Selasa, Disember 25, 2007

Catan di Pulau Tuba ; Aman Damai

Pulau Tuba, sebuah pulau kecil yang berada di perairan Langkawi. Sempat kami sekeluarga bercuti sehari di sana. Dilimpahi dengan penuh kemanan. Kalau tak salah, lokasi pengambaran filem Osman Ali, Puaka Tebing Biru di sinikan?
Ini beberapa foto yang sempat dicuri dari lensa kamera telefon sabun aku sendiri.



Sebuah bot nelayan rosak yang tenggelam kita air pasang.




Bot nelayan rosak ketika air surut






Ini bot nelayan rosak itu.

Ketam yang cuba mempertahankan diri selepas melihat makhluk gergasi mengambil gambarnya

Pulau Tuba, tempat untuk mereka yang bencikan kesibukan.


Sabtu, Disember 22, 2007

Pangkor : Akhirnya Kami Tiba



Ini laporan mengenai hari santai. Oleh itu, santaikan diri membacanya dengan bahasa yang santai. Ok, sedia, tarik nafas dan tenang fikiran.


Hari pertama – 16 Disember 2007

Setelah beberapa minggu mereka yang bergelar ahli BG bertekak, tiba juga hari yang dinanti-nanti. Walaupun percutian ini tidak bejaya menghimpunkan BG batch pertama keseluruhannya, tetapi percutian ini menghimpunkan BG batch selepas tamat persekolahan. Ketidakhadiran Adli Farris menimbulkan sedikit kesuraman kerana beliau orang yang paling bersemangat dalam mengadakan percutian ke Pulau Pangkor ini.

Destinasi yang menjadi tempat berkumpul ialah stesen bas ekspres Butterworth. Atau pun disebut oleh BG Butterworth Pushfull atau pun Mentega Berbaloi. Shakirin dan Jazli (aku la tu) bergerak dari stesen bas Shahab Perdana pada pukul 10 pagi. Begitu juga Shahir dan Iqbal dari ‘metropolis’ Kangar. Orang pertama yang tiba di Mentega Berbaloi tentulah peminat setia Arsenal, Huzaifah yang memakai jersi Arsenal Home pada hari itu. Syukri selaku ahli kedua yang tiba hari itu berlegar-legar di ruang kaunter tiket untuk melihat-lihat bas.

Selepas Kirin dan aku tiba, kami mengutuk-ngutuk dan senyum sinis melihat Huzai dengan baju Arsenalnya dari atas bas. Kemudian, kami mencari-cari Encik yang belajar di negara Kanggaru, Syukri di kawasan kaunter tiket. Selepas bersalam-salaman, kami bercadang untuk menunggu Shahir dan Iqbal di gerai makan. Ada yang ingin mengosongkan pundi kencing kerana penuh. Di meja makan, acara berbual pun bermula sambil menunggu pesanan makanan. Shahir dan Iqbal tiba sejurus kemudian. Jam ditangan menunjukkan hampir pukul 12.30 tengah hari. Shahir dan Iqbal yang kepenatan dan kehausan hanya sempat minum kerana kami bercadang menaiki bas ke Lumut pada pukul 12.45.

Selepas tiket dibeli menggunakan duit Huzai memandangkan duit dia tak pernah cemas, kami terus menaiki bas yang tajuknya Seri Maju dan pemandunya berbangsa segelintir bangsanya yang mengadakan rusuhan baru-baru ini. Tempat duduk kami di belakang sekali. Sekali lagi, acara berborak di dalam bas bermula. Antara topik aku ingat ialah, berdebat mengenai isu-isu BERSIH dan HINDRAF, kutuk-mengutuk, Huzai cuba promote dan hurai tentang lagu-lagu band HUJAN dan juga harga kamera Syuk yang dibeli dari Australia. Namun, selepas setengah jam berlalu, hanya aku dan Shahir masih lagi di dunia nyata. Yang lain, berdengkur tanpa kenal erti pencemaran bunyi di dalam bas.

Dalam pukul 2.15 petang, bas kami yang tiba di pantai Pukat, Perak, tiba-tiba bas kami berhenti di tepi jalan. Di sebelah bas ada van mayat, saspen betul. Rupa-rupanya anak makcik kat depan nak buang air. Huzai yang tidak dapat menampung lagi turut turun ke tandas stesen petrol BHP. Ada beberapa bangunan yang menggunakan perkataan-perkataan lucu di sebelah stesen petrol tersebut seperti Tukang Gigi. Ini telah menjadi modal kepada ahli-ahli BG yang kebosanan untuk berbual.

Sekitar jam 3.45 petang, kami tiba di stesen bas Lumut. Kemudian, mereka yang perut masih belum terisi mengisikan perut dengan makanan. Setelah mencari-cari lokasi jeti, kami menjumpai jeti ke Pangkor hanya dengan menggunakan naluri hati. Tiket dibeli oleh Huzai. Feri kami bertolak jam 5.15 petang dari Pangkor. Feri dijangka tiba sekitar 5.45 petang. Di atas feri, masing-masing mula melayan blues sambil mengambil angin laut. Sebelum menaiki feri, kami dimaklumkan oleh ENCIK GHAZALI (yang kemudiannya disebut ZULKARNAIN oleh Kirin) bahawa setibanya di jeti, cari dan naik van yang berwarna pink.

