Jumaat, Mei 21, 2010

Bangsat Bangsa

Kadang-kadang, menerobos fikiran aku. Tentang kita. Tentang bangsa kita. Bangsa kau, bangsa aku.

Orang kita, bangsa kau, bangsa aku, kini tinggal, dengan paranoia. Mudah menghadam apa yang di hadapan. Terus menerima kata-kata. Tanpa mengeploitasikan minda. Betul kiamat itu dekat. Betul Yahudi itu laknat. Tapi, terus mengakui apa yang digembur – dalam makalah – dalam maya – dalam kabel – bukanlah bestari kalau begitu.

Orang kita, bangsa kau, bangsa aku, kini tinggal, dalam penafian. Menafi apa yang terang – dan terus menghujah klasik kuno tentang bangsa. Bila ditegur, meroyan sana sini – jerit hiruk pikuk – menafikan semua itu. Kita sopan santun! Kita budi bahasa! Kita kias-kiasan! Riuh rendah mereka menjaja. Menjadi modal politik bangsat.

Orang kita, bangsa kau, bangsa aku, lemah menjana minda. Terjerat dengan kapitalisme. Sukakan sanjungan. Dan tanpa sedar – kreativiti disiakan. Melenting dan melentik bila dikatakan – malas- fikir.
Orang kita, bangsa kau, bangsa kita. Ramai yang begitu. Tapi, ramai juga yang menongkah arus. Yang menggerakan saraf – yang menjanakan minda – yang meregangkan otot – yang merembiskan peluh – yang mengisarkan idea – menjadi produktiviti.

Wahai sang revolusi - gerakan mereka – dari dilema baru

3 ulasan:

hans berkata...

sangat abstract
nasib aku masih faham
nice entry
teruskan usahamu
A.Basang Said

chuckPalakian berkata...

aku suka...
tp msih ramai yg akan berkata...
"dia ni cakap pa ntah,merepek ja taw",kata seorg melayu...

Jazli Safwan berkata...

lelah minda orang macam tu