Jumaat, November 24, 2006

Dan Berhentinya Debaran








MOHAMAD JAZLI SAFWAN BIN ALI
NO 59-A, KAMPUNG BAYAS,
MUKIM ULU MELAKA,07000, LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN
No Pelajar:
2006106189
No Kad Pengenalan:
880209265527




Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan tempat untuk mengikuti program di UiTM:
Program:
(MC110)
SEPENUH MASA


DIPLOMA KOMUNIKASI & MEDIA


KAMPUS ALOR GAJAH

Kampus:
M - KAMPUS ALOR GAJAH

Semester:
Dis 2006




Sila datang mendaftar di tempat yang ditetapkan.
Tempat:
UITM KAMPUS ALOR GAJAH

KM 26 JALAN LENDU, 78000 ALOR GAJAH, MELAKA


Tarikh:
23/12/2006

Selasa, September 26, 2006

Gathering Tahunan Asputra

Kepada semua warga Asputra,

Perhimpunan Asputra pada tahun ini akan diadakan pada hari Khamis,
26hb.
Oktober 2006 di Behor Pulai, Perlis.

Aktiviti
2.00 - 4.30pm Mesyuarat Agung Persatuan (Dewan Sri Pulai)
5.00 - 7.00pm Perlawan Bolasepak Asputra FC vs Pasukan Pilihan
(Padang Sekolah)
8.30 - 11.00pm Majlis Makan Malam (Dewan Makan Sekolah)

Kepada yang berminat sila mendaftar melalui pautan berikut :-



Sekian Dimaklumkan.

Hatta
016-675 6110


Untuk warga Sytra0105, pihak Asputra berharap supaya batch kita handle untuk majlis makan malam. Dari mula sampai tamat majlis. Kepada sesiapa yang ingin turut serta sila hubungi Abg Hatta ( no telefon ada tertera di atas) atau hubungi saudara Syafiq Abd Hamid @ Tokey (017-4025030 emel : msah_sksp@yahoo.com). Harap ramai boleh turut serta....

Sabtu, September 23, 2006

Eksotika Romantika

Ini dialog cinta. Ini bicara cinta. Sebuah sembangan romantika.


Jengking Setia
Apa semua ini? Ku tak mengerti.

Dewi Lara
....

Jengking Setia
Kenapa kau diam? Jangan begitu kasih. Aku perlukan jawapan.

Dewi Lara
Aku juga tidak mengerti. Jiwa aku terawang-awang. Terapung-apung. Melayang-layang.

Jengking Setia
Apa yang sebenarnya berlaku wahai kasih? Kenapa kau membisu, diam, kaku. Ku tak mahu bergini.

Dewi Lara
Aku tak dapat huraikan wahai sayang. Entah mengapa tiba-tiba aku begini. Aku tidak tahu jawapannya.

Jengking Setia
Kasih. Cuba berterus terang. Jangan begini. Kau umpama mendera, memasung, menyula, menyebat batin, jiwa, perasaanku. Aku sepi sekarang.

Dewi Lara
Maafkan aku wahai sayang. Aku tak mampu untuk berbicara.

Jengking Setia
Kenapa? Kau sudah buang aku? Kau sudah tak sayang akan aku? Kasihmu dah lunturkah wahai Dewi? Kenapa kau berdiam diri sepurnama yang lalu? Tiada perkhabaran. Tiada cerita. Tiada hikayat.

Dewi Lara
....

Jengking Setia
Kenapa kau membisu. Buka mulut yang terkatup itu. Angin tak akan bercerita akan hal engkau. Awan takkan turunkan hujan yang punya cerita kamu. Hati aku gelora. Tsunami sudah landai jiwa dan perasaan aku. Kau sudah buang aku? Kau dah tinggalkan aku?

Dewi Lara
Kau rasa?

Jengking Setia
Hey, aku menyoal engkau.

Dewi Lara
Aku keliru wahai Jengking. Ku tak tahu kenapa diriku begini. Tak dapatku ungkapkan.

