlalu memujuk penonton untuk merasai emosi Angelina, lakonannya yang cukup kuat dan dengan garapan pengarahan dari Winterbottom, penonton dapat merasai kesengsaraan, rindu, kesedihan dan ketabahan Mariane. Selain itu, antara hal kecil yang tidak dipandang remeh oleh Angelina ialah dia melakonkan seorang wanita yang berasal dari Perancis. Angelina bercakap bahasa Inggeris dan kadang-kadang masih terdegar bunyi Perancisnya. Itu sebenarnya mengujakan aku.

Antara babak yang cukup berkesan ketika Mariane menghantar SMS 'I Love U' ke telefon Daniel. Dan, kita tahu yang Daniel tak mungkin dapat membacanya kerana dia diculik dan mungkin telefonnya sudah dirampas. Dalam babak ini, aku cukup merasakan kerinduan yang menebal seorang isteri terhadap suaminya dan dia sebenarnya cukup berharap yang suaminya akan membaca SMS itu walaupun logiknya, tak mungkin akan terjadi.

Aku cukup menyukai skrip filem ini. Dengan beberapa dialog yang mencabar dan keseimbangan permasalahan yang dirungkai. Ya, skrip yang ditulis John Orloff ini digarap dari kisah benar yang didokumenkan dalam buku tulisan Mariane Pearl sendiri. Namun, penulisan skrip ini tidak merujuk bahawa semua Islam itu teroris dan ekstremis. Islam masih digambarkan sebagai sebuah agama, seperti agama lain yang tidak suka akan keganasan. Hanya segelintir yang ekstrim sahaja yang bertindak sedemikian.

Pada hemat aku, filem ini berat. Tapi, shot dengan suntingan yang bagus, membuatkan filem ini menjadib bertambah bagus bukan sahaja rupa malah content dan isinya juga. Isinya mencabar kedua-dua pihak sama ada Muslim atau Amerika. Dan, pembikin-pembikin filem tanah air perlu sedar bahawa menggarap cerita dari buku sebenarnya bakal menghasilkan produk yang luar biasa hasilnya.

Isnin, Februari 15, 2010

Kancil Tu Tak Lah Bijak Sangat

Kancil tu tak lah bijak sangat.

Sebab. Hari ini dah jadi lauk aku.

Sebelum dimasak. Memang macam seekor kucing yang kena sembelih.
Tapi lepas masak. Pheew!

Tekstur dagingnya empuk dan ibarat daging kambing. Bila mencecah lidah, air liur merembes dan deria rasa lidah mula bertindak balas.

Pengalaman memakannya cukup mengujaka. Baunya ada seperti bau daging unta.
Kulitnya liat-liat rapuh. Boleh dibuat sup.

Asyik dan menyelerakan. Sungguh!

Tapi. Jangan makan selalu. Sebab spesis ni dah nak pupus. Yang banyak sekarang di jalan raya. Perodua Kancil.

Selasa, Februari 09, 2010

Revolusi Yang Tak Pasti

Mereka, kononnya berada dalam kelompok paling bagus. Paling berpengaruh. Paling terkenal.

Bersaing dengan beberapa kelompok lagi. Yang tak kurang bagusnya.

Mereka ada ketua. Ketua yang berjiwa tinggi. Yang mencanang sana-sini akan kehebatannya.

Tapi. Sebenarnya mencanang kebodohan diri sendiri.

Kami lagi lama di sini. Kamu orang baru. Apa yang kamu tahu? Itu katanya. Kepada kami yang dari bumi Hang Tuah.

Sombong. Bongkak. Dan. Dungu.

Kita perlu gamatkan kelompok kita! Jerit dia kononnya bersemangat.

Kelompok lain keluar dari kepompong. Bebas berfikiran kreatif. Dan, kelompok yang kononnya hebat, dengan ketua yang berasa dirinya hebat, ingin mengikut jejak langkah.

'Ayuh, kita ke pantai!'

Ini lah permulaan revolusi kita. Pidato sang ketua. Di pantai macam-macam boleh dilakukan.

Tapi. Sang ketua terlupa. Alpa mungkin. Nak berevolusi perlukan perancangan. Bukan buta tuli mengikut perihal orang lain.

Sang ketua terlupa, yang organisasinya pun semacam kucar-kacir. Sebab sang ketua sebenarnya memelihara sejenis makhluk yang memakan dirinya sendiri. Yang menggulai dan memasaklemakan akal dan pemikirannya sendiri. Makhluk yang bernama ego dan nafsu terus merajai dirinya.

Dan. Datang si minoriti. Dari mewakili pengikut baru. Yang sebenarnya punya pengalaman dan idea yang jitu. Memberitahu perancangan yang nampak remeh. Tapi bersulam kegeniusan dan mungkin tunjang revolusi.

"Kami nak jual buah. Dan hasilnya kami nak derma."

Berderai ketawa. Memperlekeh usaha kecil untuk berevolusi.

Masa. Bakal tiba. Dan. Mereka bakal buktikan.

Buah. Buah. Buah. Buah. Bom. Bom. Bom. Bom.