Sabtu, September 23, 2006

Eksotika Romantika

Ini dialog cinta. Ini bicara cinta. Sebuah sembangan romantika.


Jengking Setia
Apa semua ini? Ku tak mengerti.

Dewi Lara
....

Jengking Setia
Kenapa kau diam? Jangan begitu kasih. Aku perlukan jawapan.

Dewi Lara
Aku juga tidak mengerti. Jiwa aku terawang-awang. Terapung-apung. Melayang-layang.

Jengking Setia
Apa yang sebenarnya berlaku wahai kasih? Kenapa kau membisu, diam, kaku. Ku tak mahu bergini.

Dewi Lara
Aku tak dapat huraikan wahai sayang. Entah mengapa tiba-tiba aku begini. Aku tidak tahu jawapannya.

Jengking Setia
Kasih. Cuba berterus terang. Jangan begini. Kau umpama mendera, memasung, menyula, menyebat batin, jiwa, perasaanku. Aku sepi sekarang.

Dewi Lara
Maafkan aku wahai sayang. Aku tak mampu untuk berbicara.

Jengking Setia
Kenapa? Kau sudah buang aku? Kau sudah tak sayang akan aku? Kasihmu dah lunturkah wahai Dewi? Kenapa kau berdiam diri sepurnama yang lalu? Tiada perkhabaran. Tiada cerita. Tiada hikayat.

Dewi Lara
....

Jengking Setia
Kenapa kau membisu. Buka mulut yang terkatup itu. Angin tak akan bercerita akan hal engkau. Awan takkan turunkan hujan yang punya cerita kamu. Hati aku gelora. Tsunami sudah landai jiwa dan perasaan aku. Kau sudah buang aku? Kau dah tinggalkan aku?

Dewi Lara
Kau rasa?

Jengking Setia
Hey, aku menyoal engkau.

Dewi Lara
Aku keliru wahai Jengking. Ku tak tahu kenapa diriku begini. Tak dapatku ungkapkan.

Jengking Setia

Ahh.. lagi-lagi itu yang kau katakan. Kasih, kucuba menjadi sang pencinta setia. Ku tak mahu kasih kita ini mati di sini. Adakah kau lupa yang dulu kasih kita pernah terlerai ikatannya di persimpangan jalan. Kau tiba-tiba muncul kembali dan inginkan ikatan itu terimpul balik.

Dewi Lara
Aku ingat.

Jengking Setia
Habis kau ingin hancurkan peluang kedua yang kuberikan dulu? Dewi, kau bertuah kerana aku begitu menyayangi kau sehingga berikan kau satu lagi peluang. Sepatutnya peluang itu kau tak sia-siakan. Kujuga peroleh peluang dari dikau. Dulu, sewaktu aku tergila-gilakan Angsana Rebak, aku gagal peroleh peluan umpama aku berikan pada kau dan kau berikan padaku. Aku ingin bina cinta dan kasih yang tulus.

Dewi Lara.
Hermm..

Jengking Setia
Janganlah kau berdiam dan berahsia lagi. Luahkanlah masalah itu agar dapat kuruntuhkan pagar yang membelenggu jiwamu. Janganlah berdiam, bila berdiam hanya engku dikau dan aku daku. Satu masalah pun tak boleh terurai. Ku mahu jadi pencinta seperti mereka. Setulus kasih Romeo dan Juliet, sehebat Uda dan Dara malah mungkin seedan Laila dan Majnun. Ku cuba bina cinta kerang Yang Maha.

Dewi Lara
Aku masih sayangkan kau. Cuma, aku perlukan sedikit masa. Aku perlu mencari balik keyakinan itu. Aku masih rindukan kemanisan yang pernah kau berikan padaku. Aku begitu rindu, sayang.

Jengking Setia
Aku masih bersabar dengan karenahmu Dewi. Aku percaya ini cinta suci yang kucari. Setiap hari, setiap ketika, selepas ibadah ku selalu berdoa. Ya Allah, jika ini cinta suciku satukanlah kati kami berdua. Ku harap kau tidak tinggalkan aku begini.

Dewi Lara
InsyaAllah jika kau berikan kumasa keyakinan itu mungkin timbul kembali.

Jengking Setia
Walaupun kau masih lagi berahsia denganku, tapi aku harap agar kasih yang semakin pudar ini jernih kembali. Cerah. Ku tak mahu pahit dan kelat lagi. Dewi, kuserahkan segala kepercayaan kepadamu. Agar kau peroleh keyakinan itu.

Tiada ulasan: