Isnin, Disember 08, 2008

Amaran dari Si Tua dan Pemiliknya


Setahun demi setahun si tua itu memberi amaran. Sungguh. Si tua yang uzur itu sudah jemu dengan segenap keturunan.

Si tua rasa dia perlu beri amaran, yang dia sudah tenat. Sudah sakit. Sudah pedih. Semakin penat.

Dia sudah lama berkorban untuk cicit-cicit Adam. Tapi, kini cicit-cicit Adam semakin melupai kepedihan yang dia korbankan agar segala tuntutan isi umat dapat dipenuhi.

Habis diratah oleh kemahuan yang disogok nafsu nafsi umat seluruhnya. Mereka derhaka kepada kamu wahai si Tua.

'Idul Adha ini, Pemilik kepada si Tua memberi amaran kepada hamba-hambaNYA.

Ahad, Disember 07, 2008

Eros - Eksotik Yang Geli-Geli





Aku bukanlah pandai sangat nak reviu-reviu filem ni. Tapi sebab aku suka tonton filem dan suka reviu berseorangan, maksud aku bermonolog berseorangan, baik aku hamparkan ulasan aku tu. Sekurang-kurangnya dapat berkongsi dengan orang lain. Aku terjumpa filem pendek ni di Youtube. Sekadar mencari video-video yang dihasilkan pelajar MC110, dan aku terjumpa video ni. Hanya sekadar ulasan seorang remaja yang suka menonton.

Filem pendek Eros sebenarnya lebih berkonsepkan teater pentas separa monolog. Aku menafsirkan yang separa monolog kerana watak Nafiru, sebenarnya bermonolog mencari sesuatu untuk dirinya yang sebenarnya terhuyung-hayang. Temanya mudah, hubungan sejenis yang sebenarnya tidak membawa erti kebahagiaan sebenar buat karekter utamanya. Senang cerita, sepasang gay, seorang begitu mencintai pasangannya dan seorang lagi terasa seperti ralat dengan hubungan tersebut.

Pembukaan filem ini mirip telenovela latin dengan seorang wanita berbaju ala-ala berkemban berwarna putih berlari-lari anak di tepi pantai. Otak aku mula lah nak meramalkan yang filem pendek ni mesti melodrama sikit. Ha ha ha. Frame seterusnya ialah suasana sebuah kawasan, seperti hutan yang indah lanskapnya yang bagi aku pengarah cuba mengambarkan ketenangan kawasan tersebut. Yang ‘slack’nya, aku boleh dengar krew-krew bersembang. Mestilah aku dah tergelak-gelak.

Ok, balik ke cerita, seorang lelaki jambu sedang duduk sambil kakinya mencelup-celup air kolam sedang bermadah. Nafiru, watak utamanya umpama dalam keadaan keliru. Dan, datang Ajiliu, pasangannya. Dua lelaki jambu dengan berbaju putih cuba menggambarkan kononnya wujudnya percintaan yang suci dan tulus. Cis.

Watak Nafiru seakan-akan keliru dengan cara hidup dan seperti kurang menyenangi hubungan sejenisnya dengan Ajiliu. Dia menyoal akan kerasionalan hubungan tersebut. Nafiru kalau ikut tafsiran aku sedang praktik Symbolic Interaction Theory, seperti yang diterangkan dalam konsep looking glass self. Tapi, dalam masa yang sama, dia masih bergantung kepada Ajiliu. Di sinilah peranan Ajiliu, selaku watak yang bersifat begitu menyayangi Nafiru ini bijak bermain kata-kata menyedapkan hati si Nafiru.

Scene mereka bermadah di bawah sebatang pokok kering dan berlatarkan warna jingga aku tafsirkan di mana keadaan kegersangan bertemu dengan rasa membara dan memberonta ingin keluar dari sesuatu.Pohon kering itu melambangkan kegersangan si Ajiliu yang sayang dan cinta akan Nafiru dan jingga tentulah simbolik kepada rasa membara Nafiru yang meronta-ronta mencari jawapan.