Setibanya di jeti Pangkor, kami tak perlu mengikut arahan Encik Ghazali memandangkan van yang berwarna pink berselerak di kawasan parking kereta di hadapan jeti. Kami menaiki van yang dipandu oleh driver beretnik mata sepet ke chalet yang ditempah. Perjalanan lebih kurang 15 minit. Chalet kami terletak di Teluk Nipah, kawasan tumpuan pengusaha-pengusaha membuka resort. Chalet kami terletak ke belakang sedikit dari pantai namun tidaklah jauh sangat pun. Jalan kaki tak sampai 3 minit.

Seagull Beach Resort (walaupun tak dekat dengan beach) nama tempat tu. Kami disambut oleh Encik Ghazali yang mempunyai kumis persis Datuk K. Chalet agak lengang Cuma kelihatan seorang mat saleh dan apek. Setelah mendapat bilik, kami terus menerjah bilik itu. TV dipasang. Huzai menjerit girang kerana TV di bilik kami dapat buka channel ASTRO. Boleh la tengok Arsenal lawan Chelsea. Kami rehat sebentar di dalam bilik sambil menonton perlawanan ulangan EPL. Kemudian bersolat dan kemudian bergerak ke pantai Teluk Nipah untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam. Foto-foto dirakam oleh Syuk dan aku merekod video.

Selepas puas bergambar dan mengomen keadaan pantai yang kurang memuaskan hati setiap warga BG, perut kami mula bergendang gendut tali kecapi (lapar daaaa). Pantai Teluk Nipah sebenarnya agak kurang sesuai untuk bermandi-manda bagi pendapat aku sebab pasir yang kurang halus dan banyak bot-bot pisang dan jet ski meluncur deras di persisiran. Kami mula mencari-cari gerai makan yang berderet-deret di sana. Kebanyakan menyediakan masakan laut yang boleh dipilih sendiri ikan. Selepas majoriti daripada kami makan nasi goring ikan masin, kami bergerak pulang ke chalet. Menonton perlawanan Manchester United (yang hampeh lagi tak best) menentang Liverpool dan perlawanan penting Arsenal menentang Chelsea. Iqbal pula sibuk menyelak novel tulisan Faizal Musa atau pun nama penanya Faisal Tehrani. Sambil menonton, banyak perkara dibualkan sampai tak sedar Gallas sumbat gol untuk Arsenal. Orang pertama yang tidur ialah Huzai yang tadi semangat nak tengok Arsenal main. Aku orang terakhir tidur walaupun kepenatan, Arsenal kena layan sampai habis!

Hari kedua – 17 Disember 2007

Hari penting ni. Selepas solat, aku tidur dalam sejam lebih. Bila bangun, dah dekat pukul sembilan. Yang lain masih dibuai mimpi. Aku dengan cara tersendiri mengejutka mereka dari tidur. Disebabkan tidak tahan, mereka bangun. Rancangan untuk pusing Pulau Pangkor hari ini mesti diteruskan.

Kami bercadang untuk menyewa motorsikal. Selepas berbincang denganEncik ZULKARNAIN (nama sebenar Ghazali), kami mendapat 3 biji motosikal Kriss yang conditionnya agak kurang memuaskan. Tapi, boleh jer. Encik Ghazali mencadangkan agar kami bermandi-manda di Coral Bay. Selepas menunggang motor sejauh 500 meter, kami tiba di pantai berkenaan. Pantai ini cantik berbanding pantai Teluk Nipah. Pasirnya halus. Airnya crystal clear water bak ayat-ayat dalam karangan English SPM. Syuk tidak membawa seluar paras lutut dan kemudian patah balik ke Teluk Nipah untuk membeli seluar. Selepas puas bermandi manda dan bergambar, kami pulang ke pangkuan. Ehh.. pulang ke Chalet untuk mandi air bersih.

Selepas puas bermandi-manda, kami bercadang untuk menjalankan aktivit pusing pulau. kami mula bergerak dari chalet ke Coral Bay. Kemudian Teluk Dalam. Melintasi Lapangan Terbang Pangkor. Ada juga airport kat sini kata syuk. Aku menjawab, habis tu, sultan Brunei nak mendarat kat mana? Tapi, dalam kepala aku terfikir, nak ke Sultan Brunei pergi sana? Sebelum kami melintasi airport, kami terserempak dengan pegawai polis yang menahan mat-mat motor. Timbul kecuakan sebab motor yang ditunggang Shahir dan Huzai tiada pelekat ‘P’. Nasib baik pakcik polis semacam tahu yang kami ni pelancong.

Kami melalui jalan-jalan yang penuh liku lagi mencabar ketika ingin ke Pekan Pangkor. Jalannya yang bengkang-bengkok menaiki bukit amat susah untuk didaki oleh motor kriss yang disewa kami. Beberapa kali motor kami tidak dapat mendaki walaupun menggunakan gear 1. Yerla, masing-masing badan macam pak budak, mau nak naik. Keadaan yang amat merumitkan buat kami. Namun, kami berjaya tiba di Pekan dengan penuh jaya. Memandang matahari sudah tinggi. Kami singgah sebentar untuk makan. Gerai makan tersebut menyediakan roti bakar yang cukup special. Bun yang dibakar dan intinya antara gabungan kaya, peanut butter dan butter itu cukup mengujakan. Rasanya umpama apam balik yang sedikit ranggup tapi gebu di dalam. Keenakannya meresap ke dalam mulut dan bercampur baur dengan gabungan intinya tadi. Selepas perut masing-masing membulat ke hadapan akibat dipenuhi makanan, kami kembali menunggang motorsikal yang ibarat kuda itu. Destinasi seterusnya ialah Kota Belanda. Selepas sedikit tersesat, kami dapat juga ke Kota Belanda itu. Tiada apa yang menarik. Cuma monument kota tinggalan Belanda yang dibina semula. Sempat juga kami bergambar dan melakukan aksi di luar batasan pemikiran manusia sakit mental. Hari masih panas, dan kami tak tahu ke mana hala tuju seterusnya. Setelah berbincang, kami bercadang untuk pusing balik ke Teluk Nipah. Dalam perjalanan, aku dan Syuk ternampak sign board yang memaparkan arah ke jambatan gantung. Aku mengehon Kirin dan kami berhenti di tepi jalan. Namun, Shahir yang membawa Huzai merempit laju mara bahaya ke hadapan tanpa mempeduli hon kami yang daengar tak dengar tu. Setelah Kirin dengan aksi rempit Farid Kamil berjaya mengejar Shahir dan Huzai, kami bergerak masuk ke Hutan SImpan Kekal Pangkor. Lagi sekali cabaran buat kami. Jalan ke hutan tersebtu ialah jalan berpasir dan berlubang-lubang yang dahsyat. Lubang-lubang tu macam rekahan gempa bumi. Kami menyahut cabaran itu dengan menunggang motor hingga sampai ke destinasi tuju.

Setibanya kami di Hutan SImpan Kekal Pangkor, kami berjalan mengikut trek yang disediakan. Kami terberhenti di satu simpang. Keadaan umpama situasi dalam poem The Road Not Taken, kami memerlu pilih antara dua jalan. Namun, tanpa berfikir panjang Kirin dan Huzai mengikut jalan kiri. Kalau ikut jalan kanan pun, naik juga jambatan tu. Lepas menyaksikan permandangan hutan hujan yang anda boleh jumpa kat banyak tempat di Malaysia ni, kami bergerak pulang. Setibanya di chalet, betis masing-masing telah dihinggapi pa alif cat-pacat. Huzai telah membuat pengakuan terbuka bahawa inilah pertama kali pacat naik ke badan dia. Selepas pacat-pacat dibunuh dengan tanpa belas kasihan, masing-masing terlentok di perbaringan. Acara sebelah petang ialah kami berjalan-jalan di Pantai Pasir Bongak sambil membeli burger Pak Yob. Suasana di sana agak meriah dengan kehadiran pelancong. Mata masing-masing tidak dilepaskan memandang kearah bukit-bukau yang terbonjol di sekitar pantai. Tak lepas juga mengomen perlakuan bergeseran dan berpicitan. Kami lepak di kawasan batu yang cantk sambil menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang indah berseri-seri.

Malamnya, kami bercadang untuk membeli-belah dan makan makanan spesel di sana. Selepas memindahkan gambar dari kamera syuk ke pendrive di CC yang cekik darah tahap tercekik, kami mencari-cari sesuatu untuk dibawa pulang. Sotong kering, sate ikan kering dan hasil laut diborong. Baju-baju juga kami borong. Kemudian kami dinner dengan masakan ikan merah sweet sour yang ikan itu berharga rm30 seekor. Kemudian, kami pulang ke chalet dan mula memeningkan kepala berbincang perihal duit yang perlu dibayar. Malam itu, masing-masing berbual sehingga jam 2 pagi.

Hari ketiga – 18 Disember 2007

Hari terakhir kami di pangkor. Kami bercadang untuk bangun awal dan pulang awal. Namun, agak hampeh sebab aku kejut, semua liat nak bangun. Kami berkejaran ke Lumut. Namun hasilnya cukup mengecewakan. Bas yang akan ke Butterworth sudah habis. Ini cukup untuk menimbulkan keluh-kesah dalam hati aku yang akan pulang ke Langkawi.

Selepas berbincang, kami bercadang untuk pergi ke Ipoh dahulu. Selepas mengharungi perjalanan selama 2 jam, kami tiba di Medan Kidd. Kemudian menaiki bas ke Medan Gopeng. Dalam perjalanan, kami terserempak dengan saudara Hakimi Mazlan. Kami hanya sempat menegur dari atas bas. Responnya cukup kelakar, mula-mula hangguk biasa. tapi selepas nNampak kami, buat muka terkejut dan tersengih-sengih. Kami dimaklumkan oleh Wani R yang bas ke Alor Setar sudah habis. Aku sudah membuat perancangan bahawa aku terpaksa pulang ke rumah huzai dengan kirin kalau-kalau bas tiada.

Bas memang tiada. Kami mengambil keputusan untuk menaiki bas jam 3.45 petang ke Butterworth. Manakala Iqbal menaiki bas jam 7.45 kerana dia ingin bercandaran dengan Wani R di Ipoh. Perjalanan pulang cukup memenatkan warga BG. Kami tiba di Butterworth lewat jam 6. Masing-masing berasa puas dengan perjumpaan kali ini. Overall nya, aku dapat berikan 2.5 bintang untuk tempat percutian kami tetapi 4 bintang untuk perjumpaan ini. Tak cukup 1 bintang sebab kecewa tak semua BG dapat berkumpul. Apa pun, percutian ini tetap mantap!

Jumaat, Disember 21, 2007

Idul Adha

SELAMAT MENYAMBUT IDUL ADHA!
MAAF ZAHIR BATIN
BERKORBANLAH DEMI MARUAH AGAMA!
Catatan ke Pangkor akan menyusul..

Sabtu, Disember 01, 2007

Dia Melawatku Dalam Mimpi

Dia melawatku. Ketika aku sedang diperaduan. Dia dengan seorang teman datang melawat aku.


