Ahad, Ogos 30, 2009

Selamat Hari Merdeka

Untuk jiwa-jiwa yang bebas.



Merdeka

(pantun 1)
hari isnin bayar cukai,
selasa lalai,
rabu khamis poket pokai,
jumaat sabtu ahad kita…..

(korus 1)
merdeka
bahagia
akhirnya
merdeka
merdeka

(pantun 2)
hari isnin muka garang,
selasa gemilang,
rabu khamis bagi ruang,
jumaat sabtu ahad kita….

ulang korus 1

(perantara)
tiada sengketa antara kita
prasangka perkara biasa
tiada yg mustahil

ulang korus 1 x 1

hari ini
merdeka!

Isnin, Ogos 17, 2009

Kuala Lumpur Terus Menangis


Hari hari
Kota ini
Kuala Lumpur
terus menangis
teresak-esak
dan
Tuhan mungkin sedang murka
Sedarkah kau?
Wahai Kuala Lumpur

Selasa, Ogos 11, 2009

Metropolitan Puritan


Hari tu gua nak turun Kuala Lumpur. Kota maksiat. Kota kelam kabut. Kota jenayah. Kota lintang pukang. Kota wang.


Gua tunggu. Datang sejenis serangga. Ulat bulu yang besar. Dalam ulat bulu tu banyak manusia-manusia yang sedang duduk dan berdiri.


Kota Raya! Chow Kit! Sogo! Jerit seorang lelaki berdressing rock kapak.


Gua masuk dalam ulat bulu besar yang banyak merayap di Kuala Lumpur. Gua seluk poket. Ada kertas biru. Gua hulur pada mamat rock kapak tu.


Dalam perut serangga tu, memang busuk baunya. Ada lender. Ada entah cecair apa entah. Ada bahagian-bahagian perut yang bertaburan dan berlubang-lubang mungkin diserang bakteria.


Gua duduk di belakang sekali. Bas berhenti. Ada Sigh naik. Ada 3 makhluk alien juga naik. Makhluk alien ni bau macam bangkai. Seekor alien duduk di sebelah kanan gua. Tangan dia panjang.Seekor alien duduk sebelah kiri gua. Matanya ada lapan.


Seekor lagi alien juga tangan panjang. Duduk sebelah Sigh tadi.


Dari dalam perut Ulat Bulu tu, gua asyik memerhatikan dua tongkol jagung yang menjadi lambang kebanggan Kuala Lumpur. Rebus pun sedap ni gua bisik dalam hati. Sebelah dua tongkol jagung tu, ada rasberi yang berstik panjang.


Tiba-tiba gua rasa ada benda merayap-rayap di punggung gua dan peha gua. Geli geleman.


Alien tangan panjang sedang meraba-raba gua dan tangannya hampir masuk ke dalam poket gua.


Hoi!! Apa hal?!!


Gua jerit! Alien tu terkejut. Seluruh isi perut ulat bulu memandang ke arah aku. Masa tu alien tu gelabah. Dia cakap bahasa alien tapi ada bunyi-bunyi bahasa Melayu.


Barang jatuh @#$#W5w35! %7 !! 25467q76 Barang sayaa jatuh! Alien tu berbunyi sambil tangannya yang panjang tu menunjuk ke arah perut ulat bulu.


Haram! Satu barang pun tak ada.


Masa tu lah alien tangan panjang lagi satu yang duduk di sebelah Sigh tekan loceng. Tiga alien busuk macam haram tadi turun di kawasan Chow Kit. Kelam kabut alien-alien tu.


Masa tu juga gua panas. Kalau ikutkan hati gua, biar gua potong telur-telur alien tu jual dekat ebay. Mesti mahal sebab telur alien dari planet mana entah ni barang pelik.


Sigh yang tadi pusing ke arah gua. Aiyoo. Makhluk asing itu pun mau seluk poket saya. Dia raba-raba poket saya. Nasib baik abang jerit.


Gua memang panas hati dengan alien-alien tu. Dah la mencabul kehormatan gua. Lepas tu nak selok poket orang.


Dari dalam perut ulat bulu, tongkol-tongkol jagung nampak semakin dekat. Gua dengan hati masih panas turun di depan kompleks beli belah yang setiap hari ada sale.

Ahad, Ogos 02, 2009

Di Awan Biru ; Berbaloi-baloi?


1 Ogos, kalau anda ada di KL. Ada dua acara jadi tumpuan. Perhimpuan Mansuhkan ISA dan Search Di Awan Biru.

Disebabkan jalan-jalan tutup,aku ambil keputusan tak nak memandu.

Aku naik bas dari Jalan Kuching, turun di Pertama Complex. Turun bas, mata aku dah pedih-pedih. Dada aku jadi sakit.

Peeeewww.. gas pemedih mata yang FRU sembur tu aku dah terhidu. Dalam beg COnverse coklat aku ada kamera dengan speedlight dengan lens 50mm. Aku seluk beg. Aku on kamera. Aku nak setting.

Aku tiba-tiba kena sergah dengan FRU. "Abang!! Jangn berhenti kat sini. Jalan terus!"

"Tak reti bahasa ke??? Jalan je la terus!"

Terus mood aku nak tangkap gambar hilang.

Aku terus menuju ke Bukit Kiara.

Aku sampai dalam pukul 8 lebih. Mak aiih, jam tak ingat.

Ada booth-booth yang jual merchandise. Aku ingat nak angkat sehelai dua t-shirt, tapi aku beli sticker kereta sekeping. Tak jadi beli t-shirt.

