Rabu, Mei 27, 2009

Pelesit

Gua rasa, gua tengah tidur. Memang gua tidur. Tak pun, gua buat-buat tidur ni?

Entah, macam mana gua boleh terpandang tingkap. Gua pelik. Sejak bila tingkap nako tu terkopek.

Masa tu lah gua tiba-tiba nampak perempuan berbaju putih. Gua cuak. Gua pejam mata kuat-kuat.

Sebelah kiri gua juga tingkap nako. Gua dengar ada oran berjalan mundar-mandir. Suddenly kata orang putih hidung tinggi, gua dengar bunyi cakaran ditingkap.

Gua cuak. Gua rasa macam gua tengah tidur. Gua macam rasa ini mimpi. Ya. Gua cuba buka mata.

Tak boleh! Tapi, gua boleh berfikir. Tapi, gua tak boleh buka mata. Macam mana ni.

Masa tu lah gua rasa kepala gua ditekan-tekan. Gua tak boleh buka mata. Gua tak boleh angkat kepala. Gua dengar orang berjalan-jalan di luar bilik gua.

Gua baca ayat kursi. Tunggang langgang. Pelesit apa kacau gua ni.

Masa tu lah gua cuba menjerit. tapi suara tak keluar. Gua cuba menjerit Tuhan Maha Besar dalam bahasa arab. Gua berjaya. cengkaman di kepala gua dilepaskan.

Tapi, kepala gua kena tekan balik. Tensen. Gua terdengar pula tingkap nako sebelah bilik gua dicakar-cakar.

Aduh. Pelesit apakah? Gua terasa ingin mencarut dan terus berkata, kepala butuh lu lah!
Cis, lagi kuat gua kena tekan. Petua ni Matzam pernah bagitau gua. Kalau kena kacau dengan pelesit, lu carut ja kata Matzam.

Cis. Haram. Lagi kuat gua kena tekan.

Gua tekad. Gua baca ayat kursi. Kali ni lebih tersusun. Gua ulang 7 kali rangkap akhir. Gua jerit Tuhan Maha Besar dalam bahasa arab.

Dan gua terus terbangun. Peluh. Basah.

Aduh, pelesit apakah ini?

6 ulasan:

e-zul Iswhat berkata...

pelesit yg ingin belajar mengurut mungkin?

Jazli Safwan berkata...

urut kaki ka. urut pinggang ka. urut anu ka. aku suka la. haha

hans berkata...

mungkin pelesit tu PEREMPUAN BERKEBAYA MERAH???

Jazli Safwan berkata...

bukan.
rasanya perempuan bertudung hitam..
haha

Aliya Azmi berkata...

ok, saspen!

nampak muka tak? hehe!

Jazli Safwan berkata...

tak nampak arr..
ni rentetan dari tempias2 sihir kat family aku yg bakal berakhir mlm ni.
damn!