Selasa, Mei 19, 2009

Embun Dingin, Impak dan 'Almu (Re-Post!)

Nah. Aku terjumpa catatan ini. Dan aku teringat masih belum tercatat dalam laman aku. Pernah dipos di blog Janjilaxamana. Tapi, aku nak post semula. Sebab, aku terjumpa dalam PC usang yang berhabuk dan tak pernah di log on selama hampir setahun tu. Dan aku rasa ada yang belum baca epik penuh lara ni.hahaa. Epik bak Lord Of The Ring ni ditulis oleh aku 4 tahun yang lalu selepas tamat SPM. Link asal

Menyanyi kerana gembira, menari kerana mee… tuppp; Ikmal menekan punat stop pada pemain cakera padat kompaknya itu. Cakera padat Mawi versi cetak rompak itu sudah berapa kali diulang dengar olehnya.

Syukor dan Badar sedang nyenyak dibuai mimpi di katil hadapannya. Kamar kecil yang disediakan khas untuk ahli tertinggi dalam jawatan pengawas itu begitu bersepah dengan buku rujukan memandangkan ketika itu ialah minggu peperiksaan terbesar mereka; SPM.

Perutnya semakin memulas kerana dari pagi hanya karipap sahaja yang menjadi pengalas. Ikmal tidak ke dewan makan tengah hari tadi kerana sibuk study bersama buah hatinya, Ummu'.Jam di tangan menunjukkan sudah pukul 6.23 petang. Sebentar lagi loceng dewan makan akan berbunyi dan dia akan jamah sepuas-puasnya.

Terdengar hilai tawa dari kamar pengawas sebelah. Meriah sungguh mereka.

"Apa yang dibuat oleh Mizan dan Pali tu. Meriah benar dengarnya," ngomel hati kecil Ikmal.

"Pali! Pegang kuat-kuat tangan dia. Jangan bagi dia terlepas," Jamizan memberi arahan kepada Fadli yang bersungguh-sungguh memegang tangan Dolah.

Jamizan dan Fadli yang sedang bergurau dengan Dolah itu tersentak apabila mereka terbau sesuatu yang aneh.

"Mizan, hang ada bau apa-apa tak?"

"Ada-ada!! Bau ni macam bau badan seseorang ja. Purit betul,"

"Cis! Celaka betul hangpa. Dahla usik Pak Lah tak ajak aku. Lepas tu, kutuk aku pula tu," Ikmal yang baru saja melangkah masuk melepaskan rasa kurang berpuas hatinya.

KRRRRRRRRRIIIIIIIINGGG!!!!

"Hah! Loceng dinning dah bunyi, hangpa tak mau makan ka?" ujar Dolah yang sedang membetulkan tualanya akibat ditarik oleh Fadli dan Jamizan tadi.

"Aku tengah lapar ni. Mizan, Pali, tunggu aku sat. aku nak kejutkan Syukor dengan Badar kat sebelah."

Ikmal, Badar, Jamizan, Fadli dan Syukor bergerak ke dewan makan selepas semua sudah bersedia. Setibanya di dewan makan, nafsu makan mereka yang tadi berbuak-buak bagai kuda hendak mengawan tiba-tiba hilang umpama kuda tua yang tiada nafsu kerana mati pucuk selepas mereka melihat juadah yang disediakan.

"Adoi, hilang nafsu tengok lauk Anaconda tu," ujar Syukor yang masih lagi belum hilang lalinya. Anaconda ialah gelaran kepada ikan tongkol yang dimasak di dewan makan Sekolah Menengah Sains Tengku Shed Putra Al-haj.

Badar yang tadi diam kerana masih teringat akan mimpi beradu dan bermesra dengan Nazhifah sebentar tadi tiba-tiba memberi idea.

"Kita makan kat Embun Dingin nak tak?"

Kesemua nampaknya memberi respon yang positif walaupun sebenarnya mereka tidak diizinkan keluar dari kawasan sekolah.

Maka, bergeraklah lima sahabat itu ke pondok jaga mencari-cari PK HEM untuk meminta izin. Selalunya pondok jaga ialah tempat Cikgu Razid membuang masa sambil berbual-bual dengan jaga.

