Ahad, Jun 28, 2009

Autobots dan Decepticon


Dua kali aku ke panggung sebab filem Michael Gay err Bay ni. Antara puas dan tidak, bercampur aduk sebenarnya. Sebagai penonton kartun Tranformers di TV1 dulu-dulu, yang selalu berangan nak beli toys yang akan ada iklannya setiap kali rancangan itu ke udara, emosi sewaktu menonton Tranformers 1 dibawa masuk ke panggung bersama.

Hari Jumaat, dengan Horikita, awek Jepun aku mengorat tak dapat-dapat, dan teman, aku ke panggung. Hoi! Tak pernah-pernah Langkawi Cineplex ni penuh kalau show siang hari. Penangan Tranformers 2 memang buat tokey panggung tu senyum simpul wooo..

Selepas diketepikan emosi, nah, aku nak tulis sikit spoiler kepada yang belum tengok. Ha Ha

- Filem dimulakan dengan menunjuk sebuah robot yang datang ke bumi, dan buat huru-hara. Tapi, audiens masih belum diterangkan lagi karekter yang bunuh manusia-manusia. Tapi, yang pasti, robot ni jahat dan Decepticon.

- Awek-awek kolej yang Sam masuk hot-hot dan cun gila.

- Bumble Bee menjadi buruan awek-awek dengan perangai comel dan cool. Tapi kadang-kadang annoy juga.

- Tranformers kali ini seperti ada link dengan Star Wars. Di bilik Sam dalam kolej ada poster Darth Vader dan tak salah aku dua kali kamera fokus di situ.

- Tajuk filem, Tranformers : Revenge Of The Fallen dan seiras dengan Star Wars : Revenge Of The Sith.

- The Fallen ialah Prime yang membelot dan tak mahu ikut rules dan jadi Decepticon. Ada apprentice iaitu Megatron yang jadi ketua kepada Decepticon. Hah, tengok Star Wars, Lord Sith berpaling tadah dari Jedi dan jadi Dark Side, ada apprentice iaitu Darth Vader yang jadi leader kepada Dark Side!

- Sewaktu Devastator panjat piramid, dan tentera US nak tembak dengan kereta-kereta kebal, Devastator ada gunakan kuasa mengangkat ke semua kereta kebal itu dan menghempasnya. Macam Darth Vader guna force nak sakitkan orang ja. Sound effect pun hampir sama!

- Plot, Michael Bay menghuru-harakan filem ni dengan jalan cerita yang terlebih fokus kepada pengembaraan Sam untuk dapatkan Matrix of Leadership yang bentuknya lain gila dari filem animasi Tranformers The Movie. Jalan cerita terlalu mendatar.

- Sesetengah subplot seperti dibiarkan tergantung tanpa kesimpulan kecil. Contoh, apa terjadi kepada Mudflap & Skids, Autobots kembar yang lawan dengan Devastator tu.

- Humor yang cuba diinjek sesetengahnya orang Malaysia yang duduk luar bandar tak faham. Ha Ha. Ada sesetengah dialog tu, aku ja yang gelak keseorangan. Hampeh.

- Michael Bay cuba mencuit emosi Die Hard Fan Tranformers dengan meniru plot cerita Tranformers The Movie, iaitu Optimus mati. Dan, dihidupkan dengan Matrix. Aku dan boleh agak dah. Cis, tak terharu langsung. Dulu, aku tengok dalam Tranformers The Movie Optimus mati, nak menitis air mata aku. Tapi, scene Optimus 1 on 3 dengan Megatron, Star Scream dan Grindor tu memang terbaik!

- Plot bergerak terlalu laju dank kadang-kadang rasa sesak. Tapi, durasi filem panjang!

- Sememangnya Spielberg dan Indiana Jones memang tak dapat dipisahkan, tapi janganlah buat Tranformers macam pengembaraan pakcik Indi tu. Aduiii...

