Home | Posts RSS | Comments RSS | Login

Reviu-Reviu Filem yang Sempat Ditonton

Khamis, November 19, 2009
Pisau Cukur (2009)




Aku diajak oleh grup 3R yang diketuai Nadia Sulaiman untuk tengok tayangan perdana filem ni. Satu kelas dia ajak sebenarnya. Tapi, dengan bersyarat kena bantu team Red Comm buat kerja. Sebab sibuk, dan syarat yang dikenakan tu, aku tak jadi menonton secara percuma.

Tapi, ini filem pertama yang ditonton selepas tamatnya pembentangan akhir. Tanggapan pertama aku sebelum filem ini ditonton tidak terlalu menggunung. Dalam fikiran, terbayang-bayang Gol dan Gincu. Aku hanya mengharapkan sebuah filem chick flick yang menghiburkan.

Wah! Sememangnya aku sangat teruja. Sungguh! Skrip yang ditulis Rafidah cukup kemas dan teratur. Walaupun jalan cerita agak predictable, dan seakan-akan jalan cerita komik penyiasatan macam Detektif Conan atau Nancy Drew, tetapi dialog-dialognya cukup kuat dan menendang.

Plot dan sub-plot sememangnya terjaga rapi dan menghuraikan penceritaan dengan cukup rapi. Aspek lakonan, Fazura memberikan lakonan yang berkelas tinggi, begitu juga dengan Maya Karin yang berjaya membawa emosi dengan baik. Aaron Aziz bagi aku mendatar sahaja. Seperti lakonan-lakonannya di dalam telefilem dan drama TV. Dan si pelakon baru tu nampak kaku tetapi masih berjaya membawa wataknya.

Jujurnya, aku merasakan kekemasan filem ini lebih baik dari Papadom.

Jogho (1997)



Filem seni yang lama aku nak tonton. Ahkhirnya jumpa juga VCD filem ini di Giant Kelana Jaya. Dijual longgok dengan VCD-VCD filem Melayu 90-an.

Di Malaysia, sememangnya kurang filem yang diadaptasi dari novel. Yang selalu dipraktikan ialah mengadaptasikan novel ke drama bersiri. Uwei, selepas filem Kaki Bakar yang juga diadaptasi dari novel (masih belum aku jumpa), dan kontroversi Perempuan, Isteri dan Jalang, berjaya menghasilkan sebuah filem yang aku tafsirkan penuh dengan egois seorang lelaki.

Ego, perjuangan, judi dan sikap orang Melayu yang berdendam. Diadun dan diuli secukupnya.

"Yo la tu. Anok bini make nasik denge budu. Hok molek semuo ke lembu" - Minah


Perempuan Berkalung Sorban (2008)



Kalau diminta untuk memilih antara AyaT-Ayat Cinta dan Perempuan Berkalung Sorban, aku akan memilih filem Perempuan Berkalung Sorban. Bagi aku, novel Ayat-Ayat Cinta sememangnya fenomena, tetapi filemnya agak gagal dan terkejar-kejar.

Walaupun aku belum membaca novel Perempuan Berkalung Sorban, akan tetapi filem ini cukup menggigit dan mencubit. Walaupun sesetengah pihak menuduh filem ini cuba menggelapkan ajaran Islam dan memberi ruang kepada Islam Liberal, tetapi filem ini sebenarnya mengajar dan mendidik.

Bagi yang tidak mengenal Islam,menonton filem ini akan membuatkan kebencian terhadap Islam bertambah. Filem ini mengkritik pengamalan Wahabi yang ekstrem di Indonesia. Dengan bahasa mudah, perempuan tidak bebas dan pengkisahan filem ini ialah emansipasi dan kebebasan wanita dalam Islam.

Syot yang cantik, jalan cerita yang kemas dan jitu, dan emosi yang cukup meresap sehinggakan mampu untuk mencanakkan bulu roma aku dek semangat.

Apa yang kurangnya ialah packaging untuk DVD cetakan Malaysia. AKu sangat kecewa dengan DVD cetakan Malaysia. Ya, memang filem ini digam di Malaysia, akan tetapi packaging untuk DVD original mestilah bertepatan dengan harga yang aku bayar. Aku bayar rm20 hanya untuk dapat sekeping DVD. Mujurlah masih ada Behind The Scene dan video klip lagu tema nyanyian Siti Nurhaliza. Sangat menyedihkan berbanding packaging DVD Laskar Pelangi cetakan Indonesia yang berbaloi dimiliki.



2012 (2009)


Hah! Filem Hollywood yang membuatkan aku naik angin! Reviu aku adalah 200% sama dengan dua reviu dari kawan-kawan aku, Ujay dan Amir Epps.

Reviu Huzai goes cinema. Klik sini.

Reviu Amir Epss. Klik sini.

Kisah Tamat Diploma : Air Tin Yeos

Selasa, November 17, 2009


Hari-hari paling masyuk dah syahdu dalam hidup ialah hari tika saat mengumumkan tamatnya pembentangan untuk research terakhir kami.

Masing-masing bersorak sorai gembira.

Dan. Hari itu, ramai umat-umat sudah pulang. Umat-umat yang sealiran dengan aku.

Kelam-kabut. Budak-budak yang beraliran seni lukis dan seni reka.

Perlu dicetak segala hasil. Perlu diprint segala artwork.

Sadu. Mekau. Dan. Aku.

Mekau. Dan. Aku. Hanya karekter yang meneman Sadu. Untuk mencetak hasil-hasil seninya. Yang, senikah? Kalau kau tengok. Ha Ha Ha..

Segala kerja dicetak di kedai Mr Tan. Yang semakin tersenyum kerana bertambah kembung poketnya. Dan. Bertambah kembung perut bininya hasil buatannya sendiri.

Sadu. Mekau. Dan. Aku

Mekau. Dan. Aku. Hanya karekter yang meneman Sadu. Untuk meneman Sadu ke BB.

Maksud aku, BB tu ialah Bukit Beruang. Bukan Bukit Bintang nun di Kuala Lumpur.

Orang Melaka pun nak ada tempat-tempat yang glamour juga.

Di BB, maksud aku Bukit Beruang, selain tempat awang-awang hitam pelajar MMU melepak, tempat tu ibarat Low Yat tapi versi bersepah-sepah.

Sadu dengan hajat nak membeli catridge printer nya.

Dan. Selepas usai membeli. Kami bercadang untuk makan di mapley berdekatan MMU.

Sadu. Dengan rakus. Tangkas. Dan lemak berkrim. Mencapai sebotol air Tinge kegemarannya dan setin air Yeos perisa Tebu.

Masing-masing dengan rakus dan tanpa berfikir panjang membuat pesanan makanan.

Dan. Sadu, menuang air tin Yeos nya ke dalam gelas berisi ais.

Separuh. Diteguk.

"Tak manis pun!"

Diteguknya air itu dari tin tanpa dituang ke dalam gelas berais tadi.

"Hah! Manis sikit. Tapi tak sejuk aaahhh!"

Kerana inginkan kenikmatan dari rasa sejuk, dia terus menuang secara terus menerus ke dalam gelas berais tadi.

Dicapainya straw. Dan.

Terhenti.

Koma.

" YYYYYYYYYaaaaaaaaaaaaaaRRGgggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!"

Sadu tiba-tiba meronta macam orang meroyan.

Dimuntah-muntahnya air hijau tebu tadi.

Mekau. Dan. Aku. Yang karekternya hanya peneman Sadu kebingungan.

Kami memandang ke dalam gelas berisi ais dan berisi air tin Yeos berwarna hijau perisa tebu.

Oh. Sekarang gelas berais itu berisi air tin Yoes berwarna hijau perisa tebu dan ada seekor kumbang hitam yang dah mati kerana lemas berada dalam tin Yeos itu.

Ha Ha HA

Hari-hari paling masyuk dah syahdu dalam hidup ialah hari tika saat mengumumkan tamatnya pembentangan untuk research terakhir kami.

Masing-masing bersorak sorai gembira.

Nota kaki; Nah gambar-gambar air Yeos tu!

Kisah Tamat Diploma : Tayar Pancit

Isnin, November 09, 2009
Hari-hari paling masyuk dah syahdu dalam hidup ialah hari tika saat mengumumkan tamatnya pembentangan untuk research terakhir kami.

Masing-masing bersorak sorai gembira.

Dan. Kami berhajat untuk keluar. Untuk binding hasil resarch.

Saga putih dipandu dengan yakin oleh Farhan Yusuf. Melintasi susur jalan. Melaluo denai-denai yang bertar.

Itu jam, aku nampak macam batuan bertaburan atas jalan raya.

Farhan Yusuf, tanpa ragu-ragu, melanggar batuan-batuan.

Ketang Ketang Ketang!!!

Bunyi batu-batu berlanggar dengan besi-besi badan kereta aku.

Keduk Keduk Keduk!!

Bunyi rim kereta aku bergeser dengan tar.

Sah! pancit!

Lampu isyarat kecemasan dinyalakan.

Tayar aku kempis ibarat tayar tu dibelah-belah.

Si Gemok dan Si Tahi lalat berjalan ke belakang mencari-cari. Bukti. Kenapa tayar pecah.

Hah!

Siput Kepah!

Gila. Apa hal siput kepah lepak kat tengah jalan.

Dan. Selepas itu, kami ibarat pencari siput di pantai. Mengutip siput-siput yang bertaburan di jalan. Kerana, kami nak makan nak membuat kerja amal.

