Khamis, April 29, 2010

Reviu : Shutter Island (2010) dan Law Abiding Citizen (2009)

Shutter Island (2010)



Filem ini memberikan satu pengalam sinema yang buat aku melekat di kerusi, dan minda aku bergerak dengan pantas untuk menyusun teka-tekinya. Bersifat jigsaw puzzle, yang perlahan-lahan disusun oleh garisan cerita yang cukup mencengkam.

Pedulikan hal politik yang diserap secara halus dalam dialog dan pembawakan ceritanya, filem suspen ini ibarat sebuah filem seram bagi aku. Pembawaan ceritanya seperti filem seram zaman dahulu. Dengan runut bunyi yang kena pada masa dan stail pergerakan ceritanya. Sememangnya pengarah cerita ini menjadikan filem-filem seram lama sebagai rujukan utama.

Aku kurang menyenangi lakonan Leonardo Di Caprio sebelum ini, tetapi, lakonannya dalam filem ini sebenarnya cuba memberitahu aku bahawa dia boleh melakukan sesuatu. Dan, aku menyukainya. Teknik cerita dalam cerita dalam cerita dalam Shutter Island ini telah menhidupkan kesaspenan dan kepelikan. Tapi, paparan masa lampau, mimpi pelik (yang absurd bagi aku pada sesetengah bahagian) dan halusinasi Leonardo menjadi klu utama yang membuat penonton semakin tertanya-tanya walaupun bagi sesetengah penonton, cerita ini bergerak perlahan.

Oh. Filem yang entah bila pembikin filem tanah air dapat menghasilkan idea dan jalan cerita yang sebegini rupa. 8/10.

p/s : Masalah biasa dengan penonton kita, bersembang dengan kawan-kawan di sebelah sambil cuba buat huraian mengenai apa yang terpapar di skrin.

Law Abiding Citizen (2009)







Tema besar filem Law Abiding Citizen ialah balas dendam dan karma. Apa yang kau buat akan dapat balasan balik. Tapi dalam masa yang sama, filem ini bermain dengan keputusan dan kesalahan dalam membuat keputusan, kasih sayang bapa dan paling penting, undang-undang bukanlah sesuatu yang dapat membahagiakan kerana undang-undang merupakan catatan bertulis yang komplikated yang pada dasarnya rakyat biasa sebenarnya tidak memahami dengan betul, dan undang-undang sebenarnya boleh dimanipulasi di mahkamah.

Nick (Jamie Foxx) peguam yang mempunyai karakter normal seorang peguam berjaya, ego menerima pembalasan dendam atas keputusannya tidak menghukum dua penjenayah yang membnuh keluarga Clayde (Gerard Butler). Clayde, super genius (rujuk Michael Scofield dalam Prison Break) yang merancang dengan penuh teliti. Bagi Clayde, Nick yang menjadi peguam belanya patut menerima penderitaan yang dialaminya.

Selepas 10 tahun, segala rancangan Clayde dilaksanakan. Nick pada hemat Clayde telah melakukan kejahatan dengan menggunakan undang-undang sebagai alat manipulasi. Clayde cuba mencipta karma kepada Nick dengan segala pembunuhan orang sekeliling Nick yang telah membuatkan Nick mengalami tekanan dan egonya semakin tercabar.

Kekuatan cerita ini ialah apabila pada mulanya, penonton mempunyai rasa empathy kepada Clayde dan menjadikan Nick Antagonis dan perlu menerima padahnya. Tapi, semakin plot berkembang, keadaannya berubah.

Aku menyukai babak di mana Nick menyaksikan hukuman mati yang dijatuhkan pada salah seorang penjenayah, yang Nick buktikan bahawa dia yang membunuh keluarga Clayde (padahal dia hanya kawan kepada pembunuh dan hanya melihat), dan diselangi dengan persembahan muzik anaknya, yang sepatutnya sebagai seorang bapa dia menonton persembahan itu. Di situlah babak yang bakal menceritakan keseluruhan cerita mengenai keputusan yang salah dibuat. Nick membuat keputusan yang salah dengan menghukum bunuh orang yang salah dan tidak pergi menonton persembahan anaknya yang sebelum ini hanya sekali sahaja dia pergi.

Pengakhiran cerita, Clayde yang pada awalnya merasakan dia membuat keputusan yang betul, iaitu menghantar penderitaan atas sebab kehilangan orang yang tersayang, dia juga melakukan kesilapan dalam membuat keputusan, menekan bom tersebut. Pada dasarnya, dengan penuh ego Nick sebenarnya menang, tetapi, bukan satu kemenangan yang jantan. Jelas apabila sudut kamera sewaktu Nick meninggalkan penjara yang sedang meletup itu ialah dari sudut sisi. Walaupun Nick berjalan megah (ego), tetapi sudut kamera dari sisi member maksud yang itu bukanlah kemenangan yang cukup mutlak.

Gerard Butler, lakonannya agak sederhana, tapi dalam menyampaikan rasa derita dan dendamnya, lebih baik dari Mark Wahlberg dalam filem Max Payne. 7.8/10





Ahad, April 25, 2010

The Losers (2010) - Aksi Yang Lemah Tapi Terselamat dengan Lakonan Yang Jitu

Saat orang sedang sibuk menelaah, aku dihasut untuk menonton filem saduran komik dari Hollywood ini. Bulan ini, dua buah filem saduran komik menerjah panggung negara dengan Kick Ass dan The Losers. Aku belum menonton Kick Ass walaupun terdapat banyak feedback yang cukup positif dari mereka yang sudah menontonnya.

Aku terbaca beberapa reviu dari pengkriti barat mengenai ke'biasa'an filem ini. Ya, formula filem ini cukup biasa bagi sebuah filem aksi Hollywood. Dengan gaya lama seperti letupan dan senjata, pengganas yang ingin binasakan dunia, perempuan yang jadi side kick dan pembelotan serta hero-hero yang cool dan tak akan mati.

Abaikan sema itu. Kerana ia dari sebuah komik. Aku sebenarnya menyukai gaya pembawaan filem ini. Walaupun terdapat ke'klise'an di merata-rata tempat, tapi filem ini bergerak bagi sebuah komik yang penuh dengan aksi kartun ala Looney Tunes dengan humor yang tak kena pada tempat, tapi jadi cukup serasi denga plot cerita.

Kekuatan filem ini ialah pembawaan watak dan keakraban watak-watak dalam filem ini. Penonton dibawa untuk merasai betapa dekat diri mereka dengan watak. Lihat, bagaimana bijaknya Hollywood mencipta pemahaman penonton terhadap watak dalam filem tanpa perlu menggunakan dialog-dialog yang merepek dan penerangan-penerangan straight to the point macam cerita-cerita aksi tempatan (rujuk Evolusi KL Drift 2).

Sepuluh minit pertama cerita ini sedikit menggusarka aku apabila teknik kamera dan cinematografinya hampir menyamai kekalutan kamera dalam siri Bourne (maksud aku kamera yang shake yang kononnya mahu mewujudkan rasa keadaan sebenar). Namun, pergerakan cerita kemudian menjadi menarik dan kamera semakin kurang goyangannya.

Filem ini masih menyentuh hal politik dan mengutuk apa yang Amerika lakukan. Plot cerita ibarat sebuah komik dan lemah, tetapi penilitian dalam lakonan para pelakon sememangnya menyelamatkan filem ini. Aku syak, memang akan ada sekuel. Ok, 6.8/10 untuk hiburan yang disajikan.

p/s : Shot-shot cerita ini aku suka dan Cougar, si sharpshooter memang mengujakan dan sungguh cool habis. ha ha

Selasa, April 20, 2010

Sore Itu

Matahari perlahan-lahan merangkak ke barat. Mengundang ketibaan sang sore. Melengkapkan jadual hari.

Burung-burung berarak pulang ke sarang. Beramai-ramai. Menghiasi pemandangan dengan bayangan gelap dan berlatar belakang jingga.

Peti televisyen, memaparkan berita-berita. Janin dibuang. Bayi dilempar. Anak-anak dibunuh.

Mek Mi, bukanlah perempuan. Sukar juga untuk katakan dia lelaki. Berada di balkoni rumahnya. Yang bertingkat-tingkat. Sambil memandang lukisan langit. Yang menjingga. Telinganya menangkap butir-butir berita perihal, janin dibuang. Bayi dilempar. Anak-anak dibunuh.

“Hey. Kau dengar berita tak?”

Mek Mi soal Mat Kuyu. Mat Kuyu, jiran bertentangan dengan rumahnya. Juga berada di balkoni. Sambil menghisap kretek Nusantara.

“Dengar. Hari-hari berita yang sama”

Mat Kuyu menghembus asap ke udara. Keluar dari mulut dan rongga hidup. Berkepul macam serombong kereta api.