- Robot-robot baru tak diterangkan kepada audiens dengan baik. Kalau nak dibandingkan dengan Terminator Salvation, setiap kali objek robot muncul mesti ada dialog yang akan beritahu nama-nama terminator yang muncul tu. Tapi, Michael Bay tak buat. Terkapai-kapai aku nak fikir dalam panggung tu.

- Devastator dalam filem ni nampak lagi ganas dari kartun, tapi, mati cukup senang. Alahai.

- Ratchet dan Ironhead hujung-hujung baru la nak nampakkan mereka ni juga ialah Autobots. Memang tenggelam terus karekter dua ekor ni. Mudflap & Skids pula yang dilebih-lebihkan.

- Logo Autobots hampir langsung tidak kelihatan pada badan mana-mana Autobots. Kecuali pada Mudflap & Skids. Masalah ni timbul dari Tranformers 1 lagi. Decepticon pun kurang.

- Jetfire memang buat aku terkekek gelak. Ha Ha. Hails to Old timer!

- Cara Star Scream dan Megatron lari nampak tak cool la! Ending dia macam kehabisan idea. Pirates of Carribean ; Dead Man's Chest lagi menyakitkan hati endingnya dan buat rasa nak tengok sambungannya.

- Cinematografi, scene lawan Optimus yang meragut nyawanya itu aku memang suka pergerakan kamera. Kalau tengok cerita Spielberg yang lain, boleh dibandingkan dengan War of The World.

Tapi, CGI memang terkeluar biji mata lah. Memang akan buat pembuat-pembuat filem Malaysia akan berangan nak buat filem macam ni. Tak pun, bila majalah Mangga interview cita-cita seorang remaja yang nak jadi artis dan dioffer bergambar bersama majalah ni, dia akan berkata, "antara impian saya ialah ingin menjadi pengarah dan hasilkan filem yang hebat seperti Tranformers." Ha Ha

Keseluruhan, team Michael Bay dan Steven Spielberg cuba hasilkan jalan cerita yang bagus dari Tranformers 1, tapi bagi aku jalan cerita masih lagi biasa-biasa saja. Tapi, orang yang datang panggung nak tengok filem ini bukannya 100% kisah dengan jalan cerita. Padat dengan letupan dan bunyian yang menggegarkan. Bukanlah filem yang bagus, tapi cukup menghiburkan! Dan, filem ni bakal meranapkan lagi duit aku untuk DVD Special Edition yang bakal keluar nanti. Damn!!!!!!!

p/s : Megan Fox, wwwwwwwwwwwwwwwwoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!

Jumaat, Jun 26, 2009

Kerbau Pendek

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090625215119/Article


Satu

"Mangsa selsema babi semakin meningkat," kata pemberita cun dalam tivi.

"Mak! Mak! Kakak tu sebut B . A . B . I . Jahatnya kakak tu mak!" Fariz, kanak-kanak 5 tahun yang diajar supaya tidak mencarut.


Dua

"Pelaq! Pasai nak sebut babi ka, khinzir ka, selsema ka pun nak hingaq dalam berita. Baik aku ja jadi menteri," Tok Dak Cin, orang kuat parti pembangkang memaki sambil menghempas cawan kopi dengan kuat di warung Majid Mamat.

Tiga

"Macam ni nak teruskan PPSMI? Pak menteri pun suruh sebut dalam bahasa Melayu nama virus ni!" ujar Cikgu Saidi, cikgu bahasa Melayu yang menentang PPSMI.

Selasa, Jun 23, 2009

Once dan Session 9 ; Berbajet Rendah, Tapi Wow!

Disebabkan Ujaypah Ab Rahman tak tulis review dan tak update blog dia tu, aku nak buat review pendek dua filem ni. Blog Huzai goes to cinema.

Once (2007)


Filem muzikal ini merupakan antara top list filem kegemaran aku. DVDnya dibeli di Speedy Video, Bukit Bintang dengan harga hanya RM19.90 sahaj! Cukup mudah, simple dan easy. Filem ini mempunyai jalan cerita yang cukup mudah, tak perlu nak menyusahkan otak anda, tapi tamat saja filem ini, aku terus berkata, Wow!