Namun, nasib mereka malang. Kelibat Cikgu Razid langsung tidak kelihatan apatah lagi kesan tapaknya.

Pak Koq, jaga sekolah yang sedang menyiram pokok bunga perhiasan di sekitar pondok jaga berasa kehairanan melihat gelagat mereka. Nalurinya dapat meramal bahawa kelima-lima sahabat itu sedang mencari Cikgu Razid apabila melihat Badar dan Ikmal yang sedang membelek-belek tanah seperti mencari kesan tapak kaki seseorang. Gelagat mereka tak tumpah seperti penyelidik mencari kesan tapak kaki Big Foot di hutan Johor.

"Anak-anak sedang cari Cikgu Razid ka?" soal jaga berkulit hitam manis itu.

"Bila masa pula kami ni anak pakcik? Eh, gurau jerk. Ya, kami memang tengah cari Cikgu Razid. Nak minta kebenaran keluar ke restoren sebelah. Pak cik ada Nampak dia tak?" terang Syukor.

"Cis, kurang ajar betul. Memang dasar anak didik Cikgu Razid betul. Pakcik tak Nampak dia la. Tapi setahu pak cik, dia tak benarkan pelajar keluar ke resoren tu. Kalau nak buat pesanan boleh la. Kalau hangpa semua nak keluar pak cik tak berapa nak kisah sangat. Tapi pandai keluar tu pandai-pandai la tanggung. Pak cik faham macam mana keadaan hangpa sekarang. Pesan pakcik satu je la, keluar tu pandai-pandai jaga la diri tu.'

Panjang lebar Pak Koq berhujah dan lebar juga senyuman dari lima sahabat itu.

"Pak cik jangan risau. Kami ni dah besar-besar belaka. By the way, terima kasih yer pak cik," balas Syukor.

Dengan tanpa rasa was-was dan ragu-ragu mereka berlima terus keluar dari pagar sekolah dan berjalan ke restoren Embun Dingin yang jaraknya hanya 100 meter dari sekolah.

Sebenarnya, dalam hati mereka terselit juga sekumit rasa gementar, takut-takut mereka ditangkap oleh Pk HEM yang sememangnya terkenal dengan kegarangannya itu. Namun, semua rasa takut itu hilang bila mereka dilayan dengan mesra oleh gadis-gadis pelayan di situ yang mereka gelar kakak cantik makanan.

Hati mereka bertambah girang apabila sedang nikmat menjamu selera, dua orang warden wanita turut datang menjamu selera di situ. Pada sangkaan mereka, sudah terselamat kerana ada juga warden yang mengetahui mereka berada di luar kawasan sekolah.

Lima pinggan nasi goreng dan tiga pinggan char kuew tiow dijamah mereka. Selepas kekenyangan mereka berjalan pulang ke sekolah.

"Jatuh cinta aku tengok kakak cantik makanan tu tadi," ujar Fadli yang sememangnya terkacak berbanding mereka yang lain.

"Ya! Ya! Berdarah hidung aku ushar kakak tu tadi,"

"Hoi, apala hang ni Badar! Dah ada Nazhifah cukupla. Tengok Syukor dengan Ikmal ni, setia pada yang satu. Syukor dengan Syafinah, Ikmal dengan Ummu'. Aku dengan Fadli takpa la kalau nak usha kakak cantik makanan tadi. Kami ni solo lagi" Ujar Jamizan sambil disambut dengan gelak tawa oleh Fadli tanda setuju.

Namun, gelak tawa tadi tiba-tiba terhenti apabila kaki mereka tiba digerbang sekolah.
Masing-masing terkesima dan mulut mereka bagai terkunci tatkala melihat kereta buruk di hadapan mereka yang sememanya amat dikenali.

"Alamak! Cikgu Razid adala," Ikmal memecah kesunyian.

"Tak pa. kita jangan lari. Kita jumpa dia," Celah Syukor, timbalan ketua pengawas yang sememangnya berani.