Masih seperti dulu. Cerianya. Gelak tawanya. Sama. Langsung tak berbeza.


Dia datang dalam mimpiku. Dengan beruniform putih, seluar hijau. Ya. Uniform yang selalu dipakainya ke kelas. Dahulu dia melawatku dengan t-shirt kegemarannya. Hari ini dia datang dengan uniform putih.


Gerak laku dalam mimpi itu tak ubah seperti suasana dahulu. Ketika di alam persekolahan dahulu.


Dia melawatku dalam mimpiku. Moga di datang lagi.


Moga dia aman di sana.


AL FATIHAH

Allahyarham Hanif Ikhwan Husin (1988-2004)

Update

Di fasa kemalasan tahap membuak, sedikit ubahsuai telah aku lakukan.

Hanya sedikit. penambahan chat box.

Harap kemalasan untuk menambah post berkurang.

Jumaat, November 23, 2007

Cuti-Cuti Malaysia



Tahun 2007, depa kata tahun melawat Malaysia. Oleh yang demikian, aku dan mereka (beberapa rakan Bundle) merancang untuk menghabiskan masa cuti bercuti disamping menyambut kepulangan Syuk dari negara Kanggaru.




Setelah bergaduh, bertekak dan membuat research di jaringan dan pustaka, aku merasakan Pangkor cukup sesuai untuk menghabiskan masa bercuti.




Oleh itu, mari ke Pulau Pangkor!!!




Khamis, Oktober 11, 2007

Up, Up & Away



Terbang dah pun Soyuz 15-S (macam ayaq soya ja nama dia). Bangga juga aku tengok secara live dari rumah. Solat terawih pun 8 rakaat, semata-mata nak tengok roket tu terbang

Teruja. Bangga.

*Sniff* *Sniff* kembang kempis hidung.
oiii.Bangga arr...Anak Malaysia tu.
Sedang asyik tengok peti televisiyen tu, tiba-tiba dengar bunyi roket.
dekat gila.

Puuuuuuiiiuuiii Pom Pomm!!!
ceyhh..
Thunder clap budak hitam kaki pendek sebelah rumah rupanya.

Nak jadi angkasawan kut cita-cita dia.

tapi, kalau yang asyik berangan nak jadi angkasawan tapi asyik main roket kena cucuh ja, lepas tu meletup dekat tangan, tak payah la nak kecoh-kecoh..

Berubah la adik-adik..
ehh..


stok mercun bola banyak lagi. KahkahKah!!
Selamat Hari Raya..

yang di Malaysia, di perantauan, mahu pun yang di angkasa!!!



Ahad, September 16, 2007

Sedamai Fajar Ramadhan

Alunan irama mersik membangunkanku
Dewi arjuna mengalunkan irama itu
Nasi berbekas putih jadi juadah
Sunnah yang terbitkan tenaga di siang hari
Hiba, pilu dan rindu :-
Rindu ibu
Rindu bapa
Rindu keluarga
Rindu mereka

Lagu nan syahdu mulai beralun
Bergetar bersama angin nan sepoi
Tangannya melambai mengajak sujud padaNya
Tangannya melambai mengajak lahirkan al-falah
Ketayap dicapai membungkus kepala
Pelikat disarung membalut tubuh
Persis jingga cahaya neon memayungi derapan
Dingin wajahku dihembus sang angin
Yang mengenakkan dekuran mereka yang alpa
Kutempuh jua langit yang zulmat
Agar hati kelam ini jernih kembali

Terpancar kelibat mereka
Berdiri, membongkok, bersujud
Dari pondok kecil itu
Pondok suci tempat beramal

Alur wuduk bersihkan jiwa
Dua rakaat ditunaikan sempurna
Bersama khalifah dengan makmumnya
Ratib buat aku sedar
Aku hamba cukup kerdil
Kerdil umpama kuman
Kerdil umpama biji saga
Kerdil sekerdil-kerdilnya
Halaman mukjizat Rasulullah diselak
Kutelaah isinya
Tenang mula beralun di jiwa

Al-mubarak,
Kuharap berkat itu milik aku
Moga Ramadhan ini memancarkan nur
Keinsafan pada yang alpa

14 Ramadhan 1427 / Oktober 2006
Kompel al-Ghazali, KMPP



Kukarang puisi setahun yang lepas, ketika masih menjadi penuntut KMPP - tempat yang penuh memori.

Sabtu, September 15, 2007

Kenari Terbang Tinggi


PEMAIN-pemain Kedah meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala Malaysia manakala ketua pasukan mereka, Victor Andrag (gambar kecil) menerima trofi daripada Sultan Kedah selepas menewaskan Perak 3-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. – Gambar NAZUDEEN MAHMUD.



KEDAH.....3
Mohd. Khyril Muhymeen (24)
Marlon Alex James (26, 81)
PERAK......0

Oleh: AMRAN MULUP

KUALA LUMPUR – Tangisan kegembiraan mengiringi kejayaan Kedah merampas kembali kejuaraan bola sepak Piala Malaysia apabila dinobatkan selaku juara edisi ke-81 menewaskan Perak 3-0 dalam perlawanan akhir yang penuh mendebarkan disaksikan hampir 81,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tiada ungkapan yang mampu diluahkan melihat keunggulan Kedah meraih kejayaan ketiga musim ini sesudah bergelar juara Liga Super dan Piala FA, kini kemarau 14 tahun ditamatkan
Kali terakhir Kedah merangkul piala berprestij ini pada 1993 tertunai juga di hadapan puluhan ribu penyokong setia hijau kuning.