Once adalah sebuah filem indie. Ya, filem bebas. Bukanlah sebuah filem box office yang berbajet besar. Tapi, dengan bajet yang cukup minima, tapi John Carney, pengarah dan penulis cerita ini bijak membawa kita seumpama kita berada di situasi dalam filem.

Filem Once ialah sebuah filem cinta, antara dua karekter yang berkongsi passion terhadap muzik. Berlatarkan Dublin, yang cukup indah reka bentuk bangunan klasiknya, dua insan ini kebetulan ditemukan. Dan, kebetulan itu yang membentuk plot-plot cerita ini.

Ok, kebetulan yang ada dalam filem in bukanlah kebetulan klise yang ada dalam filem-filem cinta melayu seperti seorang mamat tengah lintas jalan, tiba-tiba terlanggar seorang minah. Barang-barang minah tu jatuh. Mamat tu kutip, dan mata bertemu mata dan aahhh lu tau sendiri stail-stail flem melayu.

Komposisi dan kerja kamera ini memang minima! Tak payah nak pusing-pusing angle mengarut. Kadang-kadang bergoyang sana sini tapi masih lagi teratur. Dan, ada kalanya krew-krew menggunakan taktik gerila atau rakam curi sebab tak dapat permit nak shoot. Fuh, memang indie. Haha.

Lagu-lagu dalam filem ni memang buat aku tercari-cari CD soundtracknya. Sumpah, gua dengar, hilang gua nya metal. Ha Ha.



Session 9 (2001)


Filem ini juga sebuah filem yang berbajet rendah. Berlakon gred B, kecuali David Caruso, Leftenan Horatio dalam CSI Miami tu. Tapi, jalan cerita untuk filem ini memang cukup perisa dan rempah ratus buat filem horror.

Tak payah nak guna hantu rambut rebonding. Tak pun bunyian kuat macam haram nak menakutkan penonton. Filem ini cukup bagus dengan jalan ceritanya. Jalan ceritanya cukup teliti.

Untuk 30 minit pertama, memanglah lu akan kata, cis, tak gore dan horror pun. Tapi, cerita macam ni memanglah kena sikit penghayatan pada plotnya. Tipikal cerita thriller omputih bak pandangan Keladisepi Kirin, mula-mula plot ceritanya ada sekumpulan manusia pergi sesuatu tempat, hutan atau bercuti misalnya. Kemudian, terperangkap di situ. Terjumpa rumah atau kawasan yang buruk dan ditinggalkan. Kemudian, adalah slasher, pembunuh, penggergaji, pemakan, karnivol, dan apa-apa sajalah yang buruk, ganas dan membunuh dengan kejam.

Tapi, Session 9 plotnya tak begitu dan mungkin ada twist kecil pada penghujungnya. Dari carian dan soalan yang disoalkan kepada pakcik Google, filem ini pengambarannya hanya dilakukan beberapa hari sahaja.

In coconut shell (bak kata Hadi), dua filem ini sebenarnya sepatutnya ditonton oleh orang-orang yang menggelar diri mereka pembuat filem yang perlukan bajet berjuta-juta untuk hasilkan filem yang ada umpphh... Dua filem ini filem kecil, tapi nilainya cukup tinggi!


Sabtu, Jun 20, 2009

Khamis, Jun 18, 2009

Telur

Malam tadi, aku lapar gila. Nak makan nasi, malas aku.

Aku geledah kabinet. Terjumpa megi. Aku nak goreng megi tu.

Nak makan nasi, malas aku. Aku nak makan megi goreng.

Aku rendam megi yang keras tu dalam air panas. Aku tumis bawang putih.

Lepas semerbak harum, aku masukkan perencah megi. Tomyam. Aku masukkan sos tiram sesuka hati. Aku masukkan beberapa titisan kicap. Aku masukkan satu sudu teh perencah tomyam yang kaw gila tu.

