Khamis, September 04, 2008

Siri Kenangan Di SMSTSP : Puasa dan Daging Merah

Bulan puasa di SMSTSP muncul pada tahun-tahun akhir aku di sana. Bulan puasa di SMSTSP banyak catatannya. Form 4, Form 5. Banyak catatannya.

Hari tu, macam selalu. Ahli pertubuhan remaja-remaja riang yang masih beradab, Bundle Generation (BG) keluar membeli juadah berbuka.

Biasanya, suasana petang di hadapan sekolah meriah dengan deretan gerai-gerai makanan.
Berduyun-duyun. Bergombolan. Berpasangan.

Warga SMSTSP, ILP dan Maktab Perguruan membeli juadah.

Tapi, hari tu Muhammad Adli Farris bin Rabaa’I dan Rammesh Pilley a/l Rajagopal (yang juga puasa tapi tak niat dan tak sah, haha) terasa ingin menukar selera.

“Wey, beli kat Embun Dingin aaahh”. Adli.

Embun Dingin ialah restoran yang khabarnya pernah masuk dalam rancangan Tivi Tiga.

“Tu aah.. Tak menarik aarr kat tempat lain” Rammesh.

Badrul Iman Abidin juga ingin masuk campur dengan mengangguk. Tak salah aku, Muzaqqhir juga terlibat ketika scenario ini berlangsung.

Aku, hanya ikut. Janji kenyang.

“Makcik, daging masak merah berapa aaa?” Adli, Tanya makcik Embun DIngin. Harga.

“Makcik buat yang 3-4 orang bulih makan. Kira bayaq RM11.40”

Masing-masing berbincang. Berfikir. Bertanya. Dan, setuju.

RM11.40 akan dibayar oleh Muhammad Adli Farris, Ramesh Pilley, Badrul Iman dan aku. Aku terlupa Sabri terlibat atau tak (?)

Menunggu. 20 minit, siap!

Dapat bungkusan, semua memandang sesama sendiri. Masak daging merah yang dipesan, tapi warnanya kelabu. Okey, masih diterima.

Dapat bungkusan, semua memandang sesama sendiri. Masak daging merah yang dipesan untuk 4 orang makan, tapi macam untuk seorang jer?

Rammesh dengan semangat juang bertanya, “Betui ka ni untuk 4 orang?”

Makcik Embun Dingin dengan tanpa rasa bersalah mengangguk.

Dengan berat hati, 4 orang jejaka maskulin tu membayar RM11.40.

Titik. Titik. Titik. Titik. Titik. Titik. Titik.

Makanan dan juadah sudah tersedia. Nasi, lauk pauk Dining sudah diambil.

Dengan penuh teruja, Adli dan Rammesh membuka ikatan dengan penuh kasih sayang.

Dan, daging masak merah yang warna kelabu dibahagi-bahagi.

Meja panjang tu penuh dengan ahli BG dan kroni jemputan. Pada awal tadi empat jejaka maskulin tu berbangga kerana mereka bakal menjamah juadah mahal yang semesting sedap kerana dibeli di restoran yang pernah masu rancangan Tivi Tiga.

Sehelai. Dua helai. Tiga helai. Ehh. Dah habis??

Juadah berbuka yang mahal, dibeli di restoran yang masuk Rancangan Tivi Tiga, iaitu daging masak merah berwarna kelabu yang dimasak untuk 4 orang hanya mengandungi lebih kurang 12 hirisan daging. Atau bahasa BG, seorang dapat lebih kurang 3 helai daging.
Maka, terdengar ketawa-ketawa sinis mereka yang tak dapat merasa masakan yang mahal itu. Ciis!!

Sememangnya bulan puasa mengajar erti sabar. Begitulah puasa di SMSTSP. Dan. Cerita daging seorang 3 helai akan terus diputar-putar dan diceritakan oleh sekumpulan jejaka-jejaka maskulin yang cubah mengubah selera tapi hampa dan diketawa oleh mereka yang lain.

Bulan puasa di SMSTSP.

Muncul pada tahun-tahun akhir aku di sana.

Bulan puasa di SMSTSP banyak catatannya. Form 4, Form 5. Banyak catatannya.

Nota kaki : Entri yang dilabelkan sebagai Siri Kenangan Di SMSTSP ini ialah kisah-kisah benar dan yang tak berapa benar tapi dibenarkan oleh aku yang berlaku sepanjang lima tahun aku di SMSTSP, Perlis. Nama-nama dan watak yang terlibat sememangnya wujud tetapi diubah suai dengan suka hati aku agar empunya badan berasa bangga. Segala ketidakpuasan hati terhadap aku boleh dikritik dengan terbuka. Kepada yang terlibat, ini hanya satira yang menjadi kenangan.

8 ulasan:

M Iqbal AG berkata...

haha
what a memory.

tringat wei zaman skolah2 dulu.
macam semalam baru habis spm

Muhammad Teja berkata...

tak teringat bunyi siren waktu sahur ke?

damha berkata...

huahua..dh lama x p skolah..

Jazli Safwan berkata...

mat rid dok buat rindu kat skolah plak..
hahaa

Tanpa Nama berkata...

ku teringat ada satu masa tu pesan keoteow kat embun n terkejut badak bila makcik tu cakap 4ring.
mana ada keoteow 4ring kat kangaq!
tapi mungkin kerna udangnya yang besar2.

berbalik kepada bulan ramadhan di smstsp. oh rindunyaaa.

ambil makanan di dining(berserta pinggannya sebab malas nak basuh tupperware sendiri sampai kena marah dgn cikgu norma sebab jumpa banyak sangat pinggan dining di aspuri. HAHA!) dan duduk dalam satu bulatan besar dan berbuka bersama-sama. rindunyaa.

makanan dibiarkan pusing dalam bulatan sehinggakan semua orang dapat rasa sorang sikit.

pengalaman yang takkan ku lupakan sampai bila2. rindunyaa.

tapi ku tak pernah bersahur di dining. tiba2 rasa menyesal. hmmm.

Tanpa Nama berkata...

tringat siren kucing dining

slagi xturun, slagi 2 bunyi

tringat makcik ros yg xpenah nk senyum although bibir dia slalu merah menyala..

memori sahur smstsp

MiraSue berkata...

a'ah kan..
da lama kowt tinggal skola..
*ampa lagi lama*
ahahaha...
windu gak..
siyes laa..
part snggup bukak mkan mahai kat embun tu.
mmg lwak..
ak pon rasa ak penah kena cm ampa..
wahahaha..

Jazli Safwan berkata...

nani tuh hanani ka?

azie, kalau kat aspura ada sorang yang clearkan pinggan2 tu..
farizee..kesian gakj aku tgk dia..budak2 lain makan. tinggai bersepah-sepah.. dia relex ja p antaq balik..hehe.. naseb baik la aku jenih makan kat dining smbil bergosip..hahaha..

amira suriati ( betoi ka aku eja?)
makan kat embun dingn tu kira masa zaman tuh cool gila arr..
ahaha