Jengking Setia

Ahh.. lagi-lagi itu yang kau katakan. Kasih, kucuba menjadi sang pencinta setia. Ku tak mahu kasih kita ini mati di sini. Adakah kau lupa yang dulu kasih kita pernah terlerai ikatannya di persimpangan jalan. Kau tiba-tiba muncul kembali dan inginkan ikatan itu terimpul balik.

Dewi Lara
Aku ingat.

Jengking Setia
Habis kau ingin hancurkan peluang kedua yang kuberikan dulu? Dewi, kau bertuah kerana aku begitu menyayangi kau sehingga berikan kau satu lagi peluang. Sepatutnya peluang itu kau tak sia-siakan. Kujuga peroleh peluang dari dikau. Dulu, sewaktu aku tergila-gilakan Angsana Rebak, aku gagal peroleh peluan umpama aku berikan pada kau dan kau berikan padaku. Aku ingin bina cinta dan kasih yang tulus.

Dewi Lara.
Hermm..

Jengking Setia
Janganlah kau berdiam dan berahsia lagi. Luahkanlah masalah itu agar dapat kuruntuhkan pagar yang membelenggu jiwamu. Janganlah berdiam, bila berdiam hanya engku dikau dan aku daku. Satu masalah pun tak boleh terurai. Ku mahu jadi pencinta seperti mereka. Setulus kasih Romeo dan Juliet, sehebat Uda dan Dara malah mungkin seedan Laila dan Majnun. Ku cuba bina cinta kerang Yang Maha.

Dewi Lara
Aku masih sayangkan kau. Cuma, aku perlukan sedikit masa. Aku perlu mencari balik keyakinan itu. Aku masih rindukan kemanisan yang pernah kau berikan padaku. Aku begitu rindu, sayang.

Jengking Setia
Aku masih bersabar dengan karenahmu Dewi. Aku percaya ini cinta suci yang kucari. Setiap hari, setiap ketika, selepas ibadah ku selalu berdoa. Ya Allah, jika ini cinta suciku satukanlah kati kami berdua. Ku harap kau tidak tinggalkan aku begini.

Dewi Lara
InsyaAllah jika kau berikan kumasa keyakinan itu mungkin timbul kembali.

Jengking Setia
Walaupun kau masih lagi berahsia denganku, tapi aku harap agar kasih yang semakin pudar ini jernih kembali. Cerah. Ku tak mahu pahit dan kelat lagi. Dewi, kuserahkan segala kepercayaan kepadamu. Agar kau peroleh keyakinan itu.

Di sebalik tirai kebudayaan..

Hari ke-15 dalam kalendar lunar merupakan hari untuk sebuah perayaan cahaya. Perayaan yang diraikan oleh kaum yang berkulit kuning langsat dan bermata sepet sebenarnya agak unik dengan perarakan tanglungnya. Bak kunang-kunang yang terbang berkelip-kelip jika dipandang dari jarak yang tidak dekat. Indah.

Sempena perayaan ini, kaum bermata tidak bundar itu telah merancang sambutannya di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Rapi sungguh perancangan mereka. Seperti sebuah keramaian yang penting yang akan diraikan oleh warga kolej. Gerai jualan tanglung, poster-poster di merata-rata tempat, kedengaran alunan mendayu muzik tradisional Cina dan pengumuman oleh AJK tunggalJPP berbangsa bukan Melayu yang kadang-kala membuatkan sesetengah pelajar tidak senang kerana intonasi dan bahasa Melayunya yang sedikit lintang.

Pada mulanya pesta ini hanyalah dianggap sebuah perayaan kaum yang biasa memandangkan negara Malaysia bukankah harmonis dengan perpaduannya. Namun, semakin hampir dengan sambutan itu, sesetengah pihak mula tersedar dengan agenda terselindung di sebalik pesta kebudayaan ini.Mungkin sebuah kebetulan atau mungkin sebuah perancangan yang dirancang halus.