Di pintu masuk memang sendat. Orang bertolak kiri kanan depan belakang. Mak aihh. Aku syak mesti virus H1N1 tersebar dengan jayanya malam tu.

Lepas berjaya tolak-menolak, sampai juga aku kat depan security. Sekali, aku nya kamera kantoi pula. Security badan macam badak tu suruh aku simpan dalam satu peti.

WTF! Lu ingat kamera gua dengan flash baru ni barang mainan nak simpan macam tu saja.

Aku sumpah seranah security tu dalam hati. Tolak-tolak manusi-manusia yan berebut-rebut nak masuk.

Jam dah hampir sembilan. Beribu-ribu umat lagi di depan pintu tak boleh masuk. Agak chaos dan kelam kabut. Maka security pun dah mula tak ketat.

Masa tu la aku berjaya seludup masuk kamera aku. Ha Ha Ha. Puas hati.

Sampai kat padang, aku dah pelik. Apa beza tiket VIP, RM88 dan RM58. Oh. Ada pagar.

Tunggu punya tunggu punya tunggu. Dah lebih 30 minit. Tahi lalat Amy Search pun aku belum nampak.

Masa ni lah operasi menjadi warga VIP dijalankan. Maksud aku, melompat pagar ke kandang VIP. Ha Ha.

Aku dengan segala kudrat berjaya melompat pagar dan berada di kalangan mereka yang beli tiket mahal.

Jam aku tunjuk 9.49 malam. Masa tu la band Rock pertama yang aku kenal dalam hidup aku ni masuk stage.

Panggung Khayalan membuka tirai. Dan, lagu kedua memang adrenalin aku naik mencanak. Balada Pemuzik Jalanan. Memang aku naik atas pagar dengan mamat mana entah sambil menyanyi kuat. Aku memang tak dengar suara aku. Sebab ditenggelami dengan berbelas-belas ribu suara lain.

Tapi, yang buat kacau nya. Sound berterabur dan tak balance. Bunyi gitar John aka Hillary Ang macam malu-malu kucing. Nak sampai ending lagu Balada Pemuzik Jalanan, Booom!! Stage gelap! Black out!

Apa daa!!!!!!!

Memang ramai yang maki. Dalam 8 minit, masalah selesai.

Dan seterus-seterusnya, memang suara aku dah nak hilang menyanyi.

Yazid punya dram solo, pergh! Mike Portnoy tengok terkeluar biji mata. Lars Ulrich tengok mesti terus dia quit dari Metallica punya.

Moment paling syahdu, masa Kid masuk. Walaupun solo berbisa dia dalam Isabella semua orang tak dengar, tapi memang naik syeh aku tengok Kid.

Moment paling syahdu lagi, tiga gitaris bertengkar. Berkelahi solo maksud aku. DIn, John dengan Kid. Pergh!

Paling tak tahan masa Kid nak solo, tiba-tiba Noordin kacau. Moment tu memang buat aku tersenyum kesorangan. Lepas tu Din buat muka riak dan takbur. Dan, Kid berbisik sesuatu kepada John. Aku syak, dia cakap macam ni, "Apekelancau la din tu. Solo bunyi macam itik nak celen kita berdua". Dan, aku tersenyum kesorang lagi.

Yang aku tak puas hati, sound yang keluar. Bunyi gitar Hillary agak terkebelakang. Din pula tajam. Kid memang terbaik, tapi kuat sangat sampai John nya bunyi tenggelam.

Ada orang kata Kid lebih hebat dari John. Tapi, dua-dua tu hebat. Kid dengan tone dia, John dengan skil dia. Tak lupa juga Din. Masa John keseorangan tahun lepas tanpa DIn, memang kosong part rythm dalam lagu-lagus Search tanpa Din.

Amy? Showmanship memang power!!! Bukan macam seorang yang berumur 51 tahun. Aku yang muda 30 thaun dari dia pun naik lunyai. Ha Ha

Keseluruhan, aku memang bengang dengan sound system malam tu. Konon pakai sound dari luar negara, yang keluar? Sound konsert Jom Heboh lagi baik. Yang aku dengar, gitar Din yang kuat. Hillary antara lagu-lagu awal tenggelam timbul bunyi gitar dia. Masa Kid masuk lagi la berserabut sound. Sound Bass Nasir pun tak konsisten sangat. Kadang-kadang terkuat sangat bunyi Bass dia. Tapi paling hangin masa Kid tengah solo lagu Isabella, haram apa pun tak bunyi. Aku macam nak naik kat tempat sound engineer dan starlight kepala dia.

Lampuan? Sederhana. Tapi, waktu Kid nak muncul tu, memang mamat jaga sportlight tu buat spoil. Amy tercari-cari mana la Kid. Entah muncul entah tidak. Tengok, dah tertempek di hujung stage.

Pilihan lagu, aku suka. Walaupun aku keluar dari tapak konsert sewaktu lagu Diari Habil dan Qabil, tapi lagu-lagu yang sempat aku dengar aku sangat puas hati. Dengarnya lagu Rozana yang aku tunggu-tunggu dan Fenomena tak dimainkan. Nasib baik aku tak tunggu. Kalau tak, memang kecewa habis sebab tak dapat lagu Rozana.

Dengan penuh lunyai aku melangkah keluar dan sedut agelas air milo tawar. Tiba-tiba baru aku teringat, aku terlupa nak ambil gambar!!