Ahad, Mei 30, 2010

Keris Agung dan Tombak Agung, Cokmar yang Diarak Masuk ke Istiadat Konvokesyen UiTM 72

"Kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini, saya mohon maaf jika istiadat konvokeseyen anak-anak kita ini agak 'bising' sedikit." - Datuk VC














Sabtu, Mei 22, 2010

Konvo Saya

Mak kejut aku. Aku musykil. Kenapa kena bangun pagi lagi. Cikgu kata, tak payah datang dah.

Aku telan air liur basi. Masam-masam tapi banyak vitamin. Entah, saintis mana entah cakap.

Lepas bangun, aku akan terlentok bawah meja makan. Mak akan suap aku makan. Selalunya karipap. Tak pun lepat liat. Air aku bedal air masak saja.

Aku dengan mamai, merenget. Sejuk. Terpacak. Bulu dan..

Mak pun, ambil air panas. Tambah dengan air sejuk. Jadilah air suam. Seronok. Bila mandi air suam. Pagi-pagi hari.

Lepas mandi, aku pakai baju kemeja. Petak-petak merah putih. Seluar biru kehitaman. Mak kata, lepas ni dah pakai macam ni. Lepas ni pakai baju putih.

Aku sampai. Aku nampak kawan-kawan aku. Zainuddin dengan pipi luka (aku tak ingat kenapa). Mat Wan dengan nakalnya. Idi Gajah dengan muka toya nya.

Cikgu pun bagi kami jubah. Aku dapat yang paling keemasan. Aku tak suka sebenarnya. Sebab tak macam yang orang lain. Tapi, cikgu cakap, pakai sahaja. Kan tampak tampan. Sengih aku.

Cikgu panggil seorang demi seorang. Dia bagi sijil dan piala. Aku suka.

Lepas tu. Kami tangkap gambar ramai-ramai. Aku tersenyum. Nanti, aku nak pakai lagi jubah ni. Bisik aku. Dalam hati.


Jumaat, Mei 21, 2010

Jenin



Hidup penuh angan
Langsung tak berisi
Sana sini jaja
Sini sana tebar
Entah apa yang dikejar
Jenin
Terus diwarisi

Bangsat Bangsa

Kadang-kadang, menerobos fikiran aku. Tentang kita. Tentang bangsa kita. Bangsa kau, bangsa aku.

Orang kita, bangsa kau, bangsa aku, kini tinggal, dengan paranoia. Mudah menghadam apa yang di hadapan. Terus menerima kata-kata. Tanpa mengeploitasikan minda. Betul kiamat itu dekat. Betul Yahudi itu laknat. Tapi, terus mengakui apa yang digembur – dalam makalah – dalam maya – dalam kabel – bukanlah bestari kalau begitu.

Orang kita, bangsa kau, bangsa aku, kini tinggal, dalam penafian. Menafi apa yang terang – dan terus menghujah klasik kuno tentang bangsa. Bila ditegur, meroyan sana sini – jerit hiruk pikuk – menafikan semua itu. Kita sopan santun! Kita budi bahasa! Kita kias-kiasan! Riuh rendah mereka menjaja. Menjadi modal politik bangsat.

Orang kita, bangsa kau, bangsa aku, lemah menjana minda. Terjerat dengan kapitalisme. Sukakan sanjungan. Dan tanpa sedar – kreativiti disiakan. Melenting dan melentik bila dikatakan – malas- fikir.
Orang kita, bangsa kau, bangsa kita. Ramai yang begitu. Tapi, ramai juga yang menongkah arus. Yang menggerakan saraf – yang menjanakan minda – yang meregangkan otot – yang merembiskan peluh – yang mengisarkan idea – menjadi produktiviti.

Wahai sang revolusi - gerakan mereka – dari dilema baru

Khamis, Mei 20, 2010

Anugerah


Jemput hadir.

27 Mei 2010. Dewan Sri Budiman. UiTM Malaysia, Seksyen 1 Shah Alam.

Masa 7.00 Pagi.

Selasa, Mei 18, 2010

Ronnie James Dio


Pada umur 67 tahun, uncle ni meninggal dunia selepas bertarung nyawa dengan kanser perut.

Di Perlis, ada satu kedai kaset yang banyak jual kaset-kaset Metal. Satu-satunya kedai yang ber'air-cond' sejuk.
Dan, kedai ini yang bertanggungjawab membawa gua ke alam muzik Metal ni.