Sebagai seorang separa homophobia (aku tidak menyutujui hubungan sejenis, bukan takut), aku terasa geli geleman betul dengan scene berasmara dana mereka. Cis. Scene mimpi Nafiru bertemu sang juwita tu aku rasa ralat juga sebab aku rasa macam dia mimpi jumpa hantu lah pulak. Lepas mimpi tu lah titik tolak dalam perkembangan plot untuk filemini di mana Nafiru dan Ajiliu melakukan hubungan rambang. Lagi bertambah dos geli geleman aku. Ha Ha Ha

Nafiru menumbuk tanah dengan menyesali perbuatan dia tu klise sedikit. Babak perpisahan dua insan gay ni di pantai sememangnya tepat dengan latar di mana pantai memisahkan darat dengan laut. Pertemuan Nafiru dengan sang juwita atau nama Ziamora Jabila Rossa (aku tergelak dengar nama ni) dengan berlatar biru cuba memberitahu yang kini Nafiru sudah tenang dengan bertemu dengan sesuatu yang tidak menentang norma. Ya, bertemu cinta yang sebetulnya.

Filem pendek ni memang menggelikan aku selaku seorang lelaki normal ni. Ha Ha Ha. Sinemafotografi agak menarik dan cantik. Aku tak tahu la tema hubungan sejenis ni sengaja dipilih untuk menimbulkan kontroversi, tapi rasanya tidak kerana shot-shotnya kurang kontroversi dari Comolot. Penggunaan bahasa bagi sebenarnya kurang menimbulkan suatu yang puitis. Aku lebih merasai yang struktur bahasanya lebih kepada bahasa baku yang menyelitkan sedikit diksi yang kononnya indah dan sedikit berkias. Skripnya konon-kononnya puitis, tapi hampas.

Apa-apa pun, aku seronok ja komen, aku belum tentu boleh buat macam ni. Ha Ha Ha. Tahniah kepada Senior-senior yang buat filem ni kerana filem ini menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan walaupun aku rasa sedikit mengjengkelkan.

Sabtu, Disember 06, 2008

Mari Memasak Bersama Chef Jazli

Sempena Aidiladha yang dah nak tiba ini, Chef nak ajar U ol cara-cara memasak kek cokelat. Kek cokelat yang chef nak ajar ni senang saja. U ol mesti boleh buat sendiri. Tak payah nak pergi bakery nak membeli.

Thuan-thuan phuan-phuan, cepat ambil kertas dan salin resepi dari chef ni ya!

Bahan-bahan untuk kek cokelat istimewa Chef Jazli:

200 g tepung kek
1 camca teh soda bikarbonat
300 g gula aising / halus
225 g mentega
5 biji telur ayam / itik
62.5 g serbuk cokelat
162.5 l air masak

Ini tepung yang Chef guna. Sangat bermutu. Carilah di kedai-kedai berhampiran rumah U ol.


Cara-cara nak memasak kek ini. U ol ikut betul-betul taww!



1. Masukkan tepung dan soda bikarbonat di dalam pengayak. Ayak kedua-dua bahan tersebut.



2. Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Kalau U ol tak ada mesin putar tu, U ol gunalah tulang empat kerat U ol tu. U ol kan kuat-kuat dan mantap.

Beginilah rupa mentega yang diputar bersama gula halus tadi.


3. Kemudian, U ol masukkan telur satu per satu. Caranya begini, U ol masukkan sebiji telur, kemudian putar. Kemudian masuk lagi sebiji. Chef gunakan telur itik memandangkan di dapur Chef banyak telur itik. Ingatan, jangan guna telur manusia, nanti tak jadi kek tu!

4. Selepas kembang adunan tadi, U ol masukkan tepung dan bancuhan serbuk cokelat. Serbuk cokelat mestilah dibancuh dengan air yang disukat tadi. Kemudian, U ol gaulkan hingga rata.

