Sabtu, November 29, 2008

Menjelang Kedewasaan Seorang Lelaki pt. ii (Versi yang Agak Gore) (18SG)

Seminggu. Selepas aku dewasa. Segala luka telah sembuh. Gembira. Melompat-lompat.

Khabarnya, Man jiran aku pula yang akan mendewasakan diri. Aku, penuh teruja bercerita perihal nurse comel.

Kembang kempis hidung Man menahan syahwat dek terangsang dengan retorik aku perihal nurse cantik. Tak sabar dia nak dewasa.

Hari yang dinantikan dah tiba. Man memang tak sabar. Senyum tersimpul-simpul. Agaknya dari semalam lagi dia tersenyum. Mungkin sambil tidur sambil tersenyum. Entah-entah semalam mimpinya pun bermimpikan nurse cantik melondehkan seluarnya. Cis. Lucah.

Aku pelik, kenapa Man tak perlu naik kereta macam aku.

"Mak aku kata, depa mai rumah. Aku masuk jawi kat rumah."

Hati aku dah lain macam degupannya. Tak lama kemudian, tiba seorang lelaki. Usia separuh abad. Wajah separa bengis bermisai lebat macam Sarjan Misai dalam drama polis Yusuf Haslam. Berbaju melayu hitam sambil menjinjing beg.

"Tok Mudim dah sampai dah!"

Man menggaru-garukan kepala. Mana doktor? Mana nurse cantik.

Kemudian Man disuruh berkain pelikat. Tok Mudim menyediakan kelengkapan. Di hadapannya sebatang batang pohon pisang.

Man menggaru-garukan kepala. Mana doktor? Mana nurse cantik.

Man dibogelkan. Duduk atas batang pisang. Ramai mata memerhatikan upacara pendewasaan Man.

Kemudian, dua lelaki memegang Man. Seorang memegang tangannya yang dikunci ke belakang. Macam polis menangkap pencuri. Seorang mendongakkan kepala Man ke atas.

Man berwajah cemas. Cuba meronta. Dan. Masih berharap nurse cantik memegangnya.

Tok Mudim memegang-megang anu man. Disapunya sejenis ubat berwarna kekuningan. Habis kuning anu Man. Kemudian, Tok Mudim mengeluarkan sejenis alatan dari buluh. Umpama penyepit.

Lebihan kulit pada anu Man yang hendak dipotong ditarik oleh Tok Mudim. Dengan berhati-hati dan mulut yang terkumat-kamit, Tok Mudim mengepit kulit tersebut. Man sedikit meronta. Orang dewasa yang memegang Man menyuruh dia berselawat.

Pisau yang bentuknya seperti sabit tetapi lebih kecil digenggam erat Tok Mudim. Mulut terkumat kamit. Sebelah kirinya memegang kulit anu Man yang disepit. Dan. Tangan kanannya dengan pantas mencantas kulit itu.

ARghgh!! Terdengar sedikit mengerang bunyi Man.

Dengan pantas, penyebpit dibuka. Darah mengalir deras. Namun diberhentikan dengan balutan kain berwarna hitam. Anu man dililit dengan kain hitam itu.

Maka, selesailah pendewasaan Man.

Dia dibaringkan. Aku, yang memerhatikan peristiwa itu, berasa pucat dan memegang celah kangkang sambil tidak membayangkan peristiwa pemotongan sebentar tadi.

Sambil berjalan terkepit-kepit, aku menghampiri Man. Man buat muka merajuk. Masam mencuka.

"Hang tipu. Takdak pun nurse cantik!"

Aku, tersenyum puas kerana aku dewasa di hadapan nurse cantik. Tapi, Man dewasa di hadapan penduduk kampung. Ha Ha Ha.

4 ulasan:

irma ibrahim berkata...

oo..ok..
anda bahaya. sian rakan kena tipu.
aa..lg la kemaruk nk mkn nsi kndri. :(

Aliya Azmi berkata...

hahaha, man merajuk KELAKAR!
comel la masa kecik2. LOL
ada lagi kesh pendewasaan kah? xD

Jazli Safwan berkata...

Irma,
kat sini banyak jer kenduri kendara. sampai dah tak tau nk ke mana.

Aliya,
nanti aku fikir ada lagi ke tak..

hans berkata...

haha...
best betui baca entry kali nih...
haha...
lucu..
lucu...
dan lucu...
basang..
hang ganti la Azlee senario...
muka pun ada iras2...
waakakkakaka