Kehadiran Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah melihat pemain didikan jurulatih Azraai Khor Abdullah mempamerkan aksi paling mantap untuk mengekang Perak daripada bergelar juara.

Dua gol selang dua minit menerusi pemain lincah kebangsaan, Mohd. Khyril Muhymeen di minit 24 dan rembatan cantik Marlon Alex James pada minit ke-26 dan 81 menjadi pemusnah meranapkan impian menggunung Perak mahu menamatkan penantian tujuh tahun apabila kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2000. Sejurus pengadil, Ravichandran meniupkan wisel penamat, pemain berpelukan sesama sendiri sambil rakan mereka dibangku simpanan menyerbu masuk ke padang sambil diiringi pekik sorak penyokong Hijau Kuning.

Manakala buat Perak, perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2006-07 bakal menjadi sejarah hitam, tempang ketiadaan dua penyerang, Mohd. Khalid Jamlus dan Keita Mandjou akibat kecederaan dikeluarkan pada pertengahan babak pertama, mereka longlai apabila beraksi dengan 10 pemain selepas ketua pasukan, Ahmad Shahrul Azhar di perintah keluar padang pada minit ke-44.

Suasana stadium makin menjadi kecoh apabila sebahagian penyokong Perak yang kecewa dengan kekalahan pasukan mereka membaling mercun, botol mineral, sampah sarap dan pelbagai barangan lain ke arah penonton yang berada di bawah sejurus Marlon menjaringkan gol ketiga Kedah.

Kebuntuan jaringan gol akhirnya memihak kepada Kedah menerusi larian solo pemain kebangsaan, Mohd. Khyril Muhymeen mengelecek pertahanan Perak, Ahmad Azlan Zainal sebelum melepaskan rembatan kaki kiri menewaskan penjaga gol, Mohd. Nasril Nourdin pada minit ke-24.

Gol tersebut terus menggamatkan stadium dengan pekik sorak penyokong Kedah yang memakai jersi hijau kuning.

Belum pun reda jaringan awal Kedah itu, benteng pertahanan Perak tergamam lagi dua minit selepas itu dengan giliran Marlon Alex James yang menerima hantaran Hasmawi Hassan sambil memusingkan badan terus merembat kencang mengatasi Mohd. Nasril buat kali kedua.
Dua gol tersebut terus merentap semangat juang Perak yang beraksi dalam keadaan kelam kabut terutama di benteng pertahanan menyaksikan serangan bertali arus.

Jurulatih Perak, Steve Darby membuat keputusan mengejutkan apabila mengeluarkan dua penyerang utama, Mohd. Khalid Jamlus dan Keita Mandjou pada pertengahan babak pertama berlangsung.

Malang bertimpa buat skuad Seladang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila ketua pasukannya, Ahmad Shahrul Azhar diperintah keluar padang apabila pengadil, C. Ravichandran melayangkan kad kuning kedua selepas dia mengkasari Sam Nelson Martin seminit sebelum rehat.

Marlon melengkapkan kemenangan bergaya buat skuad hijau kuning apabila meledakkan jaringan ketiga pada minit ke-81.



Petikan dari Utusan Malaysia. Tahniah skuad kenari! Permainan yang cukup menghiburkan dan mantap pada malam itu. Aku juga berada di stadium Bukit Jalil pada malam bersejarah itu.

Rabu, Ogos 29, 2007

HIKKAMAHU~!!



penuh bersemangat sebelum membuat HAKA





































Rabu, Ogos 01, 2007

Proposal yang Diterima

Alhamdulillah. Proposal untuk kajian dialek diluluskan.

Isnin, Julai 30, 2007

Senang Lenang Hidupnya

Nama dia Penjaga Kandang. Jantina dia lelaki. Gayanya cukup kacak. Orang bandar berlumpur. Bandar yang apabila hujan turun lebat, lumpur-lumpur pun berarak sakan. Sinonim dengan namanya.

Penjaga Kandang memang anak jati bandar. Hidup penuh mewah. Baju berjenama. Seluar berjenama. Seluar dalam berjenama. Tak pernah rasa hidup susah. Hidup yang senang lenang.

Penjaga Kandang belajar di IPTA Melayu. Orang Melayu. Lokasi di kampung. Jurusan yang diambil pun, jurusan yang kononnya pelajarnya cukup glamour dan bakal bekerja di industry glamour.

Penjaga Kandang rimas sebenarnya tinggal di kawasan yang agak kampung. Dalam kelas Penjaga Kandang, ada 3-4 orang yang asalnya dari Utara. Dalam kelas itu, dia seorang sahaja yang asli bandar.

Dia berasa megah. Dia orang bandar. Hidup senang lenang. Setiap minggu pulang ke kampung halaman. Eh, bukan. Pulang ke bandar halaman. Baginya, mereka dari utara ini mindanya kekampungan lagi kekolotan yang berkarat. Penjaga Kandang cukup pandang rendah pada puak-puak utagha dalam kelas dia.

Penjaga Kandang langsung tak mahu bersusah. Walaupun sedikit. Kalau ada tugasan yang perlukan proposal, dia akan mula berlagak kalut. Mencari ahli kumpulan yang kerajinan tak perlu dipersoal. Bila proposal siap, dia dengan penuh lagak mengisytihar kemenangan kepada puak-puak utagha. Dia dah siap kerja konon.