5. Selepas adunan siap, maka U ol bolehlah membakarnya di dalam ketuhar. Suhu pada ketuhar ialah 180 darjah. Jangan lebih, nanti kek cokelat U ol dah transformed kepada kek kopi pula. U ol boleh la taburkan cokelat rice jika U ol suka.


6. Bakar lebih kurang sejam. Sewakt membakar, jangan lupa pusing-pusingkan dulang tu. Biar sekata masak. Nah! siaplah kek cokelat Chef Jazli. Bolehlah U ol hidangkan pada tetamu pada hari raya nanti. Jikalau ingin lebih eksotik, hidangkan kek bersama rendang ayam. Tentu unik rasanya.



Nota kaki : Kepada sesiapa yang tak dapat membaca entri gosip-gosip jadah di sebuah blog yang nyah-nyah tu (yang ditutup dek diserang bertubi-tubi oleh sekumpulan penyiasat) , apa kata lu orang baca gua nya entri ni. Nyah juga. Ha Ha Ha! Oh ya, komen tak perlu tinggalkan nombor matrik dan nama penuh.

Akhirnya, Aku Terjebak

Hah!

Aku terjebak dengan dunia Flickr lah. Gara-gara Mat Rid lah ni!

http://www.flickr.com/photos/33061094@N03/

Rabu, Disember 03, 2008

Koleksi Klip



Aksi Mat Zam dalam intro untuk VCD Epilog Form 5, Sytra 0105. Walaupun aku pengarah bersama dengan Muhammad Teja, tapi CD 2 aku dah hilang. Aku menyeru kepada sesiapa yang memiliki CD ni, silalah hubungi aku. Aku bayar! Klip seterusnya, persembahan dari Hizbul Muslimin. Ha Ha Ha

Isnin, Disember 01, 2008

Tag-Lah Pula

Kali ni Amir pula menge-tag aku. Disebabkan pasukan Meriam aku menang malam ini, dengan suka hati aku akan menjawab.

7 Fakta tentang saya
1. Tidak berwajah pan-asia
2. Mempunyai 8 tahi lalat di tangan
3. Saya akan bertukar menjadi Suria Perkasa Hitam bila cukup sepurnama
4. Mempunyai kebolehan membacuh kopi dengan sedap sekali
5. Ada aura yang hebat dari Mawi
6. Boleh berjalan mengiring macam seekor ketam
7. Gemar mengira jumlah misai pada seekor kucing

7 Perkara menakutkan saya di dunia
1. Malaikat Izrael datang mencabut nyawa
2. Kematian sebelum taubat
3. Dosa
4. Neraka
5. Kejahatan
6. Fitnah
7. Dengki

7 Lagu buat masa sekarang
1. As-Sahar - The Tir-Logy Epikk (Sedang dengar)
2. Iron Maiden - Fear of The Dark (Versi live, bila korus, crowd sing-a-long)
3. Sex Pistol - Anarchy In Uk
4. Arsenal FC Chant
5. Metallica - Creeping Death
6. Slayer - Raining Blood
7. Tesla - Love Song

7 Perkara yang selalu disebut
1. SyyAHhh!! ( Macam Ultraman bila dah transform)
2. Lorh
3. Autobot, Tansform!
4. Damn!
5. Eh!
6. Dak la
7. Pop (Bunyi bibir)

7 Perkara yang amat bernilai
1. Canon EOS 350D + Sigma lens
2. Acer Aspire 5572 (Walaupun buruk, tapi tetap mantap!)
3. Koleksi CD
4. Kad ATM CIMB + BANK Islam + BSN aku
5. Rasa cinta itu, he he he
6. Midori + Timothy
7. Akal

