Sabtu, Mei 15, 2010

Sekolah Menengah Sains Tengah Sawah Padi (SMSTSP)

Esok, aku akan ke negeri, yang lima tahun aku di sana. Esok juga 16 Mei. Esok hari untuk cikgu-cikgu.

SMSTSP, bak kata Muhammad Teja, tempat paling sesuai untuk belajar politik. Ya! Memang tepat! Maksud aku dengan politik, bukanlah hang sokong parti cap kati (dacing dalam loghat utara) atau hang pangkah parti bulan (walaupun ada bekas cikgu sekolah ini yang kini bergelar YB).

Belajar politik dalam erti kata struktur dan aturan pemerintah. Permainan-permainan kotor dan tidak kotor memang terpalik dalam atmosfera perguruan sekolah ini, dan kemuncaknya ketika aku di tingkatan 5. Tahun-tahun akhir di SMSTSP, ibarat berada dalam pemerintahan hukum rimba (menurut seorang guru Bahasa Melayu). Sampaikan, kami mengadu pada akhbar-akhbar tempatan walaupun tidak dilayan.

Oh! Dan kenangan-kenangan ini yang telah mengajar kami untuk hidup. Pengalamn-pengalaman politik inilah yang buatkan kami sedang menjadi manusia.

Kalau nak dikarang peristiwa-peristiwa yang melibatkan guru-guru, agak menjemukan kerana kisah suka-duka ini sering menjadi topik bualan utama tatkala kami berkumpul beramai-ramai. Sama ada di mamak (semestinya tempat yang paling disukai), di restoren-restoren makanan segera sehinggalah ke alam siber. Tak putus-putus kami bualkan. Antara yang terhangat di kalangan warga 5 Bestari, mestilah kisah saudara Asif Sunan dan Cikgu Sabri. Yang akan menimbulkan gelak tawa bila dibualkan.

Walaupun ada antara mereka yang berpolitik kotor dan berhukum rimba, yang berfalsafah kesufian dan keilmuan, mereka tetap guru yang pernah mendidik aku. Terima Kasih Cikgu.

1 ulasan:

wanwarlock berkata...

cerita la kisah tu bro. lama aku x dgr kisah2 smstsp ni.

maju smtsp!