“Bodoh betul. Singa yang ganas tu pun sayangkan anak.”

Mek Mi meninggikan suara sambil membetulkan kain batik yang dikembannya.

“Apa nak heran. Dah dapat lubang.  Tak reti nak tahan sangat. Tembak dalam. Bila dah bodoh. Macam tu la.”

Selamba dari Mat Kuyu. Sambil menggaru-garu rambut gondrongnya.

“Kasar betul gurauan kau. Aku pun tak fahamlah. Nak sangat lubang tu, kahwin je la. Nasib baiklah aku bukan jenis suka lubang-lubang ni nyah.”

Mek Mi balas sambil menggaru ketiaknya dan dengan sembunyi-sembunyi mencium tangan yang menggaru ketiak tadi. Rexona.

“Ha Ha! Aku suka kau punya kenyataan tu. Macam sial pun ada. Tapi, tu lah. Memanglah Tuhan dah mengsurahkan kehidupan dan kematian seseorang sejak di Lohmahfuz lagi, tapi biarkanlah bayi itu merasai kehidupan ni. Kalau dia hidup, mesti ada orang yang nak jaga dia. Biar dia hidup jauh dari mak bapa dia yang bodoh tu.”

“Ah. Kalau aku, aku lebih rela dia mati. Sekurang-kurangnya dia terlepas dari terperangkap dalam sangkar kehidupan ni. Sangkar yang memerangkap manusia. Kalau alpa sedikit terjerumus ke dalam lembah hina. Kalau lupa sikit, entah melayang ke mana maruah diri.”

Mat Kuyu tersedak dan batuk-batuk.

“Aku terlupa!”

“Apa?”

“Aku terlupa nak mandi junub. Cis. Buat apa lah aku download video Sasha Grey tu.”

Mat Kuyu bergegas masuk ke rumah.

“Sama sajalah. Diorang buang dalam tong sampah. Kau buang dalam tandas.”

Lagu sore semakin rancak. Warna jingga semakin pekat. Dan, malam tiba untuk memenuhkan hari Mek Mi, yang siangnya cukup monotonous.

Ahad, April 18, 2010

Wayang Kulit


Itu suara gua. Jangan banyak bunyi! Tengok sudah!

Jumaat, April 16, 2010

Tamat

Segalanya sudah berakhir. Akhirnya, semester ni pun berakhir.

Walaupun masih ada peperiksaan, tapi minggu-minggu akhir sebelum datangnya peperiksaan merupakan minggu-minggu yang mendera fizikal dan mental.














Rabu, April 07, 2010

Tak Puas

Tolong keluarkan DVD ini dengan pantas!
Aku tak puas menonton filem ini di panggung tempoh hari.


Selasa, April 06, 2010

Lagenda

Aku baru selesai menonton filem Michael Jackson's This Is It dan At The End Of Daybreak. Ada dua lagenda dalam filem ini. Michael dan Yasmin Ahmad. Cukup syahdu tatkala menonton This Is It. Terpukau aku dengan kelembutan percakapan Michael, cukup menghormati orang lain. Michael begitu teliti dalam setiap karya beliau (bayangkan, beliau dapat ingat kesemua tempo dan note dalam setiap muziknya).

Tuhan Yang Maha telah memanggil seorang lagi lagenda pulang. Allahyarham Din Beramboi. Lagenda yang cukup anarki dalam humornya. Tiada pendinding untuk menapis segala perkataan yang perlu keluar dari mulutnya. Beliau sememangnya pak lawak yang bukan seperti pak lawak di Malaysia yang lain. Yang perlu memikirkan kiasan dan lapitan dalam berlawak. Kononnya, kita ini orang Malaysia. Tapi, dengan anarkinya, Din menemplak semua itu. Dan, sesetengah rakyat Malaysia, yang kebanyakan suka lepak bawah tempurung, sambil berasa diri mereka tuan tanah yang maha hebat, kadang-kadang jelek dengan humor Din yang berfalsafah Punk ini.

Lagenda, tak akan hidup lama. Kalau hidup lama, bukan lagenda mereka. Lagenda super genius P. Ramlee, lagenda penghibur beraura Sudirman, lagenda pencetus revolusi pop Michael Jackson, lagenda otak pintar dan cerdas dalam bervisual Yasmin Ahmad, dan lagenda humor hebat tanpa bersalah Din Beramboi, tidak panjang nyawa mereka. Kerana mereka ialah lagenda, yang memberikan kesan dalam pengembangan dunia yang bercabang dan berakar seni.