7 Pertama kali dalam hidup saya
1. Menonton TV3, tahun 1991-92 cerita Ultraman Ace
2. Beli VHS ori, tahun 1995-96 cerita Ultraman Ace
3. Pergi stadium tengok bola, 1995, Kedah Vs. Perlis (0-0)
4. Antara yang pertama dapat 5A dalam UPSR untuk sekolah rendah
5. Naik kapal terbang, 1994
6. Kemalangan, 1998
7. Mimpi basah, errrrrr, rahsia. he he he


Sabtu, November 29, 2008

Menjelang Kedewasaan Seorang Lelaki pt. ii (Versi yang Agak Gore) (18SG)

Seminggu. Selepas aku dewasa. Segala luka telah sembuh. Gembira. Melompat-lompat.

Khabarnya, Man jiran aku pula yang akan mendewasakan diri. Aku, penuh teruja bercerita perihal nurse comel.

Kembang kempis hidung Man menahan syahwat dek terangsang dengan retorik aku perihal nurse cantik. Tak sabar dia nak dewasa.

Hari yang dinantikan dah tiba. Man memang tak sabar. Senyum tersimpul-simpul. Agaknya dari semalam lagi dia tersenyum. Mungkin sambil tidur sambil tersenyum. Entah-entah semalam mimpinya pun bermimpikan nurse cantik melondehkan seluarnya. Cis. Lucah.

Aku pelik, kenapa Man tak perlu naik kereta macam aku.

"Mak aku kata, depa mai rumah. Aku masuk jawi kat rumah."

Hati aku dah lain macam degupannya. Tak lama kemudian, tiba seorang lelaki. Usia separuh abad. Wajah separa bengis bermisai lebat macam Sarjan Misai dalam drama polis Yusuf Haslam. Berbaju melayu hitam sambil menjinjing beg.

"Tok Mudim dah sampai dah!"

Man menggaru-garukan kepala. Mana doktor? Mana nurse cantik.

Kemudian Man disuruh berkain pelikat. Tok Mudim menyediakan kelengkapan. Di hadapannya sebatang batang pohon pisang.

Man menggaru-garukan kepala. Mana doktor? Mana nurse cantik.

Man dibogelkan. Duduk atas batang pisang. Ramai mata memerhatikan upacara pendewasaan Man.

Kemudian, dua lelaki memegang Man. Seorang memegang tangannya yang dikunci ke belakang. Macam polis menangkap pencuri. Seorang mendongakkan kepala Man ke atas.

Man berwajah cemas. Cuba meronta. Dan. Masih berharap nurse cantik memegangnya.

Tok Mudim memegang-megang anu man. Disapunya sejenis ubat berwarna kekuningan. Habis kuning anu Man. Kemudian, Tok Mudim mengeluarkan sejenis alatan dari buluh. Umpama penyepit.

Lebihan kulit pada anu Man yang hendak dipotong ditarik oleh Tok Mudim. Dengan berhati-hati dan mulut yang terkumat-kamit, Tok Mudim mengepit kulit tersebut. Man sedikit meronta. Orang dewasa yang memegang Man menyuruh dia berselawat.

Pisau yang bentuknya seperti sabit tetapi lebih kecil digenggam erat Tok Mudim. Mulut terkumat kamit. Sebelah kirinya memegang kulit anu Man yang disepit. Dan. Tangan kanannya dengan pantas mencantas kulit itu.

ARghgh!! Terdengar sedikit mengerang bunyi Man.

Dengan pantas, penyebpit dibuka. Darah mengalir deras. Namun diberhentikan dengan balutan kain berwarna hitam. Anu man dililit dengan kain hitam itu.

Maka, selesailah pendewasaan Man.

Dia dibaringkan. Aku, yang memerhatikan peristiwa itu, berasa pucat dan memegang celah kangkang sambil tidak membayangkan peristiwa pemotongan sebentar tadi.

Sambil berjalan terkepit-kepit, aku menghampiri Man. Man buat muka merajuk. Masam mencuka.

