Isnin, Februari 15, 2010

Kancil Tu Tak Lah Bijak Sangat

Kancil tu tak lah bijak sangat.

Sebab. Hari ini dah jadi lauk aku.

Sebelum dimasak. Memang macam seekor kucing yang kena sembelih.
Tapi lepas masak. Pheew!

Tekstur dagingnya empuk dan ibarat daging kambing. Bila mencecah lidah, air liur merembes dan deria rasa lidah mula bertindak balas.

Pengalaman memakannya cukup mengujaka. Baunya ada seperti bau daging unta.
Kulitnya liat-liat rapuh. Boleh dibuat sup.

Asyik dan menyelerakan. Sungguh!

Tapi. Jangan makan selalu. Sebab spesis ni dah nak pupus. Yang banyak sekarang di jalan raya. Perodua Kancil.

12 ulasan:

hans berkata...

hang pi sembelih ostrich la plak

Jazli Safwan berkata...

ang p ar cari kat aku sekoq dua.

irma-ain ibrahim berkata...

dengar cerita daging dia memang manis.
tapi tak pernah makan pun. kambing pun tak pernah.

Jazli Safwan berkata...

agak manis.
buat sate sedap!

Hazrul Adzfar berkata...

aku cadang, apabila hang makan haiwan perlindungan yang membawa hukuman penjara jika ditangkap, tak payahla cerita dalam blog

kalau masuk penjara, jangan kata aku pula repot hahaha

Jazli Safwan berkata...

Ada ja orang sembang kat forum2 pasal cara nak memburu pelanduk. Ha Ha

Hazrul Adzfar berkata...

itu pelanduk bai! memang la banyak lagi.. rusa tak nak cita? kancil haiwan yang dilindungi.. aiyo

Jazli Safwan berkata...

pelanduk dan kancil dan napuh tu sama. Tapi ada la sikit beza. Tapi sekali tengok tetap sama. Yang kecil macam kucing tu. Pelanduk atau kancil binatang yang sama, tapi napuh lain sikit. ada perbezaan kat bulu dia sikit. tapi fizikal sama ja. muka pun sama. haha. dan yang ni memang terancam.

Rusa dan kijang yang besar tu. Yang orang bela. rusa dan kijang yang belambak-lambak kat malaysia.

Hazrul Adzfar berkata...

haha aku da agak ang pun da keliru sikit2 dengan nama 'kancil' dan 'pelanduk' tu, sama macam orang KL keliru mana satu 'mengkarung' mana satu 'kokka'

pelanduk, lain dari kancil, kalau ang tengok wikipeida indon memang la dia letak sama, dalam bahasa kita pelanduk lain, even dalam klasifikasi jabatan hutan yang aku belajaq waktu nk p kuiz alam sekitar dulu pun lain

tengok nama saintifik pelanduk dan kancil dalam wikipedia melayu

Hazrul Adzfar berkata...

btw the point is kat sini, kalau orang jual dadah dalam forum tu tak semestinya legal haha

Jazli Safwan berkata...

aku bukan ikut wiki ka apa.
aku ikut kata orang-orang tua yang duk memburu menatang ni.

P jahanam ar saintifik ka apa. P jahanam ar perhilitan ka apa.

Yes, memang tu illegal.. Maksud aku, kalau depa ni betoi2 proaktif, p la tangkap orang2 dok bincang pasai pelanduk ka apa.

Awat tak mau buat macam orang duk kutuk raja ka apa. update status teruih kena tangkap

pete berkata...

kau makan benda pelik.