Selasa, Mac 31, 2009

Talentime


Sewaktu manusia sibuk memadam eletrik selama sejam, aku sibuk melayari gerak filem Yasmin Ahmad. Talentime.

Nak tulis panjang-panjang, malas!

Talentime, agak seiras sepet dan gubra. Tapi, lagi senang nak kunyah dan hadam. Humor, politikal, emosi dan spiritual bercampur dan bergaul dengan secukup rasa tanpa perlu ajinomoto yang lebih.

Cameo yang mengujakan. Ida Nerina gila MILF. Ha Ha Ha

Lembaga Penapisan Filem tiba-tiba jadi halusinasi. Mahesh yang macam Cesc Fabregas of Arsenal tu rilek jer angkat jari tengah. Ha Ha. Lagi satu, "Melur ni apayang ada? Bontot leper, tetek kecik".

Hah. Lutsinar sungguh. Perlu ditonton banyak kali ni. Filem terbaik Yasmin.

Aduii...bila dapat tengok muallaf ni???

Sabtu, Mac 28, 2009

Celahan

Beg duit kosong.

Akaun bank pun kosong.

Tapi, kehidupan perlukan duit dan wang. Nak gila aku dengan duit ni.

Aku terus menggeledah seluruh ruang bilik.

Di satu celahan di dalam beg duit. Terpancar cahaya kehijaun. Terlipat-lipat.

Ya! RM 5! Aku jumpa duit untuk minggu ni.

**********

Beberapa presentation berjaya ditamatkan. Hilang sikit beban. Nah, PSA yang dipersembah untuk presentation Event Management.


Selasa, Mac 17, 2009

Submarine Coklat

Submarine coklat tu, meluncur deras. Dari sebuah pelabuhan. Yang sempit lorong-lorongnya.

Terus menjunam ke dasar lubuk. Yang kuat tekanannya. Submarine coklat mula tenggelam perlahan-perlahan ke dasar lubuk.

Krew-krew submarine cukup berbeza kaumnya. Berbilang-bilang kaum. Sungguh!

Ada dari kaum daging. Sebahagian pula dari keturunan beras. Lagi separuh dari jenisan sayuran. Tak lupa kalau kulit kekuningan tu dari bangsa jagung.

Gembira mereka di dalam perut kapal. Menyanyi-nyanyi lagu The Beatles. Yang ditukar sebahagian prosanya.

We all live in a brown submarine,
brown submarine, brown submarine,
We all live a yellow submarine,
brown submarine, brown submarine.

***************

Satu susuk tubuh masuk ke dalam bilik kecil itu. Bilik termenung kata sesetengah orang.

Pintu ditutup. Dan. Rasa amarah tiba-tiba memuncak.

&*&^%$^&&&^###@#$%. Carut susuk tubuh itu.

"Cis, pengotor! Argh!"

Tangannya memegang satu objek plastik yang membunjur. Ditariknya sekuat hati.


***************

Submarine coklat yang tadi gempita dengan nyanyian, kini gegak gempita dengan jeritan.

Mereka semakin tenggelam ke dasar lubuk dan submarine coklat itu telah hancur.


****************

Susuk tubuh tadi memandang puas ke arah lubang jamban itu. Airnya kembali lutsinar dan tiada lagi objek kecoklatan yang bertakung.

"Cis! Aku benci orang yang tak flush toilet!!!!!"

Sabtu, Mac 14, 2009

Garis Mati

Aku benci. Semua garis-garis yang membunuh itu.

Kenapa perlu dihimpun berdekatan?

Aku bertanya pada burung berwarna purple itu.

Ahad, Mac 08, 2009

Unofficial Trailer

Merata-rata juga perbincangan Masscomm vs AD.

"Persaingan yang sihat," kata Datuk Mizan. Betul.

Ok. Mewakili Timun Prodcution, aku berjaya membawa teaser trailer ke alam maya.

Tak payah bayar rm3 untuk menontonnya. kah kah kah.


Sabtu, Mac 07, 2009

Main Rival

Kalau dalam EPL. Arsenal vs Totenham. Manchester United vs Manchester City. Liverpool vs. Everton.

Kalau dalam Serie A. AC Milan vs Inter Milan. Juventus vs Lazio.

Kalau dalam La Liga. Real vs Athletico.

Kalau dalam Lendu?



vs



Kah Kah Kah.

Provok jangan tak provok.

Kredit gambar: Curi di laman maya masing-masing.

Isnin, Februari 23, 2009

Butang


Aku bukanlah butang manual. Yang boleh ditekan-tekan.

Konsumer yang kurang sabar akan terus menekan-nekan butang manual jika tidak berfungsi.

Tapi.

Aku ialah butang automatik. Yang akan terus berfungsi selepas beberapa detik.

Dan. Tak perlu ditekan-tekan berulang. Titik.

Jumaat, Februari 20, 2009

Shooting














Berbakul-bakul aku memaki connection internet CC bawah blok.

Lembab!
Aku kencing lagi laju!