Mereka terketar-ketar menuju ke pondok jaga. Cikgu Razid dengan lagak yang bengis memerhati mereka dari pondok jaga. Mukanya masam seperti King Kong yang kelaparan.

Tanpa disuruh, kelima-lima sahabat itu beratur memanjang di hadapan Cikgu Razid.

"Kamu berlima pergi ke mana hah?!" Tengking Cikgu Razid.

"Kami ke sebelah cikgu. Tadi kat dinning lauk tak sedap," balas Syukor mewakili rakan-rakan lain yang diam seribu bahasa.

"Kamu cakap tak sedap? Saya pun makan tadi kat dewan makan. Siap tambah tiga pinggan lagi. Apa yang sedap sangat kat restoren tu hah? Ikmal! Kamu makan apa tadi kat sana?"

"Cis memang nafsu king kong betul," getus hati kecil Jamizan yang sememangnya kurang senang dengan tengkingan Cikgu Razid yang songsang dengan adat ketimuran yang mementingkan budi bahasa.

Ikmal dengan terkial-kial menjawab, "Kami makan nasi goreng cikgu,"

" Nasi goreng ja? Kalau setakat nasi goreng tu, saya boleh masak enam belas kali ganda lebih sedap dari restoren tu masak. Ka kamu ada agenda lain nak pi tengok anak-anak dara kat situ?"

Kelima-lima tersipu-sipu mendengar tohmahan cikgu Razid itu.

"Jamizan! Cuba bagi alasan kenapa kamu ke sebelah?"

"Erm.. bagi kami, lauk tu tak sedap. Dan nak pi makan ke sebelah. Darah muda kami begitu memberontak mengajak kami keluar ke sebelah."

"Oo.. memberontak. Kiranya kamu sebenarnya ingin memberontak secara halus. Kamu keluar tu tandanya kamu cuba protes saya sebab saya dah beri arahan supaya kamu tidak boleh keluar dari kawasan sekolah. Kamu terlalu mengiku darah muda kamu. Jadi pemberontak. Kamu tengok sajalah dunia sekarang ni. Pemberontak-pemberontak tu kebanyakannya anak-anak muda macam kamu. Itulah akibat mengikut darah muda. Kamu nak jadi pemberontak macam mereka ka?"

Cikgu Razid menghurai perkataan darah muda dan berontak yang keluar dari jawapan Jamizan tadi. Itulah senjata rahsia PK HEM ini. Dengan menghurai perkataan-perkataan yang menjadi isi penting bagi alasan sesorang, dia dapat mematikan alasan yang disampaikan oleh pelajar yang cuba mempertahan diri mereka.

Syukor bosan dengan perlakuan Cikgu Razid yang masih lagi belum berhenti menghurai jawapan dari Jamizan lalu mencelah,
"Cikgu, kami belum sembahyang Maghrib lagi! Dah lewat dah ni." Jam dinding di pondok jaga itu menunjukkan hampir pukul 8 malam.

"Hah! Belum sembahyang lagi? Apa nak jadi dengan kamu ni. Makan nak sedap. Sembahyang lewat-lewatkan pulak. Pergi ambil air sembahyang dan sembahyang dalam bilik tu." Cikgu Razid memberi arahan sambil menunjuk kearah sebuah bilik dalam pondok jaga itu.

Inilah pertama kali mereka bersolat dalam kecil tersebut. Selama ini hanya dapat diperhati dari luar sehaja ketika mereka menulis nama di pondok tersebut sebelum keluar ke bandar.
Selepas solat, mereka berlima berhimpun kembali di hadapan Cikgu Razid.

"Saya belum berpuas hati dengan kamu. Kamu tahu tak kamu boleh dibuang sekolah walaupun sekarang ini peperiksaan SPM dijalankan. Saya tidak akan teragak-agak membawa perkara ini kepada pengetua. Kamu tidak dibenar berada di dalam sekolah kecuali ketika peperiksaan."
Jantung masing-masing berdegup kencang tatkala mendengar gertakan Pk HEM itu.

