Ahad, April 25, 2010

The Losers (2010) - Aksi Yang Lemah Tapi Terselamat dengan Lakonan Yang Jitu

Saat orang sedang sibuk menelaah, aku dihasut untuk menonton filem saduran komik dari Hollywood ini. Bulan ini, dua buah filem saduran komik menerjah panggung negara dengan Kick Ass dan The Losers. Aku belum menonton Kick Ass walaupun terdapat banyak feedback yang cukup positif dari mereka yang sudah menontonnya.

Aku terbaca beberapa reviu dari pengkriti barat mengenai ke'biasa'an filem ini. Ya, formula filem ini cukup biasa bagi sebuah filem aksi Hollywood. Dengan gaya lama seperti letupan dan senjata, pengganas yang ingin binasakan dunia, perempuan yang jadi side kick dan pembelotan serta hero-hero yang cool dan tak akan mati.

Abaikan sema itu. Kerana ia dari sebuah komik. Aku sebenarnya menyukai gaya pembawaan filem ini. Walaupun terdapat ke'klise'an di merata-rata tempat, tapi filem ini bergerak bagi sebuah komik yang penuh dengan aksi kartun ala Looney Tunes dengan humor yang tak kena pada tempat, tapi jadi cukup serasi denga plot cerita.

Kekuatan filem ini ialah pembawaan watak dan keakraban watak-watak dalam filem ini. Penonton dibawa untuk merasai betapa dekat diri mereka dengan watak. Lihat, bagaimana bijaknya Hollywood mencipta pemahaman penonton terhadap watak dalam filem tanpa perlu menggunakan dialog-dialog yang merepek dan penerangan-penerangan straight to the point macam cerita-cerita aksi tempatan (rujuk Evolusi KL Drift 2).

Sepuluh minit pertama cerita ini sedikit menggusarka aku apabila teknik kamera dan cinematografinya hampir menyamai kekalutan kamera dalam siri Bourne (maksud aku kamera yang shake yang kononnya mahu mewujudkan rasa keadaan sebenar). Namun, pergerakan cerita kemudian menjadi menarik dan kamera semakin kurang goyangannya.

Filem ini masih menyentuh hal politik dan mengutuk apa yang Amerika lakukan. Plot cerita ibarat sebuah komik dan lemah, tetapi penilitian dalam lakonan para pelakon sememangnya menyelamatkan filem ini. Aku syak, memang akan ada sekuel. Ok, 6.8/10 untuk hiburan yang disajikan.

p/s : Shot-shot cerita ini aku suka dan Cougar, si sharpshooter memang mengujakan dan sungguh cool habis. ha ha

1 ulasan:

Encik Luzzi berkata...

tolong tonton KickAss.

berbaloi baloi.