Di bahagian kaset band-band Inggeris, rak akan dibahagikan dua lapisan. Lapisan atas, disusun kaset-kaset mainstream. Kemudian, pengguna perlu tolak ke tepi dan di bawahnya tersembunyi satu lagi rak yang tersusun kaset-kaset Metal, Oi, Punk dan band-band yang bukan menjadi pilihan pendengar kaki-kaki yang suka dengar lagu di radio.

Antara yang tersusun kemas di bahagian 'Underground' ini ialah kaset-kaset Cradle Of Filth, Helloween, Sil-Khannaz (wajib ada di kedai ni) dan Dio.

Ya, Dio. Gua, kalau pandang Mus May, mesti gua terbayang Uncle Ronnie James Dio ni. Gua bukanlah peminat tegar Uncle ni. Album Dio yang gua ada pun hanyalah Holy Driver dan album Black Sabbath-Heaven and Hell yang mana Dio menjadi vokalis selepas pengunduran Uncle Ozzy Osbourne.

Tempoh hari, gua ke Gig KLMetalcampIII sebab nak saksikan balik Metalasia yang reunion dan Punisher. Hari tu, satu lagi band lama, Picagari (yang banyak cover lagu Sodom hari tu) main lagu Holy Driver. Pergh! Dan, selepas tu, gua asyik pasang album Holy Driver. Dan, bila gua buka Twitter, ada khabar angin bertiup yang Uncle Dio sudah tiada.

Yang tinggal kini hanya muziknya yang akan terus diputarkan dan didengari sepanjang zaman. \m/

\m/ = Devil horn, yang diperkenalkan oleh Uncle Dio. Kalau lu tak kenal Uncle ni, lu pergi cari filem Tenacious D - The Pick Of Destiny. 

Sabtu, Mei 15, 2010

Sekolah Menengah Sains Tengah Sawah Padi (SMSTSP)

Esok, aku akan ke negeri, yang lima tahun aku di sana. Esok juga 16 Mei. Esok hari untuk cikgu-cikgu.

SMSTSP, bak kata Muhammad Teja, tempat paling sesuai untuk belajar politik. Ya! Memang tepat! Maksud aku dengan politik, bukanlah hang sokong parti cap kati (dacing dalam loghat utara) atau hang pangkah parti bulan (walaupun ada bekas cikgu sekolah ini yang kini bergelar YB).

Belajar politik dalam erti kata struktur dan aturan pemerintah. Permainan-permainan kotor dan tidak kotor memang terpalik dalam atmosfera perguruan sekolah ini, dan kemuncaknya ketika aku di tingkatan 5. Tahun-tahun akhir di SMSTSP, ibarat berada dalam pemerintahan hukum rimba (menurut seorang guru Bahasa Melayu). Sampaikan, kami mengadu pada akhbar-akhbar tempatan walaupun tidak dilayan.

Oh! Dan kenangan-kenangan ini yang telah mengajar kami untuk hidup. Pengalamn-pengalaman politik inilah yang buatkan kami sedang menjadi manusia.

Kalau nak dikarang peristiwa-peristiwa yang melibatkan guru-guru, agak menjemukan kerana kisah suka-duka ini sering menjadi topik bualan utama tatkala kami berkumpul beramai-ramai. Sama ada di mamak (semestinya tempat yang paling disukai), di restoren-restoren makanan segera sehinggalah ke alam siber. Tak putus-putus kami bualkan. Antara yang terhangat di kalangan warga 5 Bestari, mestilah kisah saudara Asif Sunan dan Cikgu Sabri. Yang akan menimbulkan gelak tawa bila dibualkan.

Walaupun ada antara mereka yang berpolitik kotor dan berhukum rimba, yang berfalsafah kesufian dan keilmuan, mereka tetap guru yang pernah mendidik aku. Terima Kasih Cikgu.

Khamis, Mei 13, 2010

Pawang Piala Thomas

Aku nampak! Dukun tu. Kepala botak. Kalau hang selalu ke stadium, tengok bola, dan pasukan Kedah yang tengah lawan. Dukun tu mesti ada.

Dia juga ada di pertandingan-pertandingan badminton antara Malaysia dengan mana-mana negara.

Dukun tu memang semangat. Walaupun mantera dia, jampi dia, main-main sahaja.

Sumpah bulu roma aku terpacak, dengar sorakan semangat di stadium. Tapi, sorak-sorak pun, yang wakil negara nak balun penonton. Ceh, dah main macam tenuk nak terberak cirit, memanglah kena maki hamun. Nasib baik Piala Thomas main di Bukit Jalil. Kalau main di kawasan-kawasan utara, memang berkandaq kena maki hamun.

