Ahad, September 16, 2007

Sedamai Fajar Ramadhan

Alunan irama mersik membangunkanku
Dewi arjuna mengalunkan irama itu
Nasi berbekas putih jadi juadah
Sunnah yang terbitkan tenaga di siang hari
Hiba, pilu dan rindu :-
Rindu ibu
Rindu bapa
Rindu keluarga
Rindu mereka

Lagu nan syahdu mulai beralun
Bergetar bersama angin nan sepoi
Tangannya melambai mengajak sujud padaNya
Tangannya melambai mengajak lahirkan al-falah
Ketayap dicapai membungkus kepala
Pelikat disarung membalut tubuh
Persis jingga cahaya neon memayungi derapan
Dingin wajahku dihembus sang angin
Yang mengenakkan dekuran mereka yang alpa
Kutempuh jua langit yang zulmat
Agar hati kelam ini jernih kembali

Terpancar kelibat mereka
Berdiri, membongkok, bersujud
Dari pondok kecil itu
Pondok suci tempat beramal

Alur wuduk bersihkan jiwa
Dua rakaat ditunaikan sempurna
Bersama khalifah dengan makmumnya
Ratib buat aku sedar
Aku hamba cukup kerdil
Kerdil umpama kuman
Kerdil umpama biji saga
Kerdil sekerdil-kerdilnya
Halaman mukjizat Rasulullah diselak
Kutelaah isinya
Tenang mula beralun di jiwa

Al-mubarak,
Kuharap berkat itu milik aku
Moga Ramadhan ini memancarkan nur
Keinsafan pada yang alpa

14 Ramadhan 1427 / Oktober 2006
Kompel al-Ghazali, KMPP



Kukarang puisi setahun yang lepas, ketika masih menjadi penuntut KMPP - tempat yang penuh memori.

2 ulasan:

Muhammad Teja berkata...

selamat menyambut ramadhan al mubarak.. teringat ramadhan di SMSTSP

Muhamad Amirrudin Bin Zakaria berkata...

aku dah masuk page ko,
name ko pun dah tertera kat blog aku.
orang first lak tu..