"Hang tipu. Takdak pun nurse cantik!"

Aku, tersenyum puas kerana aku dewasa di hadapan nurse cantik. Tapi, Man dewasa di hadapan penduduk kampung. Ha Ha Ha.

Isnin, November 24, 2008

Online Shopping

Satu tabiat aku bila cuti panjang ialah menghabiskan duit dalam akaun bank dengan membeli belah kat internet. Selalunya cd dan buku-buku. Baru sahaja membuat pembelian album terbaru As Sahar dan buku Antologi Kacak Jelita.

Sebelum ini tarikh release album ni 11.11.08. Dengan dompet yang penuh aku terus ke Nebiula Heavy Metal Shop. Sekali, Abang Jaie of Sil Khannaz merangkap tokey kedai cakap belum lagi keluar. Kecewa sungguh. Kalau aku masih di Melaka, memang tak perlu nak beli online. Terima kasih kepada MTshop. Haha.

Sudah lama aku tak membeli belah di Ujana Ilmu. Kalau dulu, selalu saja buku-buku Melayu aku beli di sini. Tapi, sekarang sudah banyak buku-buku berbahasa Melayu ni boleh dapat di kedai-kedai besar.

Memandangkan wang aku dalam bank tu agak terhad buat masa ni, yang ni sajalah dapat dipesan. Tak macam dulu, akaun aku penuh dengan biasiswa sekolah yang sepanjang 5 tahun aku meminimalkan penggunaannya.Bila dah tamat zaman persekolahan, memang banyak cd-cd dan buku yang aku beli.

Sabtu, November 22, 2008

Menjelang Kedewasaan Seorang Lelaki

Peristiwa pendewasaan ini berlaku circa ’96 dahulu.

Hari itu, mak suruh aku aku pakai baju melayu. Dengan Jan.Sepupu aku.

Ayah suruh mandi lama-lama. Bagi kecut sikit katanya.

Aku masih tak faham dan mengerti. Kenapa mesti pakai baju Melayu hari itu. Bukannya hari raya.

Tapi, macam ada kenduri di rumah.

Selepas membasahkan diri, aku bersiap. Dengan berbaju Melayu, aku naik ke kereta.

Ish. Nak ke mana? Macam pengantin pula.

Berhenti. Di hadapan bangunan. Pandang atas. Klinik Keluarga.

Ish. Pakai baju cantik-cantik nak datang klinik saja?

Aku masih keliru. Aku tak sakit pun. Kenapa perlu datang ke klinik?

Selepas mendaftar, aku duduk. Tiba-tiba nama Jan dipanggil. Tapi, Jan tiba-tiba menangis. Dan berlari keluar dari klinik. Aku tertawa. Orang panggil suruh jumpa doctor pun menangis.

Oleh sebab Jan lari, orang seterusnya ialah aku. Aku melangkah masuk ke bilik doktor.

Ada katil. Ada nurse cantik. Tersenyum. Aku, senyum balik. Sebab, nurse tu cantik.

“Dik, buka seluar”

Ish. Nurse tu suruh buka seluar? Nak buat apa pula.

“Dik, bukalah seluar. Macam mana nak masuk jawi ni”

Hah?! Masuk jawi!!! Jantung aku berdegup kencang.

“Nak akak tolong bukakan ka?”

Aku baru nak menganggung tiba-tiba muncul doktor. Dengan sepantas halilintar terus aku melondehkan seluar aku. Nurse tersenyum.

Ciss.. dah tengok anu aku, senyum-senyum pula.

Dan selanjutnya, ialah sejarah. Aku dah jadi dewasa!!

Yeah!!

“Hebatlah adik ni. Tak nangis”

Aku tersengih sambil berfikir nurse tu cakap hebat lepas tengok anu aku. Ha ha ha


Nota kaki : Sesetengah kawasan di negeri Kedah memanggil bersunat atau berkhatan ialah masuk jawi.