"Badar! Bagi alasan yang boleh menyelamatkan kamu semua.""Sebenarnya, apa yang cikgu cakap tadi betul. YA! Kami mungkin memberontak dengan cikgu. Sebab sebelum cikgu memegang tampuk pemerintahan, kami rasa selesa dengan kepimpinan Cikgu Madi. Tapi bila cikgu ganti beliau, semuanya berubah. Kami terasa impak yang begitu kuat."

"Kamu tahu apa yang kamu cakapkan ini? Dulu memang kamu selesa sebab Cikgu Madi lebih lembut bebanding saya. Tapi saya nak buat perubahan. Saya memang nak mengimpakkan semua. Impak yang kamu rasa tu memang saya nak. Saya nak bina empayar saya sendiri di sini. Penuh dengan impak yang maksima. Setiap apa yang kita buat, perubahan yang kita jalankan sememangnya ada impaknya. Dalam fizik pun ada impak. Kamu ni tak belajar ke?"

Cikgu matapelajaran fizik ini mula menghurai. Masing-masing hanya mampu menahan telinga mendengarnya. Kaki mereka semakin lenguh berdiri. Entah berapa ratus kali mereka mendengar perkataan impak yang keluar dari mulut cikgu Razid.

Nampaknya mereka terlepas kelas ulangkaji yang dijalankan oleh cikgu Roziah di dewan makan. Sudah hampir sejam Cikgu Razid berleter dan terus berleter sambil menghurai perkataan impak. Hanya yang mereka harapkan agar tidak dikenakan hukuman yang dinyatakan olehnya tadi dan dapat pulang ke asrama dengan segera.

Pak Koq yang baru pulang dari meronda sekitar sekolah berasa simpati dengan nasib yang ditimpa oleh lima sahabat itu. Dia kemudian mencelah,
"Cikgu, rasanya depa ini budak-budak baik. Sudahla berleter tu,"

"Pak Koq jangan kacau. Saya mesti sedarkan depa. Baru depa tau akbiat melanggar arahan saya."

"Cikgu, depa dah sedar tu. Mereka dan dapat pengajaran dan `almu malam ni. Nanti depa balik asrama depa dapat sebarkan pengajaran dan `almu tu," Pak Koq cuba melembutkan hati PK HEM itu.

"Baik. Saya lepaskan kamu. Tapi ingat, kalau kamu keluar lagi saya akan terus laporkan kepada pengetua."

Kelima-lima sahabat itu berasa lega kerana mereka terlepas dari hukuman berat itu. Mereka mengucapkan terima kasih kepada cikgu Razid dan PaK Koq.

Ketika bersuai pulang ke asrama, mereka singgah sebentar di pondok rehat yang berdekatan.

"Celaka betul, dua jam kita dengar ceramah. Kalau study Add Math pun boleh dapat A1 nanti," Fadli melepaskan rasa geramnya.

"Malu aku, tadi dahla cikgu Roziah nampak kita. Nanti nak jawab apa kat dia sebab tak masuk kelas dia," Ujar Jamizan pula.

Lalu Ikmal mencelah, "Takpa-takpa. Dia tak marah eh. Tapi yang penting malam sebuah peristiwa telah tercatat. Peristiwa ke Embun Dingin yang penuh dengan `almu tentang cara-cara menggunakan perkataan impak dengan betul."

HAHAHAHAHAHAHHAAA..

Kelima-lima sahabat itu ketawa serentak mendengar ulasan dari Ikmal itu.

-Peristiwa tertangkap selepas ke Embun Dingin telah memberikan impak iaitu membanyakkan lagi `almu

4 ulasan:

John Micheal Takie Lewis berkata...

basang
mmg panjang
di tambah dgn skrin aku sekarang warna kuning
bukan nya putih
aku makin pening
ahhaahhaha

Jazli Safwan berkata...

ces. jenih gelojoh ang ni.

Nani berkata...

Haha.. kelakar nak mampos

Tukar nama pun masih ble detect lagi.

Sok de interview and org yg aku nak interview sok muka serius saling tak tumpah macam muka Cikgu Yazid..coincidence.

Smoga aku selamat sok..Haha.

Jazli Safwan berkata...

kisah benar nii...
hahaha