Kalau ada kelas waktu pagi, dia cukup liat nak bangun. Mangsanya, budak utagha sebelah bilik dia. Orang kampung tentu la bangun pagi-pagi. Itu yang disetkan dalam minda dia. Orang kampung utagha sebelah bilik dia nama dia Kaki Tombol. Selalunya, bila Kaki Tombol dah siap dan sedang mengikat tali kasut, muncul Penjaga Kandang yang baru bangun tidur. Dengan penuh mamai, meminta Kaki Tombol tunggu dia mandi dulu dan bergerak ke kelas bersama. Senang lenangnya hidup dia. Dia kadang-kadang ketawa sinih dan memerli budak-budak utagha yang rajin solat ini. Apa salahkah bersolat penuh lima kali sehari menunaikan kewajipan?

Dia memang memandah rendah budak-budak utagha. Bila balik semula ke negeri Bandar Raya Bersejarah ini dari bandar lumpur kesayangan dia, dia akan mula menggelabah mencari budak-budak utara. Dia tak mahu naik bas buruk dari bandar kecil yang namanya macam binatang berlalai ke kampus. Dia akan cuba juga berhubung dengan budak-budak di kampus untuk dating mengambilnya. Dia sanggup tunggu 2-3 jam walaupun bas yang melalui kampus berduyun-duyun menunggu penumpang. Entah apa yang dibencinya.

Alahai, senang lenang hidup dia.

p/s: entri ini hanya coretan dari pemerhatian penulis. Ceritanya sedikit ditokok. Ingin berpesan, dari mana pun anda, jangan pandang rendah pada orang lain.

Khamis, Jun 28, 2007

Wanita Mongolia Yang Dibunuh

Tajuk entri tiada kaitan dengan entri. Hanya penyeri dengan suasana berita panas macam dalam sauna di negara kita.

Hari itu, sambil-sambil tengok sinetron (aku tak pandai eja dan sebut) negara serumpun, padan aku berpeluh.

Panas panas panas

Ini penangan durian. Sedang peluh kering tiba-tiba aku dengar azan.

Azan?

Azan?

Aku tengok waktu yang tergantung di dinding, baru pukul 4 petang.

Aku angkat tangan kiri, tengok masa digital dekat tangan aku, baru pukul 4.01 petang.

eh..

azan apa ni?

segera telefon bapa yang jawatannya lebih banyak kerja dekat masjid berbanding bilal yang azan tadi tapi, elaun cukup tak setimpal dan rendah dari bilal.

Nasib baik depa tak solat lagi.

Aduhai, bilal yang kelam kabut.

Selasa, Jun 19, 2007

Kudaku Lari Gagah Berani


Celaka betul penjual kuda itu. Kedekut mereput bak kata ungkapan orang Kedah. Tapi, kuda jenis Honda spesis Wave S 125 itu dah jadi milik aku.

“Kedekut betul cina jual kuda ni,” mak

“Biasa la, depa nak berniaga,” aku.

Awat kedekut?

Dia janji helmet yang agak selesa. Namun, cantik berita dari realiti. Amoi separa kurus tu bagi helmet Apollo je dekat aku.

Kakak penjawab telefon itu pula mencelah.

“Satgi adik isi minyak la. Minyak yang depa bubuh boleh bawa sampai kat Petronas ja,”

Memang haru.

Preng preng preng

Aku remp kuda aku.Lancar.

KCB 8574 bersedia ditunggang.

Ahad, Jun 17, 2007

Bundle Gen membiak di Youtube

Sebuah rakaman aksi rakan² Bundle Gen..


Sabtu, Jun 16, 2007

Untuk Ayah

Dedikasi khas buat bapaku, Haji Ali bin Noordin sempena hari bapa. Selamat hari bapa, ayah.




Tak pernah dia keluh,
Langsung tiada kesah,
Akar cekal ditautnya,
Rotan sedar dibalunnya,
Dalam membentuk aku ;
Jadi manusia,
Jadi orang,
Jadi insan

Raut tuanya penuh tawakal
Urat yang alirkan darah itu masih belum usang,
Darahnya masih kental,
Mengalir deras menjadi sungai yang memutar seluruh tenaga,
Lalu terhasil rezeki,
Dari percikan keringat yang bertaburan
Di bendang, di kebun, di hutan
Demi satu tekad,
Untuk membentuk aku ;
Jadi manusia,
Jadi orang,
Jadi insan

Penat itu mati,
Lelah jadi tegar,
Iman tak lupa disemat,
Agar jadi penyuluh,
Jalan yang tidak terang,

Ayah,
Tiada kosa seindah ini,
Aku sayang kamu


Khamis, Jun 14, 2007

Dan Akhirnya




Dari pukul 6.30 petang sehingga habis waktu maghrib. Butang refresh asyik diklik ulang-ulang. Geram campur tertekan.




Pelik aku, depa tak sembahyang Mahgrib ke? Server cukup sibuk sewaktu azan Maghrib berkumandang.




Selepas solat. Acer Aspire 5572 milik aku dimulakan operasi tetingkapnya. Dial-up Connection yang lembab lagi sebu di hubung. Berdebar aku.




Portal pelajar dibuka. Alhamdulillah. Lepas. Log in, juga lepas. Semakan keputusan peperiksaan. Lepas juga.


*Dub* *Dub* *Dub* *Dub*




Dan akhirnya, terpapar debaran yang ditunggu.



Alhamdulillah. Kata syukur yang tak putus.

Kunonya

istudent.uitm.edu.my home page, and then look for links to the information you want.
Click the
Refresh button, or try again later.
HTTP Error 500-13 - Server too busyInternet Information Services


Aduh. Dial-up connection ku. Lembab. Lambat. Kuno betul.

