Khamis, April 29, 2010

Reviu : Shutter Island (2010) dan Law Abiding Citizen (2009)

Shutter Island (2010)



Filem ini memberikan satu pengalam sinema yang buat aku melekat di kerusi, dan minda aku bergerak dengan pantas untuk menyusun teka-tekinya. Bersifat jigsaw puzzle, yang perlahan-lahan disusun oleh garisan cerita yang cukup mencengkam.

Pedulikan hal politik yang diserap secara halus dalam dialog dan pembawakan ceritanya, filem suspen ini ibarat sebuah filem seram bagi aku. Pembawaan ceritanya seperti filem seram zaman dahulu. Dengan runut bunyi yang kena pada masa dan stail pergerakan ceritanya. Sememangnya pengarah cerita ini menjadikan filem-filem seram lama sebagai rujukan utama.

Aku kurang menyenangi lakonan Leonardo Di Caprio sebelum ini, tetapi, lakonannya dalam filem ini sebenarnya cuba memberitahu aku bahawa dia boleh melakukan sesuatu. Dan, aku menyukainya. Teknik cerita dalam cerita dalam cerita dalam Shutter Island ini telah menhidupkan kesaspenan dan kepelikan. Tapi, paparan masa lampau, mimpi pelik (yang absurd bagi aku pada sesetengah bahagian) dan halusinasi Leonardo menjadi klu utama yang membuat penonton semakin tertanya-tanya walaupun bagi sesetengah penonton, cerita ini bergerak perlahan.

Oh. Filem yang entah bila pembikin filem tanah air dapat menghasilkan idea dan jalan cerita yang sebegini rupa. 8/10.

p/s : Masalah biasa dengan penonton kita, bersembang dengan kawan-kawan di sebelah sambil cuba buat huraian mengenai apa yang terpapar di skrin.

Law Abiding Citizen (2009)







Tema besar filem Law Abiding Citizen ialah balas dendam dan karma. Apa yang kau buat akan dapat balasan balik. Tapi dalam masa yang sama, filem ini bermain dengan keputusan dan kesalahan dalam membuat keputusan, kasih sayang bapa dan paling penting, undang-undang bukanlah sesuatu yang dapat membahagiakan kerana undang-undang merupakan catatan bertulis yang komplikated yang pada dasarnya rakyat biasa sebenarnya tidak memahami dengan betul, dan undang-undang sebenarnya boleh dimanipulasi di mahkamah.

Nick (Jamie Foxx) peguam yang mempunyai karakter normal seorang peguam berjaya, ego menerima pembalasan dendam atas keputusannya tidak menghukum dua penjenayah yang membnuh keluarga Clayde (Gerard Butler). Clayde, super genius (rujuk Michael Scofield dalam Prison Break) yang merancang dengan penuh teliti. Bagi Clayde, Nick yang menjadi peguam belanya patut menerima penderitaan yang dialaminya.

Selepas 10 tahun, segala rancangan Clayde dilaksanakan. Nick pada hemat Clayde telah melakukan kejahatan dengan menggunakan undang-undang sebagai alat manipulasi. Clayde cuba mencipta karma kepada Nick dengan segala pembunuhan orang sekeliling Nick yang telah membuatkan Nick mengalami tekanan dan egonya semakin tercabar.

Kekuatan cerita ini ialah apabila pada mulanya, penonton mempunyai rasa empathy kepada Clayde dan menjadikan Nick Antagonis dan perlu menerima padahnya. Tapi, semakin plot berkembang, keadaannya berubah.

Aku menyukai babak di mana Nick menyaksikan hukuman mati yang dijatuhkan pada salah seorang penjenayah, yang Nick buktikan bahawa dia yang membunuh keluarga Clayde (padahal dia hanya kawan kepada pembunuh dan hanya melihat), dan diselangi dengan persembahan muzik anaknya, yang sepatutnya sebagai seorang bapa dia menonton persembahan itu. Di situlah babak yang bakal menceritakan keseluruhan cerita mengenai keputusan yang salah dibuat. Nick membuat keputusan yang salah dengan menghukum bunuh orang yang salah dan tidak pergi menonton persembahan anaknya yang sebelum ini hanya sekali sahaja dia pergi.

Pengakhiran cerita, Clayde yang pada awalnya merasakan dia membuat keputusan yang betul, iaitu menghantar penderitaan atas sebab kehilangan orang yang tersayang, dia juga melakukan kesilapan dalam membuat keputusan, menekan bom tersebut. Pada dasarnya, dengan penuh ego Nick sebenarnya menang, tetapi, bukan satu kemenangan yang jantan. Jelas apabila sudut kamera sewaktu Nick meninggalkan penjara yang sedang meletup itu ialah dari sudut sisi. Walaupun Nick berjalan megah (ego), tetapi sudut kamera dari sisi member maksud yang itu bukanlah kemenangan yang cukup mutlak.

Gerard Butler, lakonannya agak sederhana, tapi dalam menyampaikan rasa derita dan dendamnya, lebih baik dari Mark Wahlberg dalam filem Max Payne. 7.8/10





2 ulasan:

chuckPalakian berkata...

2 2 ni filem kegemaran aku...
bleh hg bg 8 ja...ish3

Jazli Safwan berkata...

tinggi aarrr ttuu