Sabtu, Mei 22, 2010

Konvo Saya

Mak kejut aku. Aku musykil. Kenapa kena bangun pagi lagi. Cikgu kata, tak payah datang dah.

Aku telan air liur basi. Masam-masam tapi banyak vitamin. Entah, saintis mana entah cakap.

Lepas bangun, aku akan terlentok bawah meja makan. Mak akan suap aku makan. Selalunya karipap. Tak pun lepat liat. Air aku bedal air masak saja.

Aku dengan mamai, merenget. Sejuk. Terpacak. Bulu dan..

Mak pun, ambil air panas. Tambah dengan air sejuk. Jadilah air suam. Seronok. Bila mandi air suam. Pagi-pagi hari.

Lepas mandi, aku pakai baju kemeja. Petak-petak merah putih. Seluar biru kehitaman. Mak kata, lepas ni dah pakai macam ni. Lepas ni pakai baju putih.

Aku sampai. Aku nampak kawan-kawan aku. Zainuddin dengan pipi luka (aku tak ingat kenapa). Mat Wan dengan nakalnya. Idi Gajah dengan muka toya nya.

Cikgu pun bagi kami jubah. Aku dapat yang paling keemasan. Aku tak suka sebenarnya. Sebab tak macam yang orang lain. Tapi, cikgu cakap, pakai sahaja. Kan tampak tampan. Sengih aku.

Cikgu panggil seorang demi seorang. Dia bagi sijil dan piala. Aku suka.

Lepas tu. Kami tangkap gambar ramai-ramai. Aku tersenyum. Nanti, aku nak pakai lagi jubah ni. Bisik aku. Dalam hati.


3 ulasan:

pete berkata...

bezanya sekarang ang akan amik gambar konvo pakai cimate

aKu Ruzanna.. berkata...

happy graduation!!!!

hans berkata...

apa lagi
update la pic konvo yg baru2 nih
siap ada selempang lagi