Yang ni sajalah yang mampu dinaikkan ke alam maya.

Oh. 3 hari bekerja di sana yang penuh keletihan, emosi dan pengalaman.

3 hari yang bukan untuk mereka yang masih belum berkenalan dengan kesusahan.

Jumaat, Januari 30, 2009

Lakon Layar

Di sekitar Pudu, lebih kurang seminggu lepas, Cak tiba-tiba telefon aku. Katanya, mak cik yang kami tawarkan untuk berlakon dalam short film menolak lamaran.


Gugup katanya. Tapi, aku masih berharap yang mak cik tu akan terima. Watak tu, kalau nak bagi dekat orang lain, aku rasa sesuai untuk Fauziah Nawi. Tak pun Maimon Mutalib. Ha Ha. Nak pakai dua orang ni, memang kering duit PT semua orang.

Langkawi di kala cuti memang membuahkan ilham buat aku. Mestilah. Di pantai petang-petang ramai amoi-amoi putih gebu berbikini. Tak kurang perempuan-perempuan Melayu. Tapi, amoi tetap terbaik di kala musim cuti Chinese New Year. Tapi, pokok pangkal pun, haram tak dak kaitan pun amoi-amoi gebu tu dengan jalan cerita filem kami ni.


Sepanjang minggu, aku membaca skrip Kami sambil meneliti setiap plot dalam DVD. Dah berapa kali dah aku selak buku tu. Tapi, skrip aku masih tak bertaip. Baru nak taip, ada ja mesej ajak makan sate la. Makan nasi tomato la. Lepas tu, baru ja nak taip teringat tentang proposal Comm Reseach. Aduh. Journal aku tak jumpa-jumpa lagi walaupun Puan Raihan cakap journal yang berkaitan topik aku berlambak-lambak.


Draf skrip yang ditulis tangan oleh Cak masih terlipat. Setia terselit di celah-celah diari percuma yang aku dapat. Dan, sekarang aku perlu padu untuk mengarang!

Rabu, Januari 28, 2009

Kreatif


Nak beli, kenalah tunggu pintunya dibuka dulu ya. Ha Ha Ha


Uih, tak perlu simpan dalam peti ais dah. Ha Ha Ha



Kaki porn mesti suka produk ni. Ha Ha Ha


Sanggup pakaikan pada anak anda?

Ahad, Januari 25, 2009

Barrack Husein Obama

Baca sejarah dia memang lah teruja. Kalau ada rajin membaca buku-buku perihal mamat ni, memang ada menyokong dia menjadi presiden negara tu.

Tapi, orang ni kah yang boleh diharap untuk membantu Palestin?



Gambar diceduk dari web Yahudi.

Rabu, Januari 14, 2009

Gua Minum Arak

Bukit Bintang. Hujung minggu, memang sendat, padat dan ketat.

Budak-budak sekolah, remaja Indie, pelancong-pelancong, pakcik silverman kerdil, amoi-amoi pelacur.

Aku dan Mak Jan duduk makan di kedai kek yang merahsiakan resipi. Sebentar lagi kami akan ke Ampang untuk pulang ke Melaka dengan John Lewis.

Di atas meja, kek coklat. Sebotol air minuman kaca, berwarna hijau.

Macam botol air setan. Dari jauh.

Kemudian, Mak Jan pergi membayar harga makanan. Aku mencapai botol minuman hijau.

Teguk. Teguk. Teguk. Epal.

Satu keluarga, melintasi kedai kek itu. Si bapa memandang aku. Mengeleng-geleng kepala. Memberitahu anak-anaknya.

“Tengok arr, budak-budak Melayu sekarang dah tak malu minum arak depan orang ramai”

Cis! Pak cik, tu bukan arak.

Tu sparkling lah! Ha Ha.

Jumaat, Januari 09, 2009

Palestin, Kami Di Belakang Mu



Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053

Selasa, Januari 06, 2009

Flea Market

Flea market, selain di lorong di Petaling Street, ada juga di Amcorp Mall. Sudah lama wujud, tapi baru sampai ke pengetahuan aku hujung tahun lepas.

Flea market ialah pasar yang menjual barangan antik atau barang-barang lama atau yang pelik-pelik dan rare. Kalau anda penggemar kepada senarai barangan tersebut, mestilah ke flea market hala tuju anda.

Hujung minggu di tahun baru masihi, selepas hati kecewa dengan kekalahan Sumbangsih, aku pagi-pagi lagi sampai di Stesen Lrt Taman Jaya.


Front page Iron Maiden - A Real Live One. Album live ini merupakan official release dari Iron Maiden yang direkod ketika Tour Iron Maiden untuk promosi Fear Of The Dark sekitar tahun 1992-1993.

Rupanya, aku tiba agak awal. Hanya 2-3 gerai di dalam Mall yang sedang dibuka. Perut tiba-tiba mendendangkan lagu dan irama. Belum bersarapan.

