Jumaat, Jun 26, 2009

Kerbau Pendek

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090625215119/Article


Satu

"Mangsa selsema babi semakin meningkat," kata pemberita cun dalam tivi.

"Mak! Mak! Kakak tu sebut B . A . B . I . Jahatnya kakak tu mak!" Fariz, kanak-kanak 5 tahun yang diajar supaya tidak mencarut.


Dua

"Pelaq! Pasai nak sebut babi ka, khinzir ka, selsema ka pun nak hingaq dalam berita. Baik aku ja jadi menteri," Tok Dak Cin, orang kuat parti pembangkang memaki sambil menghempas cawan kopi dengan kuat di warung Majid Mamat.

Tiga

"Macam ni nak teruskan PPSMI? Pak menteri pun suruh sebut dalam bahasa Melayu nama virus ni!" ujar Cikgu Saidi, cikgu bahasa Melayu yang menentang PPSMI.

1 ulasan:

hans berkata...

hahahhaha....
aku sokong depa sebut ja selesema babi...
senang...
semua orang dari kecik sampai orang tua faham....

aik,asal emo jer nih weih Basang?
hahaha