Ahad, Disember 20, 2009

Reviu Filem : Avatar



Ini sememangnya filem pop corn. Aku tak nak sembang banyak.

Ramai yang melangit puji filem ini. Sampai buat aku syak ini filem terlebih pujian macam 2012.

Tapi. Aku salah.

Filem pop corn Hollywood paling menghiburkan aku untuk tahun 2009 ini. Perasaan yang sudah lama aku tak rasa.

Perasaan ini semacam aku menonton siri-siri Star Wars dan Lord of The Ring. Walaupun badan aku sakit-sakit sewaktu dalam panggung sebab seat aku dan kawan-kawan aku di bahagian wing. Sebenarnya semua 7 orang. Tapi aku dapat kerusi wing kanan. Habis sakit urat saraf aku.

Walaupun ada beberapa benda yang aku macam nak komplen dan kutuk, tapi aku tetap suka filem ini. Entah, aku rasa sangat suka. Ha Ha Ha..

Tapi antara benda yang paling aku tak puas hati ialah, tak mungkin saintis dapat mencipta sesuatu itu sempurna sebegitu. Dan, lagi satu yang memang dipersoalkan aku sejak keluar dari panggung, masuk dalam kereta, sampai ke Facebook ialaha kenapa Roctu Acto tu ada seekor sahaja. Kalau nak cakap itu binatang lagenda, yang lagenda tu dah tinggal tulang saja.

Tapi, semua itu dimaafkan sebab cerita ini bermain di alam fantasi sahaja. Sumpah aku suka warna-warna surreal dalam filem ini.

Reviu dari Encik Huzaifah AB Rahman.

4 ulasan:

irma-ain ibrahim berkata...

nk tgk tapi xde sapa teman dkt penang ni.

abang ipar pun busy. yg lain sumpah xmau tgk cerita camni. :(

hans berkata...

hahaha
ingat aku saja2 nak puji ker
biasalah
nama pun film sains fiksyen
abaikanlah binatang kaler oren yg ada sekoq ja tu
apa2pun filem nih best

chuckPalakian berkata...

cita ni seswai ntuk semua ahli keluarga...

tiada babak yg boleh mengereksikan..

dan pihak jabatan perhutanan malaysia patut wat filem ni ntuk kempen mereka..

Jazli Safwan berkata...

irma,
p sorang-sorang la..hehe

hans,
aku tau la sains fiksyen..tapi ada gak benda yang longgar. sebab bagi aku star wars sains fiksyen yang ketat. ha ha

kirin,
ada babak ereksi kut. kena potong. subtitle dia macam haram lagi,
"kau bersetubuh dengan dia?"
ha ha.. Lagi satu, awek-awek kaler biru tu bukan nya pakai baju pong.