Isnin, Januari 24, 2011

Kecintaan

Tuhan dan cinta ialah dua perkara yang berkongsi satu persamaan - mysterious. Kedua-duanya sungguh misteri.

Kita yang mempercayai Tuhan dan cinta merasai kewujudannya, tapi tidak dapat melihat susuk fizikalnya.

Namun, jika keduanya bersatu, wujud satu perasaan yang luar biasa, di tahap dan hierarki tertinggi, sehingga kadangnya akal normal tidak bisa menerimanya. Sebab itu, ada yang membaca puisi sufi, tanpa rasa cinta yang utuh, merasakan bait itu sesat.

Kecintaan pada insan, boleh saja dikecewakan. Namun, dengan darjah kepercayaan yang tinggi ke atas cinta Tuhan dan kuasaNya, cinta insan itu akan mekar. Dengan izinNya.


2 ulasan:

irma-ain ibrahim berkata...

setuju sangat sangat!

Jazli Safwan berkata...

Bila kita berasa duka,
dengan cinta kepada Al-Haqq,
Kita berasa cukup dekat dengan DIA. Kerana, kita sentiasa berbicara dan berbisik denganNYA. tapi, kita akan terlupa bila kita senang. Manusia. sebegitu lah