Sabtu, September 02, 2006

Mereka berdikir..


Teruja. Hanya itu yang termampu diucapkan selepas melihat persembahan anak-anak muda Kelantan ini. Penuh semangat, patriotisme, energik dan tak lupa budaya negeri mereka. Mereka masih lagi kenal asal-usul dan kebudayaan negeri kelahiran mereka.

Sememangnya persembahan dikir barat ini menjadi acara kemuncak dan ditunggu-tunggu oleh kesemua warga kolej. Termasuk aku sendiri dan rakan-rakan lain. Aku sebenarnya begitu menanti persembahan mereka selepas saban malam seminggu sebelum sambutan ambang kemedekaan, aku mendengar latihan mereka dari kamar. Walaupun hanya sekadar latihan, tetapi energi begitu terasa.

Malam itu, mereka tampil dengan baju putih berseluar hitam. Simbolik warna bendera negeri Terengganu yang merupakan jiran negeri Kelantan. Semangat pantai timur mereka begitu terselah malam itu. Bendera Terengganu sama-sama berkibar megah bersama jalur gemilang di kala tuan pengarah melaungkan laungan kemerdekaan tepat jam 12 tengah malam.

Beberapa rakan mula terasa iri dan semangat utara mereka tiba-tiba meluap-luap. Ada rakan yang mempersoal, mana semangat orang-orang Kedah??

Terfikir aku, jikalau ditanya anak-anak Kedah sendiri, apa kebudayaan negeri Kedah mereka tentu terpinga-pinga. Yang mereka tahu hanyalah nobat. Aku sendiri juga mungkin terpinga-pinga jika disoal dengan soalan yang sama.

Seharusnya orang-orang utara, Kedah terutamanya perlu kembangkan kembali kesenian mereka. Sekadar pendapat aku sahaja.

Tapi, aku cukup bangga melihat sahaba-sahabat pantai timur pada malam itu, semangat dan cinta mereka terhadap kesenian warisan mereka serta negeri tanah kelahiran mereka cukup tinggi. Ini mendorong aku untuk lebih cinta akan negeri jelapang padi ini. Lepas ni kena beli baju Kedah banyak-banyak kot...

1 ulasan:

Muhammad Teja berkata...

perlis-canggung
penang-boria
kedah-???