Sebelum pergi dengan lanjutnya, tulisan ini bukanlah untuk menghina atau mewujudkan sirat perkauman tetapi hanyalah teori dan pendapat dari sesetengah individu yang merasakan terdapat agenda terselindung. Maaf jika ada yang membacanya tersinggung dengan beberapa teori dan point yang akan anda temui sebentar lagi. Buka minda dan tarik nafas dalam-dalam sebelum melanjutkan bacaan. Jika anda golongan yang sempit akalnya, harap tidak teruskan pembacaan.

Apa agenda tersirat disebalik pesta kebudayaan ini? Mudah. Pesta yang diraikan ini adalah sebuah agenda yang ingin membunuh Melayu. Maaf jika anda tidak dapat menerima kenyataan ini. Kenapa penulis katakan membunuh Melayu? Lagi mudah. Pesta tanglung ini disambut di kala peperiksaan akhir semester 1 hanya tinggal lebih kurang enam minggu lagi. Sekarang turun ke perenggan lain untuk huraiannya.

Promosi untuk pesta tanglung ini sedikit sebanyak telah meracuni pemikiran sesetengah penuntut. Misi pembunuhan Melayu sudah mula menunjukkan kejayaannya walaupun dalam peratusan yang rendah. Apa yang berjayanya? Pada malam sambutan itu, seorang pensyarah ingin mengadakan kuliah tambahan bagi menghabiskan silibus pengajarannya memandangkan peperiksaan semakin hampir akan tetapi masih ada lagi 5 bab untuk beliau tamatkan. Setelah diajukan keinginan sesetengah pelajar (Melayu dan perempuan kebanyakannya) mula melenting dengan cadangannya. Alasan mereka hendak bergembira di pesta tanglung. Racun hedonisme mula merebak ke dalam fikiran mereka. Namun, terdapat pelajar yang membangkang. Mereka ingin adakan juga kelas. Disebabkan keadaan yang sedikit terdesak, pensyarah itu bertekad meneruskan kelasnya. Tetapi akan mula awal dan juga tamat awal. Bersoraklah pelajar yang tadi melenting dengan cadangan pensyarah itu.

Malam sambutan itu, dapat dilihat misi membunuh Melayu semakin tercapai. Leka sungguh siswa-siswi berbangsa Hang Tuah ini. Bersorak melihat sketsa yang penuh denga joget-joget, gedik-gedik dan seumpama. Oh, lupa pula, Melayu bukankah gemar dengan joget-joget, gedik-gedik dan terkinja-kinja. Mereka bertempik, tawa, mengilai sambil tinggalkan buku-buku, tutorial dan studi mereka. Terlupakah mereka yang kaum yang mengadakan sambutan ini sejumlah besar atau mungkin kesemuanya sudah menguasai bidang akademik dan meninggal jauh kaum Laksaman Tuah ini. Bangsa warisan Laksamana Cheng Ho ini tidak perlu ke kelas pun tidak mengapa kerana buku tutorial yang disediakan pihak kolej sudah habis dijawab mereka. Apa yang Melayu buat? Leka memenuhi kehendak hedonis mereka. Halus sungguh perang psikologi yang kaum sepet ini lancarkan.

Malam itu bangsa Cheng Ho ini buktikan yang mereka bukanlah kaum moniriti di kolej yang perlu dipinggirkan. Walaupun wakil mereka dalam JPP hanyalah seorang, tetapi mereka ingin buktikan yang sebenarnya lebih ramai yang layak terpilih dalam kepimpinan peringkat pelajar ini. Sambutan pesta tanglung yang sebenarnya adalah sebuah sambutan di bawah perancangan sepenuhnya JPP dan mendapat sokongan JPP telah memperlekeh kepemimpinan para JPP lain. Kenapa begitu? Jika dilihat, hanya kaum minoriti ini yang menjalankan promosi dan iklan. Segala aktiviti dan agenda dirancang rapi oleh mereka. Mereka juga buktikan yang mereka punya kuasa sebenarnya bukanlah lekeh. Mereka mendapat tajaan yang besar sempena sambutan itu. Pentas yang lebih grand berbanding sambutan kemerdekaan, uniform yang seragam simbolik penyatuan hati mereka dan gerai-gerai jualan yang sedikit memporakkan ekonomi sesetengah penuntut. Hebat sugguh.

