Sabtu, Februari 20, 2010

Mes parents stupides

Bu. Kau tau tak? Aku sayang kau.

Pa. Kau tau tak? Aku juga sayang kau.

Bu. Aku tau. Kau penat mengandungkan aku.

Pa. Aku tau. Kau mesti resah fikirkan aku yang berada dalam kandungan bu.

Bu. Pa.

Dulu aku sayang akan kamu berdua.

Bu. Pa.

Sekarang, aku rasa kau berdua macam palat.

Bu. Kau babi.

Pa. Kau anjing.

Berdosakah aku? Malim Kundang? Tanggang?

Pa. Kau tahu lepaskan apa yang kau nak. Dan. Kau kemudian jadi dayus bila aku terbentuk dalam rahim bu.

Bu. Kau dah penat kandungkan aku. Heret sana sini. Tapi. Kau meroyan.

Bu. Pa.

Aku sakit. Aku sakit kena bakar. Aku sakit. Badan aku putus dua. Aku sakit, apabila kau berdua buang aku macam kambing panggang busuk dalam tong sampah.

Lahanat! Aku benci!

KUALA KRAI: Menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru lahir bukan saja dibuang ke dalam tong sampah, malah mayatnya dibakar sehingga melecur seluruh tubuh. H.Metro

http://www.hmetro.com.my/articles/Bakarbayidalamtongsampah/Article/

3 ulasan:

hans berkata...

ya Allah
kejamnya manusia binatang itu

Helenaara berkata...

Hish... kejam betul..susah je pregnant takda rase sayang ke time nak buang tu.. Anak itu anugerah ilahi kalau tak mampu nak jaga bagi kat yang mampu. Bayi itu ade hak nak hidup tau.

sol-dadu berkata...

Jemput datang ke Bisik's. mahu tahu lebih lanjut, layari sol-dadu.blogspot.com :-)