Jumaat, Julai 30, 2010

Hidup Kota

Hidup di kota, walaupun Shah Alam, yang jirannya Kuala Lumpur, buat aku rasa semakin samar. Samar dengan percikan Nur.

Dengan kehidupan dengan aturan dan rutin yang perlu diikut. Dengan kos sara diri yang perlu difikir. Dengan perlu berdepan dengan serangan kapitalis tidak berotak. Dengan karenah minda bebas penuh sekular.

Debu-debu kota semakin hari semakin mencemarkan dan mengotori tubuh aku. Buat aku jadi rimas. Buat minda aku semakin malas untuk berbicara dengan hati aku.

Suasana di sekeliling ibarat air terjun di pergunungan. Memercik dan berarus laju. Menghanyutkan apa saja yang ringan dan tidak berpaut. Daun-daun kering, yang digugurkan oleh pokok, kerana daun-daun itu sudah tidak ada guna, akan terus hanyut dibawa arus. Mungkin ke juram yang dalam. Mungkin juga terpaut di pinggiran.

Datanglah. Datanglah kembali kepadaku. Datanglah.



2 ulasan:

Azie Nazri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Azie Nazri berkata...

Saja nak share. Kenapa bila ada taufik selalunya kena ada hidayat?
Sebaaab taufik and hidayat comes hand in hand. :)
Kemahuan petunjuk dari diri seniri: taufik.
Petunjuk dari Allah: hidayah.

So marilah kita doakan taufik dan hidayah utk diri masing2 dan seluruh muslimin dan muslimat.
Jetli, try pi masjid depan bintang mall, sec 7 malam ni. :)

Love that song btw! :)