Okay. Teruskan usaha.

p/s : Piala Thomas 1992, aku kenal pasukan Malaysia tahun inilah.Melalui TV1, sebab tak semua rumah di Langkawi dapat TV3 masa tu. Dan, aku terus beli raket yang rm6 tu.

Selasa, Mei 11, 2010

Buat Filem

Aku dapat di Inbox Facebook. Jom ar!

Inilah peluang anda untuk membuat filem! Pertandingan filem tahunan FREEDOMFILMFEST KOMAS kini kembali lagi!

Anda hanya perlu menulis kertas cadangan filem (2 – 3 m/s) mengenai apa jua isu sosial dan hak asasi manusia yang menarik minat anda! Tiga kertas cadangan terbaik akan menerima geran RM6,000 dan bantuan daripada KOMAS untuk menerbitkan filem tersebut!

Tayangan perdana filem-filem pemenang juga akan diadakan semasa FreedomFilmFest2010 pada bulan November 2010.

KAMI MENCABAR ANDA UNTUK MENDOKUMENTASIKANNYA!

BUTIR-BUTIR PENYERTAAN:

KELAYAKAN
Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas (jika anda berusia kurang daripada 18 tahun penyertaan anda mesti dihantar bawah nama seorang penjaga yang akan bertanggungjawab berhubung dan bekerjasama dengan KOMAS dalam semua urusan pentadbiran dan undang-undang).

TEMA
Mana-mana isu sosial dan hak asasi manusia di Malaysia.

FORMAT VIDEO
Dokumentari / Dokudrama / Animasi / Grafik.

TEMPOH MASA VIDEO
15 – 30 min.

BAHASA VIDEO
Sebarang bahasa pertuturan di Malaysia tetapi mesti diiringi sarikata Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris.

TARIKH TUTUP
17 / 5 / 2010.

PANDUAN KERTAS CADANGAN

http://freedomfilmfest.komas.org/?cat=53

BORANG PENYERTAAN

http://freedomfilmfest.komas.org/wp-content/uploads/2010/03/FFF2010_FormBorang.doc

PERTANYAAN
E-mel: freedomfilmfest@komas.org
Tel: 03-79685415 (Sarah)

Untuk menontoni filem FreedomFilmFest yang lepas dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan, sila layari HTTP://FREEDOMFILMFEST.KOMAS.ORG

Isnin, Mei 10, 2010

Chelsea

Tiba-tiba, penyokong-penyokong Chelsea bernyanyi, atau chanting, atau lebih tepat nyanyian-nyanyian atau mantera berlagu yang disorakkan di stadium, dan mereka chanting dalam bahasa Itali.

Nak chant bahasa Itali sangat, jadi penonton Serie A macam aku lah. Setakat pakai bekas pengurus AC Milan (sememangnya aku sangat menghormati beliau dengan kejayaan-kejayaan di San Siro), tak payah lah nak ber'chant' dalam bahasa Itali.



Lepas ni, jangan pelik tiba-tiba ramai yang menyokong Chelsea.

Arsene, beli Keeper la hoi! Botak Galliani, lu tak faham ke skuad tu semua dah pancit-pancit, tak larat lari. Pakcik botak Galliani, tolong lah beli Full Back, Keeper dan cari balik pengganti Kaka'!

Jumaat, Mei 07, 2010

Macam Kepak Ayam

Aku ke Melaka. Clearance.

Sampai sana, tengah hari. Dan, kami sepakat makan di tempat makan tengah hari yang selalu kami makan masa zaman-zaman diploma dulu. Di Kelemak.

Sampai sana, macam biasa. Senior terserempak junior-junior. Selepas sesi bermesra-mesraan, masing-masing sauk lauk ke pinggan.

Normal, di meja makan macam-macam topik dibualbicarakan.

Tiba-tiba.

DDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAMMMMM!!

Bunyi seperti perlanggaran. Betul. Ada eksiden.

Depan kami. Berpusu-pusu orang ke sana. Rupanya, ada India, naik motor terlanggar berlakang lori yang sedang berpakiran di tepi jalan.

Darah mengalir dan memerahi jalan tar. Tangan si mangsa terlipat ke belakang, macam kepak ayam. Badannya penuh darah. Dan, dia terlantar di bahu jalan. Tak bergerak. Kaku. Dan tidak bernyawa.

Oh. Ngeri.