Selasa, Januari 18, 2011

Khurafat - Kadang-Kadang Macam Sembilu

Sungguh. Aku skeptikal pada awal-awal trailer filem ni keluar di tivi. Dengan hantu Ju-On / Ringu dan dengan bacaan yaasin.

Dalam otak aku, mesti cerita rasuk-rasuk ala The Exorcist. Tipikal filem seram Melayu dekad ini lah. Tapi, aku silap. Sumpah aku silap.

Sebab, filem ini memang memberi ketakutan dan kejutan yang luar biasa. Penonton kadang-kadang  tertipu dengan kemunculan hantu dan hantu-hantu itu muncul sewaktu kita saspen sungguh dan terjangka sudut mana ia akan muncul. Aku terlompat ke belakang sewaktu hantu muncul mengejutkan Liyana Jasmay dalam kereta. Fuh. Ini satu ketakutan yang sangat memeranjatkan. Walaupun ada babak exorcist pada awal cerita, dan ia dibikin dengan baik sekali. Dari pergerakan kamera, sudut tangkapan, dan bagaimana Imam itu mengeluarka hantu. Syamsul bijak tidak menggunakan mantera-mantera yang sering digunakan oleh Ahmad Idham dalam filem-filem seramnya. 

Syamsul bijak menvisualkan kemunculan hantu, dan dari mana ia datang. Dan suasana suspen dalam filem ini juga tidak memerlukan muzik ala-ala suspen. Babak di dalam bilik mayat, bila lampu terpadam memang memberi debaran dan resah gelisah buat para penonton panggung dan semestinya babak di hutan sewaktu Syamsul sedang mendukung mayat.



Tapi, untuk menonton filem terbitan Skop Production, anda perlulah menerima dialog yang dilontarkan seadanya. Kerana, antara Khurafat dan Sembilu, tiada beza pada dialognya. Maksud aku, dialog dilontar secara terus, tersurat tanpa tersirat dan kadang-kadang kering. Kadang-kadang hang akan rasa tak perlulah dia nak cakap benda tu. Sebagai contoh, pengulangan dialog untuk minta Syamsul bersabar, ada hikmah, bla bla bla. Tipikal dan tipikal!

Aku tak rasa filem ini terlalu bagus. Tapi yang membuatnya sedikit bagus ialah bagaimana Syamsul memahami untuk membikin filem seram, yang dapat menakutkan penonton. Walaupun ada sedikit unsur dakwah, yang seperti filem-filem Melayu lain, disampaikan secara terus, dan kurang memberi kesan dan rasa pada dakwah itu. Ok. Aku rasa, baik Syamsul Yusof bikin filem seram saja dari duk buang duit bapa dia buat cerita rempit, kereta besar, gaduh sebab awek.

5 ulasan:

hans berkata...

Hahahahaha! Sokong apa hang cakap! Suruh dia buat filem seram jer lah...
filem2 drift dia tu aku langsung xmampu tgok sampai habis...
hahaha

terlompat kebelakang?
scene liyana jasmay dalam kereta yang mana ek?
aku dah xingat

chuckPalakian berkata...

ok aku suka cita ni walaupon bapak dia yusof haslam..

bnyak kejutan2...
ending menarik...

cuma hospital tu slalu jimat letrik sgt....nurse pon jrg lalu lalang

Tanpa Nama berkata...

Sangat posting baik..

Rina Rossoneri berkata...

hehehe setuju bab suh dia bikin filem seram je..

softbullet berkata...

Paling menarik cerita ni,
Susunan cerita yang diluar jangkaan.Syamsul pandai twist dan ending sangat2 berpuas hati.Mungkin tak terlintas pon Syamsul yang melakukan khurafat.and yang berjalan akhir tu hanya roh dia.Cool Final Ending Bbbbeeeeeeeeeeeeebbb! caya!