Selasa, Oktober 28, 2008

Deepavali di KL

Pesta cahaya itu, menghampakan aku dengan filem Max Payne yang tak seperti yang aku jangkakan.

Dengan sedikit kecewa dan penat, aku berjalan.

Menyusuri jalan Bukit Bintang. Sesak.

Budak-budak timbang bola. Pelancong-pelancong asing. Asap-asap tembakau wangi.

Kalau anda biasa melalui jalan Bukit Bintang, anda akan ditegur amoi-amoi.

“Massage!”, Amoi.

“Tak pa tak pa” aku.

“Boss, massage boss!” Amoi lain.

“Aaa.. sibuk,” aku.

Aku tau, di sebalik rumah urut untuk kaki tu, anda boleh urat ‘otot-otot’ lain yang sama.

Tiba-tiba terdengar suara jantan. Cina.

“ Bang, nak amoi bang?”

Sudah. Tadi amoi tanya nak massage ke tak. Sekarang jantan tanya aku nak amoi pula.

“Tak da duit laa” aku. Meneruskan perjalanan.

Masih tidak mengendahkan beberapa amoi lain yang memujuk-memujuk.

“Abang, massage ada. Perempuan pun ada,” minah Indon.

“Brader, perempuan mauu??” Lelaki Melayu.

Hooiii.. Sudah arr…

Aku tetap berjalan. Menuju ke perhentian bas utama negara sebenarnya. Jalan yang aku gunakan tu jalan yang biasa aku berjalan menggunakan kaki kedua belah ni. Dari perhentian bas utama negara ke Bukit Bintang.

Hati tenang bila dapat melepasi pujukan-pujukan durjana tadi.

Berhampiran Jalan Alor, seorang pemuda sedang berurusan dengan pemujuk-pemujuk tadi. Dilehernya tergantung kamera DSLR. Mungkin dia nak tangkap gambar amoi-amoi yang lelaki pemujuk tu tawarkan kut. Aku, masih bersangka baik.

Aku tetap berjalan. Menuju ke perhentian bas utama negara. Kelihatan seorang wanita lingkungan 30-an. Duduk di atas palang besi di parkir Jalan Alor.

Berpakaian serba hitam. Kemeja dan skirt pendek.

Aku pandang dia. Dia pandang aku.

Aku senyum kononnya berbudi bahasa. Dia senyum balik.

Dia pun bersuara.

“ Boss, mau servis?? Jom!!!” sambil mengangkat kening.

Berderau darah aku. Setan!!!!

12 ulasan:

Muhammad Teja berkata...

sapa setan jetli?? ish2.. negaraku~ tanah tumpahnya darahku~~~

Jazli Safwan berkata...

rasa2?
haha

teringat kisah masa form 3.. paad dan aku serta pondan taman lampu lampu hijua dekat rumah lama hang..
ngeri..haha

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHAHA

Pai Syahira Yahya berkata...

:) dugaan..kental iman yea.. aaminn

MiraSue berkata...

wahaha..
len kali jgn senyum bai~~
senyum dan diam tanda stuju..
ahax~

Tanpa Nama berkata...

jazli, sila update.

Encik Luzzi berkata...

itu nightmare.

Tanpa Nama berkata...

weyh, kat penang??
buatpa??
mai singgah umah!!

Jazli Safwan berkata...

kak pai, kental la juga utk iman yang senipis kulit bwang ni..

mira,
selalunya aku tak retisenyum, ari tu tersenyum plak..haha

azie,
lex arr..aku busy bercuti..

ezul,
kalau melayan, bukannya nightmare. tapi 'sweet dream'. hahaha

hans berkata...

haha..
berbudi bahasa taik ang
cakap nak ngurat kan senang
ceit

Jazli Safwan berkata...

nak mngorat apa nya..
muka pecah ja..
hahaha

Aliya Azmi berkata...

HAHAHHA! Jazli. entry ni gila kelakar!

unsur humour! LOL
akhirnya, tetap lagi iman dalam dugaan!

"Aku masih lagi bersangka baik" hehehe