Jumaat, November 21, 2008

Tag lagi..

Aku sebenarnya bukanlah suka sangat main tag-tag ni.
Tapi, dah kena tag, kenalah penuhi juga.

Tag 1

You have been tagged! Caranya adalah menceritakan kisah cinta anda.
Peraturan :
-kisah yang harus dinyatakan ialah kenangan-kenangan kisah cinta anda. tidak kira lucu,sedih,gembira ataupun kecewa.
-sebolehnya haruslah detail. Tetapi,elakkan cerita yang menyentuhi unsur-unsur sensiviti.
-tag 5 orang selepas anda selesai.

Tapi, aku akan berdegil dengan tidak tag orang lain. Ini kisah cinta itu.

Akulah yang palik kacak dalam kawasan aku. Aku yang paling gagah. Serius. Tiada lain yang sejantina aku gagah dan kacak dari aku.

Kalau bergaduh, mestilah aku yang menang.

Suatu hari, aku telah bertumbuk dengan budak hingusan yang tiba-tiba nak cabar aku. Aku berjaya mengalahkannya. Memang kena belasah teruk. Padan muka.

Aku, dengan bangga mendada. Mata aku tiba-tiba terpandang gadis itu. Terpegun dengan kegagahan aku. Aku, terus mencair. Aku, jatuh cinta.

Aku berjalan dengan penuh tegap. Menunjukkan ciri-ciri kejantanan yang penuh kegagahan dan bersifat kepahlawanan.

Gadis itu, tersipu-sipu memandang aku. Semakin dekat, semakin tersipu dia.

"Hai, boleh berkenalan?"

"Boleh" Ringkas sahaja.

"Siapa nama awak?"

"Nama saya Salima"

"Sedapnya nama, secatik empunya tubuh"

Aku, akhirnya bercinta dengan Salima. Membuatkan seluruh kawasan menjadi cemburu dengan aku. Si Ajak, ayam jantan paling gagah dan kacak dalam kawasan reban bercinta dengan Salima, ayam serama tercantik dalam reban.

Aku, sekarang bahagia kerana Salima sedang mengeram 4 biji telur yang bakal menetaskan anak-anak aku. Bahagia sungguh kisah cinta aku ini.


Tag 2

  • Name : Mohamad Jazli Safwan bin Ali bin Noordin bin Derus
    Sisters : 1
  • Brothers : 1 (Dah meninggal)
  • Shoe size : 8.5 / 9
  • Height : Aku tak tahu ketinggian aku. Haha
  • Where do you live : Lagenda Langkawi
    Have you ever been on a plane : Pernah
  • Swam in the ocean : Dah lama tak mandi laut walaupun tinggal di pulau
    Fallen asleep at school : Dulu masa di SMSTSP selalu lah. Sekarang dah tak
  • Broken someone’s heart : Tak tau
  • Fell off your chair : Yang akhir, dalam bilik sewaktu menonton filem
  • Sat by the phone all night waiting for someone to call : Pernah
  • Saved e-mails : Ada 2-3, SMS pun saved juga.
  • What is your room like : Serabut dengan majalah dan buku sebab rak buku dan runtuh
  • What’s right beside you : Katil
  • What is the last thing you ate : Nasi dengan udang lipan rebus


Ever had…

  • Chicken pox : Umur 6 tahun
  • Sore throat : baru lega
  • Stitches : Tak
  • Broken nose : Ingat aku ahli gusti ke?
  • Do you Believe in love at first sight : Jatuh cita dengan material mungkin kot
  • Like picnics : suka

Who was/were…

  • The last person you danced with : Mamat mana tah kat Gig Common Chaos. Eh, tu bukan menari, tu headbang. Lebih kurang ja.
  • Last made you smile : Bercandaran dengan si dia 2-3 hari lepas
  • You last yelled at : Dalam Stadium Bukit Jalil, Kedah lwn Selangor


