Jumaat, Januari 30, 2009

Lakon Layar

Di sekitar Pudu, lebih kurang seminggu lepas, Cak tiba-tiba telefon aku. Katanya, mak cik yang kami tawarkan untuk berlakon dalam short film menolak lamaran.


Gugup katanya. Tapi, aku masih berharap yang mak cik tu akan terima. Watak tu, kalau nak bagi dekat orang lain, aku rasa sesuai untuk Fauziah Nawi. Tak pun Maimon Mutalib. Ha Ha. Nak pakai dua orang ni, memang kering duit PT semua orang.

Langkawi di kala cuti memang membuahkan ilham buat aku. Mestilah. Di pantai petang-petang ramai amoi-amoi putih gebu berbikini. Tak kurang perempuan-perempuan Melayu. Tapi, amoi tetap terbaik di kala musim cuti Chinese New Year. Tapi, pokok pangkal pun, haram tak dak kaitan pun amoi-amoi gebu tu dengan jalan cerita filem kami ni.


Sepanjang minggu, aku membaca skrip Kami sambil meneliti setiap plot dalam DVD. Dah berapa kali dah aku selak buku tu. Tapi, skrip aku masih tak bertaip. Baru nak taip, ada ja mesej ajak makan sate la. Makan nasi tomato la. Lepas tu, baru ja nak taip teringat tentang proposal Comm Reseach. Aduh. Journal aku tak jumpa-jumpa lagi walaupun Puan Raihan cakap journal yang berkaitan topik aku berlambak-lambak.


Draf skrip yang ditulis tangan oleh Cak masih terlipat. Setia terselit di celah-celah diari percuma yang aku dapat. Dan, sekarang aku perlu padu untuk mengarang!

9 ulasan:

John Micheal Takie Lewis berkata...

basang!
comm research bila due date

aku setuju kita amik maimoon talib!
agagagga

Tanpa Nama berkata...

wahh bikin filem ka?
hebat hebat!

hg jadi penulis skrip ka?
sangat susah kan tanggungjwab tu?
jadi penulis skrip untuk 30min drama pun dah sampai nak demam. HAHA

anyways, good luck!

Jazli Safwan berkata...

taki,
dua minggu lepas cuti. puan raihan emel aku, bgtau jum ni klas xdak.hahaha

'Azie,
Aku director arr.

Encik Luzzi berkata...

so genre pe yg dipertaruhkan utk short ni?

Jazli Safwan berkata...

genre charlie chaplin versi serius..haha

hans berkata...

hahaha
aku pun sokong hang amik maimon mutalib

Tanpa Nama berkata...

ehem..Assalamualaikum. aku terharu td nampak gambar skrip dipertontonkan pada semua. hehehe berbunga hati aku tgk hasil tulisan tangan AKU!! terima kasih Cak.

padin berkata...

maimon talib sgt hot oke?

Tanpa Nama berkata...

wah, lagilah hebat.
tuan director rupanya!

anyway, Happy Birthday!
Semoga panjang umur, murah rezki.
amin.