Kamera Sembunyi?

Kelmarin ada dalam The Star. Hari ni front page Malay Mail pula. Panas juga. Agak menarik juga. Letak dekat lampu, boleh rakam perempuan mandi. Hahaha. Boleh tengok siaran langsung macam tengok bola.



Benda-benda macam ni buat aku selalu berjaga-jaga. Dari dulu. Masuk fitting room, cuba baju, mesti tengok kiri kanan atas bawah depan belakang. Mana tahu ada kamera. Kadang-kadang cermin pun aku tenung lama-lama. Takut cermin tu canggih melampau boleh rakam aku tengah tukar baju.

Hahaha..


Apa la yang seronot sangat tengok orang bogel. Bogelkan diri sendiri pergi tengok dekat cermin pun boleh tengok orang bogel apa. Hah, manusia penuh nafsu.

Selasa, Jun 12, 2007

Masuk Keluar Wad

Bukan aku. Bukan aku yang masuk wad. Bukan aku juga yang keluar wad. Tapi ACER aku. Komputer riba yang dibeli dengan duit PTPTN.
Kesilapan bodoh. Itu yang buat dia sakit. Silap kecil saja. Pening juga aku. Habis diformat oleh abang misai. Segala tulisan, segala jurnal, segala karya, hilang. tak sempat nak buat back-up. Aduh. Menjerit-jerit urat saraf aku. Dahla tulisan aku ditendang sewenang-wenangnya oleh majalah pop yang tayang pusat Islam. usaha lagi la...
Banyak yang perlu ditanam dalam komputer ni. Tanam balik segala program dah kecanggihannya. Memenatkan.

Selasa, Mei 08, 2007

Aku ingin Jumpa Kamu Lagi

Tempatnya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC. Di dewan 3. Di gerai Ameen Publishing.

Mata tepandang dia. Berbaju hitam. Berkaca mata. Selendangya kemerahanRambut sedkit panjang dang terikat kemas. Sedang bercakap sesuatu dengan seorang lagi teman di sebelahnya.

Dupp..Dupp..Dupp

“Adik, ni buku terbaru dia. Boleh ambil tandatangan sekali,” kakak penjual buku.

Aku ambil novel yang muka hadapannya ada lukisan dua manusia. Tangan menyerahkan buku itu.

“Jazli,” aku.

“Hah? Boleh ulang?”

Dah agak. Mesti kena ulang.

“J, A, Z, L, I” aku mengeja.

Perempuan penjual buku menyerahkan novel itu kepadanya sambil menyebut namaku.

Dia mendengar dengan teliti. Seusai menandatangani novel seorang wanita yang nama nya Zati – telinga aku dengar nama tu, dia bangun.

“Jazli.” Sebutnya. Lembut sekali suaranya.

Dia bangun. Datang dekat dengan aku.

Aku senyum.

Dia senyum.

Jari manisnya bercincin.

“Saya kawan Syukri.”

“Syukri? Oh.. Syukri yang dekat Australia. Awak kat sini pula?”

Zaazz.Zazz. Menulis sesuatu pada novelku.

“Takla. Saya dekat sini je.”

Pandang aku. Muka sedikit berkedut. Tapi masih tenang.

“Saya dekat Melaka.”

“Melaka?” seperti tertarik.

“Ya, dekat UiTM melaka.”

“Oh. UiTM” mengangguk-angguk.

Kemudian, aku ambil satu lagi novel. Bagi dekat perempuan penjual buku tu. Dia serah dekat penulis buku merangkap teman dia.

Dia memberitahu temannya, “Jazli.J,A,Z,L,I.”

Zaazz.Zaazz.

Usai. Semuanya. Wang dibayar.

Tapi, hanya satu buku. Buku yang ditulis temannya. Buku yang ditulisnya entah ke mana. Perempuan penjual buku mencari-cari. Menyelak buku-buku yang tersusun mencari buku yang tertanda namaku. Dia turut mencari.

Jumpa.

Dia dan teman penulisnya tersenyum padaku.

“Terima kasih,” ujar mereka sambil mengangkat tangan.

Aku puas. Dapat miliki buku terbaru dia dan berjumpa dengan dia.

Puas.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bahang di luar PWTC cukup panas. Aku dan teman berjalan keluar dari bangunan itu.

Panas.

Peluh meleleh.

Mata terpandang. Macam kenal.

Dia berjalan sedikit laju. Langkahnya seperti ingin cepat. Tangannya menjinjing sesuatu di dalam beg plastik.

Terus melangkah. Mulutnya terkumat-kamit. Seperti berzikir. Seperti menyebut sesuatu.

Berselisih. Aku dan dia. Aku pandang. Dia pandang. Dia tersenyum. Aku tersengih. Dia mengangkat tangan. Aku mengangguk.

Jumpa dia lagi.

Terasa seperti ada kuasa. Terasa seperti ada magnet. Terasa seperti ada aura.

Dia hanya penulis. Dia hanya penyebar ilmu. Dia bukan artis.

Tapi, cukup untuk mendebarkan jantung aku bila bertemu dia. Dia cukup tenang. Perwatakannya.

Bila agaknya kitakan ketemu? Benar sekali, datang dari sukma, menyelinap masuk ke sukma.




Isnin, Mei 07, 2007

Hasil yang Diceduk Kelmarin




Buku-buku yang sempat dirembat.




Tinta dan tandatangan Faisal Tehrani.



Tinta dan tandatangan Isa Kamari.








