Selasa, Oktober 14, 2008

Gunung Berapi Itu

Terasa seperti larva ingin meletus. Sudah empat penggal, saban penggal bila tiba saat pengakhiran, sebelum waktu untuk letusan ujian besar, terasa ledakan-ledakan larva yang cukup kuat.

Namun, itu cerita tiga penggal lepas. Penggal ini, larva aku mula meleleh. Bahang memang cukup terasa.

Dengan segala tugasan umpama dipikul sepasang bahu. Atau pun hanya beberapa bahu, sedangkan bahu-bahu yang lain hanya memikul sesuatu yang tidak mendatangkan bebanan. Mudah kata, bebanan itu tak seberapa.

Celaka. Dajal. Lahanat.

Berbakul makian. Tatkala hati digeletek iblis yang laknat.

Namun. Jiwa yang meronta perlukan belaian kelembutan. Mujur ada bidadari peneman. Namun, sang bidadari juga jiwanya bergelora. Juga larvanya ingin meletus. Dan. Aku yang perlu sejukkan kembali dengan mencari ketulan iceberg dan berharap larva sang bidadari sejuk. Walaupun sudah meletus gunung berapi itu sekali.

Sedang sang Iblis berbisik, jiwa aku berlawanan untuk menutup pintu agar bisikan itu tidak mencari ruang untuk menyelinap. Sememangnya tiada kuasa untuk berlawan dengan Yang Maha. Dan naluri manusia biasa, aku sentiasa memohon pertolongan dari DIA. Hanya DIA yang tahu. Rasa ini. Kekalutan ini.

Sungguh, jiwa kotor aku masih lagi ada ruang suci. Masih waras untuk mencari jalan keluar. Dan. Aku yakin, penyatuan sejak beberapa penggal yang lalu semakin hilang taring. Dek kerana mereka yang tidak mengerti maksud perubahan, anjakan, revolusi.

Sungguh, rasa kimia itu semakin menyimpang. Buat aku jadi melayang dan khayal dek pujukan kemalasan. Sehingga memberi ruang untuk kemalasan membina tamadunnya dalam jiwa kotor aku.

Semakin kotor. Semakin hari. Semakin semak.

Kata putus, aku ingin nafas baru penggal depan. Aku ingin dimensi baru. Aku ingin ruang baru untuk diterokai. Kerana, penggal yang bakal tiba perlukan kreativiti dan usaha yang lebih. Aku tak ingin lagi terperangkap dalam kekalutan lama yang dicipta kami sendiri. Aku ingin wajah baru. Itu saja.





4 ulasan:

Muhammad Teja berkata...

kuatkan semangat weh. balik hujung tahun ini kita jumpa.

Encik Luzzi berkata...

Group Conflict?.

It's a standard, semua orang akan hadapi perkara ni tak kira bila pun,terpulang pada setiap individu itu sendiri nak menentukan pengakhiran sesuatu konflik tu.

I hope you will found your new dimension next sem. videos weyh videos!

Tanpa Nama berkata...

semoga segala kemahuanmu termakbul... amin

Jazli Safwan berkata...

Syuk..hang balik ka??? bwk balik short movie ang..
hahaha..skali skrip baru..sem dpn gua kena wat video..

saneem.. perumpamaan dia macam ni lah, dulu atas puncak gunung..sekarang bergolek-golek jatuh..macam tu arr..
ahaha

June.. sem depan mati arr....assgment suma tensen2...