Aku goreng seketika. Harum. Bau macam mapley. Tak pun, bau macam kedai tomyam.

Aku masukkan megi yang direndam tadi. Aku kacau.

Oh, masih kekurangan sesuatu. Kena tambah telur.

Di dapur aku ada tiga jenis telur. Telur ayam biasa yang berpapan-papan, telur omega ada dua dozen dalam peti ais, dan telur ayam kampung dan itik di bahagian telur dalam peti ais.

Aku nak guna telur ayam kampung.

Telur dipecahkan. Aku agak pelik. Telur kuning tu lain macam warnanya.

Aku cuba bau. Tapi, ok saja baunya.

Aku terus kacau megi goreng tadi. Perut aku dah macam dewan MCPA tempat gig selalu buat. Dari irama jazz, indie sampailah brutal death metal lu boleh dengar wa cakap.

Aku kacau lagi megi.

Kemudian, aku terpandang sesuatu dalam megi goreng tu.

Macam mata.

Dan, itu ialah kepala anak ayam!

Aku, terus loya.

Isnin, Jun 15, 2009

Khamis, Jun 11, 2009

Beranak

Bersalin. Tak pun ada kata beranak. Memang sakit woo.

Salah seekor dari kucing-kucing di rumah aku, Ketot nak beranak.

Dia dah berjaya mengeluarkan dua ekor anak. Seekor mati, seekor hidup. Tapi, dia tak berjaya keluarkan seekor lagi anak.

Anak yang seekor tu tersangkut di pan.... eeerrr di vaginanya. Hanya sebelah tangan anaknya yang keluar. Serius agak gore!

Dan, Ketot seketika agak kesakitan. Aku dan anak saudara bawa ke jabatan Haiwan Langkawi.


Buruk betul tempat ni.


Anak saudara aku sedang memujuk dan membelai Ketot.


Makcik veterinar tu sedang cucuk ubat untuk bersalin. Makcik tu cakap, dalam 30 minit nanti dia akan bersalin sendiri.

Ketot sedang kesakitan. Sepatutnya dia patut teran anaknya untuk keluar dari eerrr vaginanya.



Makcik veterinar tu cuba menarik anaknya yang tersangkut di vagina Ketot. Ketot menjerit kesakitan. Dan Anak kucik tu belum berjaya di keluarkan.


Setelah gagal untuk keluarkan anak kucing tu, mereka memasukkan gel yang menjadi lubricant untuk melincirkan proses melahirkan anak secara normal.

Ketot dibiarkan lagi 30 minit agar ia dapat keluarkan anak tu secara normal. Tapi, gagal.

Makcik veterinar tu memberi penerangan pada aku. Kalau dibiarkan, anak itu akan terus reput dan berulat. Jika ditarik juga, risiko pada si ibu memandang keadaan Ketot pada masa tu sangat lemah sebab sampai 3 kali dicucuk.

Anak saudara aku dah teresak-esak, aku pun buat keputusan supaya ditarik sahaja. Proses menarik anak kucing itu agak gore!

Macam tengok cerita Saw atau Hellraiser. Sampai aku terlupa nak tangkap gambar.

Selepas hampir 20 minit mereka berusaha, hinggakan satu tangan anak kucing tu terputus, akhirnya keluar juga. Punca anak kucing itu tersangkut di vagina Ketot ialah badannya sudah terlipat dua. Buat mereka yang jenis tak tahan, mesti nangis nya tengok keadaan anak kucing tu.

Gore!!!!

Keadaan Ketot agak lemah. Nyawa-nyawa ikan. Nak kelip mata pun tak mampu. Makcik veterinar nak masukkan glukosa dalam badan Ketot. Tapi, stok habis. Apa daa!

Tapi, ada sejenis vaksin, yang dimasukkan. Kemudian, dua tusukan antibiotik. Dan, Ketot semakin lemah. Veterinar-veterinar tu nasihatkan aku beli glukos dan beri Ketot makan di rumah.