Today did you…

  • Talk to someone you like : Tak
  • Kissed anyone : Tak
  • Get sick : Tak
  • Talk to an ex : Tak
  • Miss someone : Semestinya
  • Who do you really hate: Pak Tam. Hahahahahahahahaa
  • Do you like your hand-writing : Tak tahu lah.
  • Are your toe nails painted : Tak.
  • Whose bed other than yours would you rather sleep in : Katil di UiTM.Hahahahaa
  • What color shirt are you wearing now : Hitam
  • Are you a friendly person : Tak. Aku akan bercakap bila orang lain mulakan dulu.
  • Do you have any pets : Ada. Kucing-kucing yang banyak dan ikan-ikan air tawar yang banyak.
  • Do you sleep with the TV on : Nanti kena marah. Bazir elektrik.
  • What are you doing right now : Dengar album Metallica yang baru.
  • Can you handle the truth : Percaya pada orang yang boleh dipercayai.
  • Are you closer to your mother or father : kedua-da
  • Do you eat healthy : Hahahahaha
  • Do you still have pictures of you & your ex : Ada. Dalam pc lama yang tak pernah dibuka dah.
  • If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Jarang luah dekat orang.
  • Are you loud or quiet most of the time : Ikut keadaan
  • Are you confident : Kadang-kadang 'over'

5 things I was doing 10 years ago

  1. Seorang pengawas di SKB
  2. Petang-petang suka main gerek (basikal)
  3. Die Hard Fan WWF
  4. Suka pinjam buku 7 Penyiasat, 5 Sekawan di perpustakaan
  5. Main bola kertas.

5 things I would do if I were a billionaire -

  1. Buka syarikat sendiri
  2. Buat filem Melayu setaraf Hollywood
  3. Tersengih-sengih sebab banyak duit
  4. Beli rumah dekat Timur Tengah. Senang nak pergi haji.
  5. Merantau ke Timur Tengah, belajar ilmu agama.

5 of my bad habits

  1. Tak suka tegur orang.
  2. Berangan.
  3. Selalu tangguhkan kerja.
  4. Kritik orang dengan sesuka hati. Hahahaha
  5. Kalau ada duit, mesti nak beli macam-macam.


5 places I’ve lived/living

  1. Langkawi
  2. Kangar
  3. Kepala Batas, Penang
  4. Rawang, Selangor
  5. Alor Gajah

Selasa, Oktober 28, 2008

Deepavali di KL

Pesta cahaya itu, menghampakan aku dengan filem Max Payne yang tak seperti yang aku jangkakan.

Dengan sedikit kecewa dan penat, aku berjalan.

Menyusuri jalan Bukit Bintang. Sesak.

Budak-budak timbang bola. Pelancong-pelancong asing. Asap-asap tembakau wangi.

Kalau anda biasa melalui jalan Bukit Bintang, anda akan ditegur amoi-amoi.

“Massage!”, Amoi.

“Tak pa tak pa” aku.

“Boss, massage boss!” Amoi lain.

“Aaa.. sibuk,” aku.

Aku tau, di sebalik rumah urut untuk kaki tu, anda boleh urat ‘otot-otot’ lain yang sama.

Tiba-tiba terdengar suara jantan. Cina.

“ Bang, nak amoi bang?”

Sudah. Tadi amoi tanya nak massage ke tak. Sekarang jantan tanya aku nak amoi pula.

“Tak da duit laa” aku. Meneruskan perjalanan.

Masih tidak mengendahkan beberapa amoi lain yang memujuk-memujuk.

“Abang, massage ada. Perempuan pun ada,” minah Indon.

“Brader, perempuan mauu??” Lelaki Melayu.

Hooiii.. Sudah arr…

Aku tetap berjalan. Menuju ke perhentian bas utama negara sebenarnya. Jalan yang aku gunakan tu jalan yang biasa aku berjalan menggunakan kaki kedua belah ni. Dari perhentian bas utama negara ke Bukit Bintang.