Ha Ha Ha..


Hari-hari paling masyuk dah syahdu dalam hidup ialah hari tika saat mengumumkan tamatnya pembentangan untuk research terakhir kami.

Masing-masing bersorak sorai gembira.

Ingin Terbang Bebas!

Khamis, Oktober 15, 2009













Terima kasih kepada semua yang mensukseskan antara event terbesar di Alor Gajah!
Saki baki penat masih terasa. Kulit semakin terbakar.

Beraya Dengan Encik Polis

Isnin, September 28, 2009
Kalau nak ikutkan, hari raya tahun ini memang paling bosan. Sebab, aku demam. Tak mungkin H1N1. Lepas sembahyang raya, memang aku terus pengsan. Tapi sempat lah berjumpa dan bergosip dengan kawan-kawan seperkayuhan basikal dahulu kala.

Raya ketiga, aku dah tak demam. Tapi, kepala aku macam kena paku. Nak kata aku ni spesis pontianak, tak mungkin. Sebab sakit bukan di tengkuk.

Sakit. Migrain. Ah!

Hari raya ketiga. Mak suruh aku ke kedai Izat. Muallaf. Ala, bukan jauh pun dari rumah aku. Aku capai kuda aku. Aku tunggang. Tapi, aku tak capai helmet.

Ala, bukan jauh pun dari rumah aku.

Aku pun tunggang kuda. Depan rumah aku 'u-turn'. Kedai Izat. Muallaf. Di seberang sana. Aku kena tunggang kuda dari arah bertentangan. Memang kesalahan trafik. Tambahan tak pakai penutup kepala.

Ala, bukan jauh pun dari rumah aku.

Masa ni lah mata aku tiba-tiba ternampak kereta kancil. Warna putih. Bagi signal. Macam nak berhenti depan aku.

Memang tak syak. Polis cari duit raya!

Aku, dengan muka selamba bagi signal masuk ke dalam kawasan sekolah. Jantung memang laju.

Damn!

Kereta kancil polis tu pun bagi signal masuk dalam sekolah. Aku, dengan penuh kudrat memecut kuda tua bapa aku tu. Terus ke kawasan rumah guru.

Memang aku tak pandang dah belakang. Kunci kuda. Melompat macam Desperado. Terus aku berlari ke pintu pagar belakang sekolah.

Dan, aku berjalan kaki ke kedai Izat. Muallaf. Beli barangan yang nak dibeli.

Dalam 20 minit juga aku lepak.

Masa aku nak patah balik ke sekolah. Aku nampak polis tu masih tunggu aku depan pagar sekolah.

Haram jadah. Macam mana aku nak kuar dari kawasan sekolah ni.

Ah, ini tempat aku lah jerit aku kuat-kuat dalam hati berharap polis tu mendengar.

Aku berjalan semula ikut pintu pagar belakang sekolah. Yang memang mencabar sebab kena daki bukit. piiuuuyyyy... Berpeluh-peluh.

Mat-mat Indon buruh yang tengah siapkan bangunan baru sekolah memang pandang aku dengan seribu syak.

Ah, peduli apa aku. Janji aku dapat lari dari polis yang lapar duit raya tu.

Aku cari tempat persembunyian di bangunan lama sekolah.

Sayup-sayup dari tempat persembunyian aku nampak dua orang polis bercakap sesuatu dengan Pak Kassim,jaga sekolah.

Dan. Kereta kancil polis yang lapar duit raya tu mula bergerak keluar dari kawasan sekolah.

Dari tempat persembunyian. Aku melangkah. Kuda dihidupkan. Aku pecut. Dan angkat tangan kepada Pak Kassim sewaktu melewati pos jaga.

Riang Ria

Jumaat, September 18, 2009


Aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua.

Kepada yang kantoi puasa, sebab lapar, sebab termuntah, sebab usap-usap tiba-tiba berlendir, sebab memang tak mau puasa, cepat-cepat ganti lah!

Tahun ni malas aku nak hantar-hantar SMS. Buang duit saja!

Bujang

Khamis, September 10, 2009

Ada 8 bujang. Dalam satu kandang. Tapi, 3 saja yang penghuni tetap kandang tu.

Yang lain, bila bulan penuh, baru pulang ke kandang.

Bujang-bujang lain, di mulut bertempikan 'united we stand'!

Bujang yang 3 hanya dengar dan aguk.

Tapi, hakikatnya tidak.

Dek satu makhluk yang punyai bahagian terbelah yang montok dan tembam dan di situ lubuk nikmat, bujang-bujang yang di mulut bertempikan 'united we stand' ni berpaling muka, bermuram durjana.

Huh, kuat sungguh makhluk bernama wanita.