Sabtu, November 22, 2008

Menjelang Kedewasaan Seorang Lelaki

Peristiwa pendewasaan ini berlaku circa ’96 dahulu.

Hari itu, mak suruh aku aku pakai baju melayu. Dengan Jan.Sepupu aku.

Ayah suruh mandi lama-lama. Bagi kecut sikit katanya.

Aku masih tak faham dan mengerti. Kenapa mesti pakai baju Melayu hari itu. Bukannya hari raya.

Tapi, macam ada kenduri di rumah.

Selepas membasahkan diri, aku bersiap. Dengan berbaju Melayu, aku naik ke kereta.

Ish. Nak ke mana? Macam pengantin pula.

Berhenti. Di hadapan bangunan. Pandang atas. Klinik Keluarga.

Ish. Pakai baju cantik-cantik nak datang klinik saja?

Aku masih keliru. Aku tak sakit pun. Kenapa perlu datang ke klinik?

Selepas mendaftar, aku duduk. Tiba-tiba nama Jan dipanggil. Tapi, Jan tiba-tiba menangis. Dan berlari keluar dari klinik. Aku tertawa. Orang panggil suruh jumpa doctor pun menangis.

Oleh sebab Jan lari, orang seterusnya ialah aku. Aku melangkah masuk ke bilik doktor.

Ada katil. Ada nurse cantik. Tersenyum. Aku, senyum balik. Sebab, nurse tu cantik.

“Dik, buka seluar”

Ish. Nurse tu suruh buka seluar? Nak buat apa pula.

“Dik, bukalah seluar. Macam mana nak masuk jawi ni”

Hah?! Masuk jawi!!! Jantung aku berdegup kencang.

“Nak akak tolong bukakan ka?”

Aku baru nak menganggung tiba-tiba muncul doktor. Dengan sepantas halilintar terus aku melondehkan seluar aku. Nurse tersenyum.

Ciss.. dah tengok anu aku, senyum-senyum pula.

Dan selanjutnya, ialah sejarah. Aku dah jadi dewasa!!

Yeah!!

“Hebatlah adik ni. Tak nangis”

Aku tersengih sambil berfikir nurse tu cakap hebat lepas tengok anu aku. Ha ha ha


Nota kaki : Sesetengah kawasan di negeri Kedah memanggil bersunat atau berkhatan ialah masuk jawi.

13 ulasan:

Liza Barhan berkata...

kat gambar tu mne ko? haha..

Azie Nazri berkata...

wah, anda hebat!
langsung tak membantah?

saudara lelaki saya tendang doktor.
hmmm.

Jazli Safwan berkata...

Liza, mana ada aku dalm tu..tuh gambar anak kezen aku yang sunat.huhu..

azie,
nak membantah apa nya, dah akak tu cun..ngeh3..tapi malu jugak arr..berbogel kat situ.. seb baik baru umuq 8 thn..huhuuh

e-zul Iswhat berkata...

aku pernah try lari lepas kene sunat, coz bangga tak rasa pape,

lepas kesan bius abes, anda semua paham apa yang terjadi.

Jazli Safwan berkata...

aku main bola siap..
haha..
tapi dalam nintendo laa..
main game fifa 98..
hahaha

irma-ain ibrahim berkata...

rs nk mkn nsi knduri je lps bca entry kamu ni.
sy xde pglmn handle bnda cmni.
ada abg je pun. dia sunat sy xtau apa lgi time tu.
rugi la. klu x blh try spk ke apa ke. ;)

Jazli Safwan berkata...

ada lagi dua entri pasal khatan..
hehehee

hans berkata...

arghhh...
kecohlah hang....
aku tahu jer kena sunat...
xkisah pun....

cuma aku rasa macam nak bersunat banyak kali sebab lepas sunat jadi kaya

dapat mau dalam 300 lebih
enjoy jer

wakakakak

Jazli Safwan berkata...

kena kecoh arr..
pompuan mana ada experience camni.
keh keh keh..
bersunat masa kecik2..
depa nak rasa apa...

hans berkata...

ceit....
sah nurse tu mimpi hang lepas hang kena sunat
wakakkaka

mirasue berkata...

Aku tersengih sambil berfikir nurse tu cakap hebat lepas tengok anu aku.

wooo..otak kuturrrr..wakakakkaa..

Jazli Safwan berkata...

lepas kena potong aku dah rasa dah dewasa..
tu yg fikir camtu..hahaha

Aliya Azmi berkata...

Ish. Nak ke mana? Macam pengantin pula.

lepas tu, nurse kata hebat setelah melihat.............


HAHAHHAHAHAHAHAH. pedih perut aku baca entry ni!!!