Book Fair?HAHAHAHAHHAHA

"Kau nak pergi Book Fair ke?" soal Penjaga Kandang tersengih.

Aku,"Ha'a."

HAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Gelak.

Ketawa.

Sakan depa gelak tawa. Penjaga Kandang, Murai Utagha dengan Beruang Kutub.

"Bagi aku yang pergi Book Fair tu orang yang nerd dengan sengal je," sambil tersengih si Penjaga Kandang. Sinikal

Nerd. Sengal. Baru aku tau.

Catatan Perjalanan i : Marin Bintang 3 ke Ekspres Zuco

Langkah ke Marin Bintang 3 keseorangan. Tanpa ibu seperti selalu. Aku orang pertama masuk ke kenderaan atas air ini.

Brrrr...Sejuk.

"aku nak p umah hgpa," Aku hantar SMS.

"Bila?" Ninja Penyu balas.

*tap* *tap* SMS dibalas-balas.

Dalam Zuco, aku sms dengan dia, puteri. Kadang-kadang jiwa tak tenang. Tak rasa mesra macam dekat KMPP dulu.

Dalam Zuco, susah nak pejamkan mata. Apek perut macam belon sebelah aku asyik berdekur.

Kroohh,kroohh,kroohh.

Depan aku orang utagha murtad yang asyik bergayut.

Sejuk. Lapar.

Katil Pinkku

Dia hantar sms. Sms yang buat jiwa menangis.

*tap* *tap* Jari menari-nari taip sms.

*dup* *dup* Janutung berdegup kencang. Malam tu macam sepi. Luar sudah basah sebab hujan turun. Hujan malam tu turun ikut irama hati aku. Bila hati menangis, hujan turun.
Malam tu dia khabarkan. Baru aku tahu kedudukan aku dalam hati dia.

Jauh.

Dulu macam dah dekat. Tapi, rupanya dia jauhkan.

Jauh.

Yang dekat dengan dia si nama yang macam karekter kartun perwatakan saintis. Aku jauh rupanya.

Jauh rupanya.

Selasa, Mei 01, 2007

Kena kacau??


Kacau kacau kacau
kacau bilau
bilau yang kacau?
Racau racau?
kacau lagi
lagi kacau bilau
macam kena santau
tapi tak terpantau
oh..
pusing ia bikin
jadi keliru
cinta atau chinta?
kasih atau kekasih atau kasihan?
mengapa?
kenapa?
Itu cerita lama
Itu cerita dulu-dulu
Catat cerita baru
Catit cherita baru
Cherita chinta..

Jumaat, Mac 09, 2007

Rintihan Perindu



Awangan rindu terapung-apung,
Melayang-layang membuai fikiran,
Pedih,
Sakit,
Ngilu,
Kurasa seperti jauh kedudukan kita,
Engkau berubah?
Atau;
Aku yang merubahnya?
Sibuk bersiap hadapi ujian,
Kupatuh alasan itu,
Tapi,
Kutak bisa menahan,
Sepi sungguh perindu ini,
Tiada deringan nada,
Tiada getararan menggoncang,
Tiada tarian jejari,
Maaf,
Kuhanya mengejar kebahagiaan,
Kuingin miliki cintamu.

Metal To Metals 2 Reviu




Menggegarkan gegendang telinga. Itu yang boleh dideskripsikan pada album muzikal berat ini. Metal To Metals II merupakan album kompilasi kedua yang diusahasamakan oleh ahl-ahli forum Metal Terus. Tujuan utama penghasilan album ini ialah memberi peluang kepada bakat-bakat baru serta band-band yang berbakat untuk mengekspos bakat mereka. Di kala suasana Metal tempatan berada di kemurungan yang agak membelenggu, album ini berjaya dilahirkan. Dari segi kualiti, amat membanggakan bagi sebuah rilisan indipenden. Mungkin saya tidak berpeluang mendengar album kompilasi pertama album ini, namun dari beberapa respon ahli forum, kualiti bunyi amatlah ketara peningkatannya berbanding rilisan terdahulu. Jika cd ini dipasang pada pemain cd biasa mungkin tiada keitimewaannya. Tetapi, jika dipasang pada computer atau pc, menu interaktif yang menarik akan terpapar pada skrin. Ia memuatkan biografi band dan wallpaper rasmi bagi album ini. Dari Black Metal yang ‘raw’ bunyiannya ke laguan bising Grindcore; sehingga ke kesyahduan Gothic Metal dan kelajuan irama Thrash anda bakal dihidangkan di dalam album ini. Band yang menjadi pilihan saya ialah Morrgorm (gitaris band ini merupakan bekas pelajar sekolahku yang tercinta, SMSTSP), DCA, Pyro, Ephemeral, Eekarus dan Silence Enshroud. Band lain yang tak kurang hebatnya ialah Dislocated Cerebrum, Dark Regime, Neftaraka, Nazzaq, Psyrosix dan penampilan istimewa Modar.
Untuk lagi berita mengenai dunia Metal tempatan layari :
http://www.metalterus.com.my/
http://www.ekstrim.info/

Malam Bising Limau Merah


Usia malam kian remaja
Gemersik habis ia letup
Malam ini malam raya
Malam raya buat mereka
Sepet mata
Kuning kulitnya
Lari habis hantu jembalang
Dengar lagu bising letup
Badan jerit letih
Hati bisik tidur
Tapi
Mata masih tersenyum
Setia menghadap skrin reriba
Esok mereka berpesta
selamat tahun baru buat mereka..