Selepas aku beli glukos di Guardian, tanpa ragu-ragu terus aku pecut kereta Tiggo kakak aku tu. Aku sangat risau tengok Ketot yang memang tiada harapan nak hidup.

Di rumah, selang 1 jam, glukos dimasukkan ke dalam mulut Ketot. Ketot masih lagi belum kedip mata. Tapi, malam tu, ia dah boleh bangun.

Esoknya, Ketot dah boleh jaga anaknya dan mengiau seperti kucing-kucing lain di rumah aku.


Selasa, Jun 09, 2009

Terlepas daaaa!

Aku baru tau semalam. Adui.

Tak sempat lah lepak dengan manager bola yang muka macam Mr Bean ni.

http://www.bernama.com/bernama/v5/newssport.php?id=416962

Ni Pipiyapong tulis dalam blog dia yang femes gila tu.

http://hilangpunca.blogspot.com/2009/06/gua-dan-wenger.html

Sabtu, Jun 06, 2009

Eeyy, Baju Ayah Berbau




Klasik!!

Kredit untuk Amir yang letak iklan Fab 1979 dalam blog dia sampai aku jumpa channel ni ddi Youtube!

Khamis, Jun 04, 2009

Kahwin pt II





Selepas berhempas pulas dan ditemani dengan lagu-lagu rosak telinga, yang didengar berulang-ulang, siap juga costum album ni. Tunggu nak print ja.

Nadya, ada berani nak challenge aku?
Kah Kah Kah ! (Gelak takbur ni).

Selasa, Jun 02, 2009

Mapley

Idi Gajah dan Ripae memang suka lepak mapley. Tambah-tambah mapley di pekan. Nama mapley tu ada bau-bau padang pasir. Kononnya Arab.

Di mapley yang namanya ada bau-bau padang pasir tu lah Idi Gajah dan Ripae suka lepak. Idi Gajah nak tengok game Arsenal, pasukan anak-anak ikan Arsene Wenger, tapi, kat mapley yang namanya ada bau-bau padang pasir tu suka buka game pasukan Ronadodol.

Di mapley yang namanya ada bau-bau padang pasir tu lah Idi Gajah dan Ripae suka lepak. Ripae nak tengok game Ac Milan, tak pun Juventus, tak pun Inter. Ripae tak suka bola sepak Inggeris. Overrated.

Hari tu, aku lepak dengan dua orang ni. Tapi, bukan di mapley. Di kedai tomyam. Idi Gajah dan Ripae dan tak ada selera nak lepak mapley.

Hari tu, Idi Gajah dan Ripae pergi ke mapley tu lah. Nak tengok kekalahan pasukan Ronaldodol.

Idi Gajah panggil tukang ambil pesanan.

Idi Gajah pesan roti canai kosong dan roti telur.

Asap berkepul-kepul keluar dari rongga Idi Gajah dan Ripae. Rokok kretek, Gudang Garam.

10 minit. Roti belum sampai.

Idi Gajah, "Ane, mana roti?"

"Kejap, itu owang tebar roti sakit purut"

Tukang tebar datang dari belakang. Tersengeh. Terus tebar roti Idi Gajah pesan tadi.

Pantas. Roti Idi Gajah pesan tadi dah siap.

"Sori kawan, purut banyak sakit"

Tangan kanannya memegang perut. Tangan kirinya, ada cincin. Jari hantu.

Masa tu lah Ripae nampak. Nampak. Nampak. Nampak.

Ripae tarik kepala Idi Gajah dekat dengan tangan kiri mamak tukang tebar tadi.

Masa tu lah Idi Gajah juga nampak. Nampak. Nampak. Nampak.

Di celah-celah cincin mamak tukang tebar tu ada sisa-sisa. Kekuningan. Kecoklatan.

Uwek!

Idi Gajah dan Ripae muntah secara berjemaah.

Sejak hari tu, Idi Gajah dan Ripae tidak suka lepak di mapley yang namanya ada bau-bau padang pasir. Sebab, sekarang sudah tak bau padang pasir, tapi bau taik!