Roti bakar dan teh tarik. Gerai-gerai mula dibuka. Ini adalah pertama kali aku ke Flea Market di Amcorp Mall ni.

Aku berhenti di booth seorang Singh. Bila mata aku terpandang susunan buku-buku lama di atas meja. Aku belek-belek. Wow! Ada novel Shahnon Ahmad, S. Othman Kelantan, puisi-puisi Uthman Awang, kitab-kitab bahasa keluaran DBP, karya sastera Indonesia dan paling mengujakan aku, buku Hikayat Hang Tuah terbitan 1952 dan bertulis jawi.

Hampir 10 minit juga aku tercegat di hadapan gerai Uncle Singh tu. Sambil membelek-belek buku-buku lama tersebut. Uncle tu juga ada jual barang-barang antik. Tapi, buku-buku klasik tu tetap jadi tumpuan aku.

Tanpa membeli apa-apa, aku bergerak ke gerai-gerai lain. Kebanyakan gerai menjual vinyl atau rekod piring-piring hitam dan alatan audio. Aku sebenarnya cukup berminta dengan vinyl-vinyl ni. Sebab rare dan aku suka kualiti bunyinya. Kalau lah berduit, memang aku dan borong dah vinyl-vinyl ni.



Harga piring hitam bagi artis-artis yang kurang ternama agak murah. Sampaikan boleh dapat 3 keping vinyl dengan harga RM 10. Tapi, vinyl yang rare memang mahal. Antara yang buat aku teruja ialah vinyl Black Sabbath dan Megadeth. Meleleh air liur aku tengok. Lepas tu, koleksi The Beatles dan Sudirman. Ishh, hati aku memang memberonta menyuruh aku membeli.

Di satu gerai vinyl, seorang apek tiba-tiba mengambil vinyl Black Sabbath – Paranoid. Diletaknya pada turntable. Dan, vinyl itu diputar. Telinga aku terus menangkap lag yang diputar.

“*&^%$%^^!, sedap gila sound!!!” aku mencarut di dalam hati. Memang, banyak sungguh piring hitam yang menangkap kalbu aku. Tapi, kalau aku beli, aku nak pasang kat mana pula?? Turntable pun tak ada.

Sambil tu, aku juga berfikir, kalau aku beli, lepas tu jual di e-bay, untung juga. He he. Mungkin, suatu hari nanti hajat tu tercapai.

Selepas hampir 2 jam aku berpusing dalam mall tu, aku turun balik ke tingkat bawah dan kembali ke gerai Uncle Singh tadi. Bertanya harga buku-buku klasiknya.

Dengan kewangan yang terhad, aku hanya membeli novel Perdana – Shahnon Ahmad, keluaran 1976. Tapi, hati aku memang nak Hikayat Hang Tuah versi Jawi tu, tapi harga yang diletakkan oleh Uncle tu tak mencukupi duit dalam dompet walaupun aku rasa harga tu dah berpatutan.

Novel Shahnon Ahmad yang kuat tema Nasionalisme.


Duit aku jadi tak cukup sebab sebelum itu aku sudah membelis Cd Iron Maiden. Memandangkan tak mampu nak beli vinyl, kalau beli pun jadi perhiasan ja, baik aku beli CD. CD yang dibeli aku ialah Iron Maiden- A Real Live One. Yang ni pun agak rare. Cd keluaran 1993.

Nanti, aku nak bawak duit lebih sikit, lepas tu aku angkat arrr vinyl dan beberapa CD rare yang aku harap orang lain tak membelinya.

Sabtu, Disember 27, 2008

Tahun Baru

Balik bila?

27 pagi. Kan 28 daftar? 27 sampai KL. 28 pagi-pagi gerak arr..

ouhh.. Isnin ni pergi kelas tak?

Lar, kan Isnin ni cuti.

Cuti? Cuti apa pula?

Cuti New Year la.

Ehh.. Cuti New Year 29 haribulan? Kau ni betul ke tak?

Betul. Aku tak tipu hang.

Habis 1 Januari tak cuti?

29 haribulan kan Maal Hijrah. New Year la tu.

Ohh..

Khamis, Disember 25, 2008

Gila!

BUTTERWORTH: Police have detained two suspects for raping a year-old toddler.
NST

Nafsu. Tak waras. Syahwat. Syaitan Nirrajiim.

Binatang lagi elok perangai dari 2 manusia ni. Malu aku menjadi seorang manusia bila ada manusia yang bernafsu iblis.

Khamis, Disember 18, 2008

Result?


I don't care!

Jerit aku!

Bila Lagi Awak Nak Berdakwah?



Kawan-kawan, dalam berhibur, belajar dan apa-apa pun, janganlah lupa pada Yang Maha.

Ini blogger yang kurang kenal dengan Islam.

http://pedestrianinfidel.blogspot.com/ dan http://surind.blogspot.com.

Sama-samalah berdakwah. Berbicara dengan mereka, dan yang penting, jangan terlalu beremosi.

Semoga Yang Maha beri petunjuk.