Isnin, Julai 30, 2007

Senang Lenang Hidupnya

Nama dia Penjaga Kandang. Jantina dia lelaki. Gayanya cukup kacak. Orang bandar berlumpur. Bandar yang apabila hujan turun lebat, lumpur-lumpur pun berarak sakan. Sinonim dengan namanya.

Penjaga Kandang memang anak jati bandar. Hidup penuh mewah. Baju berjenama. Seluar berjenama. Seluar dalam berjenama. Tak pernah rasa hidup susah. Hidup yang senang lenang.

Penjaga Kandang belajar di IPTA Melayu. Orang Melayu. Lokasi di kampung. Jurusan yang diambil pun, jurusan yang kononnya pelajarnya cukup glamour dan bakal bekerja di industry glamour.

Penjaga Kandang rimas sebenarnya tinggal di kawasan yang agak kampung. Dalam kelas Penjaga Kandang, ada 3-4 orang yang asalnya dari Utara. Dalam kelas itu, dia seorang sahaja yang asli bandar.

Dia berasa megah. Dia orang bandar. Hidup senang lenang. Setiap minggu pulang ke kampung halaman. Eh, bukan. Pulang ke bandar halaman. Baginya, mereka dari utara ini mindanya kekampungan lagi kekolotan yang berkarat. Penjaga Kandang cukup pandang rendah pada puak-puak utagha dalam kelas dia.

Penjaga Kandang langsung tak mahu bersusah. Walaupun sedikit. Kalau ada tugasan yang perlukan proposal, dia akan mula berlagak kalut. Mencari ahli kumpulan yang kerajinan tak perlu dipersoal. Bila proposal siap, dia dengan penuh lagak mengisytihar kemenangan kepada puak-puak utagha. Dia dah siap kerja konon.

Kalau ada kelas waktu pagi, dia cukup liat nak bangun. Mangsanya, budak utagha sebelah bilik dia. Orang kampung tentu la bangun pagi-pagi. Itu yang disetkan dalam minda dia. Orang kampung utagha sebelah bilik dia nama dia Kaki Tombol. Selalunya, bila Kaki Tombol dah siap dan sedang mengikat tali kasut, muncul Penjaga Kandang yang baru bangun tidur. Dengan penuh mamai, meminta Kaki Tombol tunggu dia mandi dulu dan bergerak ke kelas bersama. Senang lenangnya hidup dia. Dia kadang-kadang ketawa sinih dan memerli budak-budak utagha yang rajin solat ini. Apa salahkah bersolat penuh lima kali sehari menunaikan kewajipan?

Dia memang memandah rendah budak-budak utagha. Bila balik semula ke negeri Bandar Raya Bersejarah ini dari bandar lumpur kesayangan dia, dia akan mula menggelabah mencari budak-budak utara. Dia tak mahu naik bas buruk dari bandar kecil yang namanya macam binatang berlalai ke kampus. Dia akan cuba juga berhubung dengan budak-budak di kampus untuk dating mengambilnya. Dia sanggup tunggu 2-3 jam walaupun bas yang melalui kampus berduyun-duyun menunggu penumpang. Entah apa yang dibencinya.

Alahai, senang lenang hidup dia.

p/s: entri ini hanya coretan dari pemerhatian penulis. Ceritanya sedikit ditokok. Ingin berpesan, dari mana pun anda, jangan pandang rendah pada orang lain.

2 ulasan:

Muhammad Teja berkata...

hahahaha..

Remus! berkata...

Sombongnya penjaga kandang...