Hati tenang bila dapat melepasi pujukan-pujukan durjana tadi.

Berhampiran Jalan Alor, seorang pemuda sedang berurusan dengan pemujuk-pemujuk tadi. Dilehernya tergantung kamera DSLR. Mungkin dia nak tangkap gambar amoi-amoi yang lelaki pemujuk tu tawarkan kut. Aku, masih bersangka baik.

Aku tetap berjalan. Menuju ke perhentian bas utama negara. Kelihatan seorang wanita lingkungan 30-an. Duduk di atas palang besi di parkir Jalan Alor.

Berpakaian serba hitam. Kemeja dan skirt pendek.

Aku pandang dia. Dia pandang aku.

Aku senyum kononnya berbudi bahasa. Dia senyum balik.

Dia pun bersuara.

“ Boss, mau servis?? Jom!!!” sambil mengangkat kening.

Berderau darah aku. Setan!!!!

Selasa, Oktober 21, 2008

Plaza Rakyat



Hujan yang separa lebat buat warga kota yang tersekat di perhentian bas utama Malaysia itu hanya duduk di tangga.

Ada yang menunggu seseorang datang menjemput.

Ada yang berlari-lari anak masuk ke dalam bangunan untuk berlindung.

Ada yang sedang menyedut dan menghembus asap pahit punca kanser paru-paru.

Ada yang menunggu pelanggan untuk masuk ke dalam kereta merah putih mereka.

Seorang. Dua orang. Tiga orang. Empat orang. Jumlah mereka yang memandu kereta merah putih.

Ada Melayu. Ada bukan Melayu. Dan, yang semestinya mencari-cari pelanggan semestinya bukan Melayu.

Seorang dari mereka. Yang bukan Melayu. Begitu asyik mencari penumpang. Semua orang yang lalu lalang, semua ditanyanya.

Dari jauh, kelihatan seorang bukan Melayu. Berpayung. Dan, bukan Melayu itu berbangsa lain dari pemandu kereta merah putih yang sibuk cari penumpang.

Pemuda berpayung tadi berjalan dengan pantas. Menyelinap di celah-celah manusia yang berlindung dari hujan.

Tiba-tiba.

Zaaaazzzzzzz…

Bucu-bucu payung yang tajam itu terseret di kepala pemandu kereta merah putih yang sibuk mencari penumpang. Kepalanya tak berambut.

“Aduh!”

Pemandu itu menarik-narik payung pemuda tadi. Disekehnya kepala pemuda bukan Melayu itu tetapi bukan sebangsanya.

Pemuda berpayung hanya menahan kesakitan. Dan tergesa-gesa pergi. Sibuk agaknya.

Pemandu botak bukan Melayu tetapi tidak sebangsa dengan pemuda berpayung menggosok-gosok kepala tidak berambutnya.

“Bodoh punya Melayu!! Tak reti hormat orang!”

Ehh….

Melayu pula kena marah?

Orang Melayu disekeliling, hanya perhati. Buat tak tahu.

Malaysia, rakyatnya berbilang kaum. Dan, aku tidak racist dan entri ini bukan untuk mewujudkan atmosfera racist. Yang wujudkan atmosfera racist itu, pemandu botak itu. Bukan aku!

Ahad, Oktober 19, 2008

Nantilah Aku Update

Sabarlah. Aku update nanti. Jangan risau.

Dialog sebelum aku aku tutur kata-kata dia atas.

Makhluk : Weeh, ada blog. Tapi tak nak link kan aku.

Aku : Aku update la nanti.. la ni busy la. Hang pun busy jugak kan. Hang tu, blog pun tak update. Nak kalut suruh aku link kan blog hang.

Ya. Sabarlah! Aku update nanti. Jangan risau.

Kawan-kawan Syed Putra, Kawan-kawan UiTM dan kenalan fakulti dan kolej, jangan risau. Aku link kan blog anda.