Selasa, Februari 09, 2010

Revolusi Yang Tak Pasti

Mereka, kononnya berada dalam kelompok paling bagus. Paling berpengaruh. Paling terkenal.

Bersaing dengan beberapa kelompok lagi. Yang tak kurang bagusnya.

Mereka ada ketua. Ketua yang berjiwa tinggi. Yang mencanang sana-sini akan kehebatannya.

Tapi. Sebenarnya mencanang kebodohan diri sendiri.

Kami lagi lama di sini. Kamu orang baru. Apa yang kamu tahu? Itu katanya. Kepada kami yang dari bumi Hang Tuah.

Sombong. Bongkak. Dan. Dungu.

Kita perlu gamatkan kelompok kita! Jerit dia kononnya bersemangat.

Kelompok lain keluar dari kepompong. Bebas berfikiran kreatif. Dan, kelompok yang kononnya hebat, dengan ketua yang berasa dirinya hebat, ingin mengikut jejak langkah.

'Ayuh, kita ke pantai!'

Ini lah permulaan revolusi kita. Pidato sang ketua. Di pantai macam-macam boleh dilakukan.

Tapi. Sang ketua terlupa. Alpa mungkin. Nak berevolusi perlukan perancangan. Bukan buta tuli mengikut perihal orang lain.

Sang ketua terlupa, yang organisasinya pun semacam kucar-kacir. Sebab sang ketua sebenarnya memelihara sejenis makhluk yang memakan dirinya sendiri. Yang menggulai dan memasaklemakan akal dan pemikirannya sendiri. Makhluk yang bernama ego dan nafsu terus merajai dirinya.

Dan. Datang si minoriti. Dari mewakili pengikut baru. Yang sebenarnya punya pengalaman dan idea yang jitu. Memberitahu perancangan yang nampak remeh. Tapi bersulam kegeniusan dan mungkin tunjang revolusi.

"Kami nak jual buah. Dan hasilnya kami nak derma."

Berderai ketawa. Memperlekeh usaha kecil untuk berevolusi.

Masa. Bakal tiba. Dan. Mereka bakal buktikan.

Buah. Buah. Buah. Buah. Bom. Bom. Bom. Bom.


4 ulasan:

hans berkata...

hahahhaaha
entry skrg selalu merujuk kepada manusia yang baru setahun setengah di uitm...
I like

Jazli Safwan berkata...

biasala.
kononnya depa tu mahasiswa. keh keh

e-zul Iswhat berkata...

mari kita tunjuk.!

hans berkata...

hahahahaha