Isnin, September 28, 2009

Beraya Dengan Encik Polis

Kalau nak ikutkan, hari raya tahun ini memang paling bosan. Sebab, aku demam. Tak mungkin H1N1. Lepas sembahyang raya, memang aku terus pengsan. Tapi sempat lah berjumpa dan bergosip dengan kawan-kawan seperkayuhan basikal dahulu kala.

Raya ketiga, aku dah tak demam. Tapi, kepala aku macam kena paku. Nak kata aku ni spesis pontianak, tak mungkin. Sebab sakit bukan di tengkuk.

Sakit. Migrain. Ah!

Hari raya ketiga. Mak suruh aku ke kedai Izat. Muallaf. Ala, bukan jauh pun dari rumah aku. Aku capai kuda aku. Aku tunggang. Tapi, aku tak capai helmet.

Ala, bukan jauh pun dari rumah aku.

Aku pun tunggang kuda. Depan rumah aku 'u-turn'. Kedai Izat. Muallaf. Di seberang sana. Aku kena tunggang kuda dari arah bertentangan. Memang kesalahan trafik. Tambahan tak pakai penutup kepala.

Ala, bukan jauh pun dari rumah aku.

Masa ni lah mata aku tiba-tiba ternampak kereta kancil. Warna putih. Bagi signal. Macam nak berhenti depan aku.

Memang tak syak. Polis cari duit raya!

Aku, dengan muka selamba bagi signal masuk ke dalam kawasan sekolah. Jantung memang laju.

Damn!

Kereta kancil polis tu pun bagi signal masuk dalam sekolah. Aku, dengan penuh kudrat memecut kuda tua bapa aku tu. Terus ke kawasan rumah guru.

Memang aku tak pandang dah belakang. Kunci kuda. Melompat macam Desperado. Terus aku berlari ke pintu pagar belakang sekolah.

Dan, aku berjalan kaki ke kedai Izat. Muallaf. Beli barangan yang nak dibeli.

Dalam 20 minit juga aku lepak.

Masa aku nak patah balik ke sekolah. Aku nampak polis tu masih tunggu aku depan pagar sekolah.

Haram jadah. Macam mana aku nak kuar dari kawasan sekolah ni.

Ah, ini tempat aku lah jerit aku kuat-kuat dalam hati berharap polis tu mendengar.

Aku berjalan semula ikut pintu pagar belakang sekolah. Yang memang mencabar sebab kena daki bukit. piiuuuyyyy... Berpeluh-peluh.

Mat-mat Indon buruh yang tengah siapkan bangunan baru sekolah memang pandang aku dengan seribu syak.

Ah, peduli apa aku. Janji aku dapat lari dari polis yang lapar duit raya tu.

Aku cari tempat persembunyian di bangunan lama sekolah.

Sayup-sayup dari tempat persembunyian aku nampak dua orang polis bercakap sesuatu dengan Pak Kassim,jaga sekolah.

Dan. Kereta kancil polis yang lapar duit raya tu mula bergerak keluar dari kawasan sekolah.

Dari tempat persembunyian. Aku melangkah. Kuda dihidupkan. Aku pecut. Dan angkat tangan kepada Pak Kassim sewaktu melewati pos jaga.

5 ulasan:

irma-ain ibrahim berkata...

haha. :D

tapi takpe lah lepak kedai izat lama2,daki bukit segala.

klu tak hilang duit pada polis yg datang tiba2. ;)

Jazli Safwan berkata...

haha..
tapi lepas tu, migrain kuat gilaaa

Encik Luzzi berkata...

ko ni raya2 pun 'beraksi ka'

haha.

Azie Nazri berkata...

hahaha. berkat solat raya kut ;)

Azie Nazri berkata...

btw, cantik new layout!