Sekarang, fakta-fakta dan teori yang tidak negatif. Penulis sebenarnya bukannlah seorang yang cuba mewujudkan perpecahan keharmonian kaum. Penulis memandang pesta tanglung di KMPP semalam sebagai sebuah perayaan kebudayaan yang perlu kita raikan bersama. Tetapi sesetengah warga kolej yang sebangsa penulis menyambutnya secara melampau. Malam itu, ramai yang berkepit-kepit, berpegang-pegang dan mungkin ada yang mengusap-ngusap antara jantan dan betina. Ini yang tidak digemar penulis. Alhamdulillah, masih ada pihak yang sedar akan berlakunya perlakuan seumpama ini. Setinggi-tinggi tahniah kepada skuad yang menjalankan operasi mencegah kemaksiatan pada malam itu. Perayaan tanglung ini sebenarnya pertama kali penulis menyambutnya. Sedikit teruja dengan keindahan cahaya yang gemerlap dari tanglung-tanglung itu. Indah.

Perenggan yang terakhir untuk menyimpul penulisan ini. Kaum Melayu sepatutnya bijak mengatur langkah dalam persaingan antara kaum-kaum lain. Jangan biarkan mereka hancurkan kita. Jangan terlalu leka dan hiburan yang melampau sehingga jiwa kita turut terlampau. Berfikir dengan lebih dalam lagi wahai rakan-rakan. Lagi sekali ditegaskan, ini bukan hasutan anti kaum lain tetapi hanyalah luahan, pandangan, teori dan pendapat dari pihak yang tak mahu bangsa Melayu rosak dan hilang martabatnya. Tamat di sini.

Selasa, September 19, 2006

Bejana Ramadhan


Sebuah karya dari seorang ilmuwan yang kukagumi.




OLEH FAISAL TEHRANI


Kuhuluri bejana Ramadhan
setelah terpelanting Sirah Nabawiyyah
diterbang angin takwa yang menggusur
dicucuk susuk tampang jihad yang menjulur-julur
menjulur-julur; menjulur-julur
dan bejana menumpahkan madu
di atas peta hari-hari al furqan.
kuhirup isi bejana Ramadhan
terserpih unta-unta luka Abu Sufyan
terserpih kuda-kuda berang Miqdad
al Aswad Zubair al Awwam
dalam genggaman panji-panji Mus’ab
bin Umair dan Sa’ad bin Mu’adh
paculah laju kuda-kuda
hentakkan kaki unta-unta
menuju ke medan Badar

Bejana Ramadhan setelah munajat baginda
lontaran Syahatil Wujuh pada lemparan pasir
cemeti mengejar musyrik
lembing melayang gesit
tempik garang pahlawan berkuda
dan tetak Mu’adh bin Afra
lalu terpancung Fir’aun umat ini
“Pada Badar yang menjulur-julur.
Ini madu dari bejana Ramadhan.
Hiruplah dan berbanggalah…
kerana Allah Maha Besar
Maha Besar!”

Ramadhan 1416
Universiti Malaya.

Sabtu, September 02, 2006

Mereka berdikir..


Teruja. Hanya itu yang termampu diucapkan selepas melihat persembahan anak-anak muda Kelantan ini. Penuh semangat, patriotisme, energik dan tak lupa budaya negeri mereka. Mereka masih lagi kenal asal-usul dan kebudayaan negeri kelahiran mereka.

Sememangnya persembahan dikir barat ini menjadi acara kemuncak dan ditunggu-tunggu oleh kesemua warga kolej. Termasuk aku sendiri dan rakan-rakan lain. Aku sebenarnya begitu menanti persembahan mereka selepas saban malam seminggu sebelum sambutan ambang kemedekaan, aku mendengar latihan mereka dari kamar. Walaupun hanya sekadar latihan, tetapi energi begitu terasa.

Malam itu, mereka tampil dengan baju putih berseluar hitam. Simbolik warna bendera negeri Terengganu yang merupakan jiran negeri Kelantan. Semangat pantai timur mereka begitu terselah malam itu. Bendera Terengganu sama-sama berkibar megah bersama jalur gemilang di kala tuan pengarah melaungkan laungan kemerdekaan tepat jam 12 tengah malam.

Beberapa rakan mula terasa iri dan semangat utara mereka tiba-tiba meluap-luap. Ada rakan yang mempersoal, mana semangat orang-orang Kedah??

Terfikir aku, jikalau ditanya anak-anak Kedah sendiri, apa kebudayaan negeri Kedah mereka tentu terpinga-pinga. Yang mereka tahu hanyalah nobat. Aku sendiri juga mungkin terpinga-pinga jika disoal dengan soalan yang sama.

Seharusnya orang-orang utara, Kedah terutamanya perlu kembangkan kembali kesenian mereka. Sekadar pendapat aku sahaja.

Tapi, aku cukup bangga melihat sahaba-sahabat pantai timur pada malam itu, semangat dan cinta mereka terhadap kesenian warisan mereka serta negeri tanah kelahiran mereka cukup tinggi. Ini mendorong aku untuk lebih cinta akan negeri jelapang padi ini. Lepas ni kena beli baju Kedah banyak-banyak kot...

Sabtu, Ogos 26, 2006

Keliru???


Saya keliru malaysia sebagai Negara Islam - Karpal


KUALA LUMPUR, 13 Julai : Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Karpal Singh hari ini mempertikai status negara yang dikatakan negara Islam sedangkan pemerintahnya tidak menggunakan undang-undang Islam iaitu hudud dan qisas. Beliau berkata demikian semasa diberi peluang sebagai pembahas pertama oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Dr Yusuf Yaakob bagi membahas Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (pindaan) 2004 dan Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004 oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad di Parlimen. Kata Karpal, apa yang perlu dipertimbangkan adakah negara ini menguatkuasa undang-undang Inggeris ekoran pihak atasan negara mengatakan Malaysia adalah negara Islam.

"Kelmarin apabila saya membangkitkan isu ini, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri menyatakan Malaysia adalah negara Islam. Ini mengelirukan saya dan rakan-rakan di dalam dewan ini," katanya. Beliau merujuk kepada kes Mohamad Amin Razali yang dijatuhi hukuman mati kerana terlibat dalam kes Al-Maunnah beberapa tahun bagi mendapat jawapan tepat adakah negara ini negara Islam. "Jika negara ini negara Islam bermakna undang-undang Islam terpakai tetapi ketika itu dia dihukum mengikut undang-undang Inggeris. Dan ini juga bermakna perintah yang dijatuhkan ke atasnya iaitu hukuman gantung sampai mati tidak sah," katanya.

Katanya, ini disebabkan di negara Islam perbincangan harus diadakan bahawa undang-undang hudud atau qisas di mana hukuman mati boleh dijatuhkan ke atas orang yang didapati bersalah selepas perbicaraan dalam hudud selesai. Malah, katanya dalam negara Islam seperti Arab Saudi, Iran, dan sebagainya, jika seorang bukan Islam pergi ke negara agar ini dan melakukan dituduh melakukan kesalahan, perbicaraannya adalah di bawah undang-undang Islam. Sementara itu, Dato' Mohd Radzi mengambil masa hampir satu jam setengah bagi membentang rang undang tersebut. Antara yang dibentangkan adalah 155 cadangan mengenai Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia